Friday, December 23, 2011

ANAK ANAK KAUM ORANG ASLI tetamu Great Eastern

Minggu lepas saya berpeluang terlibat menganjurkan satu program yang sunnguh istimewa bersama anak2 orang asli dari kawasan pendalaman Kuala Langat dan Ulu Langat seramai 40 orang . Turut serta hampir 20 orang sukarelawan dari Syarikat Great Eastern Berhad yang menjadi sponsor program ini.
Kami semua tinggal bersama2 di Hotel Maluri yang comel dan indah di pinggir kota KL ini.Kanak2 ini dalam linkungan umor 12 dan 17 tahun lelaki dan perempuan. Program yang padat itu meliputi segment membina semangat patriotik dan quiz lawatan ke tempat2 yang penting di ibu kota dan program membina keypayaan berkomunikasi.
Apa yang menariknya tentang program ini ialah bagaimana anak2 ini dapat merasa sentuhan kasih sayang dari abang2 dan kakak2 dari GEL disamping kegembiraan melihat dan merasa menaoki KL tower Putrajaya criise dan menaili monorail juga menonton filem berbahasa inggeris. Anak2 ini didapati sangat responsif dan gembira dan peka terhadap arahan2 yang diberi.
Dikalangan sukarelawan pula saya dapati mereka sangat bersemangat melayan adik2 ini dan sentiasa cuba menghiburkan mereka. Kesimpulan saya ucapkan tahniah kepada peneraju program ini saorang pegawai muda dan sungguh comel bernama ATIKAH yang sangat cekap bersemangat dan ramah mesra. Beliau baru saja bertugas di GEL tetapi telah berjaya melaksanakan tugasnya dengan cemerlang dan berjaya mengujudkan satu pasukan sukaralawan yang bersatu dan saling bantu membantu. Kita mestilah dapat melahirkan lebih ramai lagi pegawai2 muda sapertinya. Di harap beliau akan terus berkhidmat dengan semangat yang kental walau dalam apa situasi sekali pun............

Saturday, December 3, 2011

How much can you help

I have been involved in helping juveniles come back on track for the last ten years and more.It has been a very heartbreaking ten years. At times i do feel good for giving them something to look forward to in life but at times and often i feel so frustrated and lonely in this endeavour. I also feel tired  sad and angry because no body understand these children and very few people have the patience to be with them and guide them to the right path.

There are of course many NGOs doing a lot of good things for these children but i am focusing on the Muslim boys in particular.I have been searching for groups that are involved in helping juveniles and follow through their rehab process until they are spiritually strong to face the challenging world of reality.I will give an example in this case.In the rehab institutions  set up by the government they are fed clothed and spoon fed for a certain period so much so they tend to be so dependent on their wardens and teachers.The teaching of religion too follow the stereotyped method and often does not allow much participation and provide avenues for them to think critically. Hence at the end of their sentence they are much the same as when they first came in.If at all the are given some kind of skill training they find it difficult to apply it when they are out of the institution.

I have a boy who called me often just to tell me he prefers to be in prison then out in the free world because he just cannot cope with the daily stress of finding money to eat and even a place to stay. So he said he has no choice but to join back his friends who in the first place were involved in crime with him but was lucky enough to escape the law.

 Now i ask you how can we help. I have been thinking seriously about a program that can be put in place.It goes like this. I am going to continue to do my motivational program in Penjara Kajang in particular and my program will focus on strengthening AQIDAH and for that i will try my level best to rope in as many young ustaz as i can which actually is a tall order since most of them prefer to be known on air tv radio and such high profile avenues.Then i will try to have a discussion with some religious body and an NGO that has a strong network in the business sector and of course i will hunt hard for a counselling body that is involved in giving counselling for free. We can put up a network with strong religious connections to map out a multidisciplinary road map to make this endeavour to help the juvenile to go back on track DUNIA and AKHIRAT. We should start small and without any fanfare and all our actions are for ALLAH. This is my HIJRAH resolution and InsyaALLAH it will be a reality by the end of this year. InsyaALLAH i intend to go for umrah in February 2012 and i shall be praying hard in front of the Kaabah and also insyaALLAH Raudah AMIN AMIN AMIN.

Tuesday, November 29, 2011

emotional independence

Keluarga saya baru saja kenduri besar sempena perkahwinan anak kedua saya Ahmad Fahmi dengan Azrina Puteri atau lebih mesra dengan panggilan Myra. Kenduri pertama diadakan pada hari ahad dengan berlansungnya acara pernikahan keduanya di Subang Golf Club. Majlis ringkas tapi penoh keceriaan itu dilansungkan dihadapan keluarga terdekat kedua2 mempelai dan mereka di nikahkan olih Imam muda yang dilihat menggunakan i pad semasa menyampaikan kutbah nikahnya.Sunnguh up to date lah pulak......
Seminggu selepas itu pada hari sabtu 26 hb november berlansung lah resepsi di Dewan Perdana Felda yang di hadiri olih 1000 tetamu yang terdiri dari sanak saudara dan teman2 kedua2 keluarga dan juga teman2 kedua2 mempelai. Majlis yang simple tapi meriah itu dihadiri olih beberapa VIP yang istimewa saperti YBM Tengku Razali Hamzah dan Isteri YB Nurrulizzah dan suami dan YBhg Raja Tan Sri Alias dan Puan Sri serta beberapa Professor dari sebelah keluarga Myra.
Pada malam itu diantara tetamu2 Fahmi pula ialah Marina Mahadir Dato Ambiga dan Ivy Josiah serta ramai lagi dari angkatan aktivis2 muda kini dan budding politicians juga.
Pada keesokkan hari nya pula berlansong satu lagi majlis yang di sebut sebagai majlis menyambut menantu di rumah saya selaku ibu pengantin lelaki Fahmi.Majlis yang santai ini agak unik kerana di hadiri olih beberapa kumpulan istimewa saperti Oku cacat penglihatan  kanak2 dari rumah kanak dan juvana dari sekolah tunas bakti.Tetamu di hiburkan dengan band OKU cacat penglihatan dibawah pimpinan En Zaki dan tarian zapin olih kanak2 rumah kanak2 tungku budriah.Pengantin di sambut olih kumpulan kompang dari sekolah tunas bakti.Tetamu2 juga berpeluang mendapat rawatan urut refleksologi dengan hadirnya 3 orang pakar refleksologi OKU cacat penglihatan diketuai olih En Hasidi dari Pertama Teraphy Zone.
 Pada hari itu walaupun hujan majlis yang dimulai olih bacaan doa selamat olih kaum ibu dari kumpulan Al Makwa dari petaling jaya itu berakhir dengan kemeriahan yang melihat Dato Sazali CEO CELCOM menari sambil menghadiahkan sekuntom bunga kepada tetamu tertua iaitu Mrs Singh yang berusia 86 tahun tapi masih alert dan sihat.
 Wlau pun hari itu hujan tetapi kemeriahan majlis tidak lansung terjejas. Semua bergembira dan relax termasuklah Ayahanda Fahmi yang sunnguh sporting dan bersahaja sepanjang hari hingga kelewat senja......
   Selepas tiga majlis ini berlansung pasti saya keletihan yang teramat sangat maklumlah saya kesaorangan mengendalikan semua majlis itu dengan bantuan segelintir saja saudara mara.Pada malam ahad itu setelah semua tetamu balik Shidi yang merupakan adik angkat saya yang setia dan prihatin berkhidmat untuk mengurut kaki saya yg rasa nak tercabut itu. Beliau bersama saya hampir jan 11 malam dan ketika itu saya merasa denyutan yang sangat kuat di kepala dan ketika itu terlintas di otak saya adakah aku akan terkena serangan stroke.Serangan itu  berlaku bertalu2 sampai setengah jam. Berkat doa kami berdua dan kepakaran Shidi kesakitan itu reda perlahan2 . Hanya dia dan saya saja yang tahu tentang sakit tersebut.
 Pada malam esoknya Fahmi dan Myra kembali kerumah Myra dan mulalah saya merasa kesunyian tidak ada lagi tawa dan hilai dan olih kerana Fikri juga keluar malam itu hingga jauh malam saya betul2 merasa kesepian. Saya sedar saya akan terus kesepian dan perlu menerima hakikat Fahmi akan berada dengan saya beb erapa hari saja dalam seminggu.Saya juga sedar Fikri juga mempunyai jadual kerja yang tak menentu sama siang atau malam. Air mata mula menitis tetapi dengan kekuatan spiritual yang dianugerah ALLAH pada saya sedikit demi sedikit perasaan itu mula reda. Saperti kilat saya mengambil Quran kesayangan saya dan membaca nya.Satelah beberapa lama saya merasa lega dan tenang.Saya terus berzikir dan berdoa pada NYA agar diberi kekuatan untok melawan emosi yang pasti dapat digunakan olih iblis untok menggangu ketenteraman hati saya.Menyedari hakikat bahawa saya tidak kesaorangan dan ALLAH sentiasa berada bersama2 saya setiap waktu membuat saya rasa tenang. Pada saat itu saya merasa telah mencapai apa yang saya takrifkan sebagai EMOTIONAL INDEPENDENCE. Saya terus menanamkan dalam hati dan sanubari saya bahawa saya tidak perlu bersedih tanpa anak2 cucu2 dan saudara mara disekeliling saya. Bahkan pemergian suami tersayang untok mencari kebahgiaannya bersama orang yang lebih muda juga tidak lagi membuat hati ini sedih luka dan sunyi. Saya nukilkan perasaan ini untok dimenafaatkan olih sesiapa saja yang sering merasa kesunyian dan janganlah sesekali bergantung pada manusia tetapi bergantunglah pada tali ALLAH swt. ...........




Saturday, October 15, 2011

Diantara Istana dan lokup

Minggu lalu saya telah berhadapan dengan satu situasi yang luarbiasa yang sebelum ini tidak pernah saya alami.Ia berkenaan dengan bagaimana hendak membuat keputusan yang baik dan apakah nilai2 yang perlu digunakan semasa membuat keputusan tersebut.

Saya dan beberapa rakan yang merupakan aktivis dan advocate kanak2 (kami lantik diri kami sendiri) sedang dalam tugasan mengadakan lawatan ke lokup2 polis penjara2 dan institusi akhlak di seluruh Malaysia termasuklah Sabah dan Serawak. Tugas kami adalah untok menemubual penghuni2 yang dalam kumpulan kanak2 yang berada di tempat2 ini untok mengetahui latarbelakang mereka dan juga proses penangkapan dan proses penghakiman yang telah mereka lalui sebelum memasuki tempat2 ini. Objektif kajian ialah untok memperbaiki situasi ini dan juga mencadangkan kepada Yg Berhormat Mentri apakah altenatif2 yang lebih bsesuai bagi kanak2 ini selain di hukum dan di tempatkan di tempat2 ini.
 Di sepanjang lawatan2 ini saya juga mengambil kesempatan untuk memberi tazkirah kepada mereka2 yang beragama Islam dan sering menasihati mereka agar bertenang dan berfikiran positif dan menganggap mereka di pilih khas olih ALLAH untok di rehatkan dari melakukan kemungkaran di luar sana .Situasi saperti ini sangat berharga bagi saya kerana saya percaya bahawa sedikit dakwah yang saya lakukan ini mungkin dapat menyentuh qalbu mereka dan semoga ALLAH mengurniakan mereka HIDAYAHNYA untok mereka berubah sedikit demi sedikit.
 Tiba2 beberapa hari sebelum saya terbang ke Serawak saya menerima panggilan talipon dari teman saya yang menjemput saya untok hadir di ISTANA NEGARA untok satu majlis yang gilang gemilang yang melibatkan semua Duli2 Yang Maha Mulia Sultan2 dan Mentri2 Besar. Saya di jemput untok diberi penghormatan untok mempersembahkan sesuatu Khazanah berprestij bersama empat orang pakar2 dan orang2 bijak pandai.Saya terpegun dan dalam sekelip mata saya tanpa berfikir panjang terus bersetuju. Saya dibayangkan satu majlis bersejarah dan gilang gemilang dan di antara Raja2 Melayu. Saya terus memikirkan bajuyang sesuai untok dipakai dan terbayang baju cantik dan mahal yang masih tergantung dalam almari dibilik saya.
Teman saya itu sungguh gembira dengan keputusan saya itu. Selesai saya bercakap dengan nya saya pun duduk atas katil saya dan terus berbaring.Tiba2 saya rasa sungguh sedih dan tidak tenteram memikirkan keputusan yang dibuat itu. Saya talipon beberapa rakan yang mengatakan keputusan saya itu ok dan itu adalah satu hari dalam sejarah. Walaupun mereka meyakinkan saya bahawa keputusan saya itu baik tetapi saya masih rasa tidak gembira dan tidak aman. Di saat itu saya terbayang wajah kanak2 dan banduan2 muda di penjara dan di Sekolah tunas bakti dan ayermata saya mula menitis. Disaat itu barulah saya sedar saya telah membuat satu keputusan yang bertentangan dengan jiwa dan naluri saya. Dengan pantas satu menalipon teman saya yang menjemput saya kemajlis itu dan memaalomkan keputusan saya tiu.Teman saya terkejut dengan alasan saya tetapi dia memahami jiwa saya dan menerima keputusan saya tanpa banyak soal lagi.Saya telah memilih LOKUP DAN PENJARA DAN BUKAN ISTANA NEGARA. Saya pasti ALLAH telah memberikan saya HIDAYAHNYA dalam saya membuat keputusan ini. InsyaALLAH.

Sunday, October 2, 2011

Teman2 sejati

Ramai dari kita mempunyai teman dan rakan yang kita anggap rapat. Kita biasa mendengar orang menyebut ungkapan2 saperti teman ketawa dan menangis bersama. Walaubagaimana pun ramai dari kita tidak pernah atau jarang2 sekali menyaksikan teman2 kita menangis bersama2 kita semasa kita dalam kesedihan kecualikah bila ada kematian dan teman2 itu datang menziarah kita.

Baru2 ini saya bertemu dengan saorang teman yang telah lama saya kenal kami sama2 dalam perkhidmatan awam dulu dia Ketua Pengarah dan saya TKSU sabuah Kementrian yang terkenal dengan tugas2 yang mencabar. Bak kata orang putih we went through thick and thin selama bertugas di kementrian itu.

Pada malam minggu yang lalu saya dan teman2 lain menghadiri satu jamuan hari raya anjuran Alumnai dan saya terserempak dengan teman saya ini. Dia saorang lelaki dan sama2 pesara.Malam itu dia datang saorang tanpa Darlingnya yang saya juuga kenal baik.Kami sama2 menunaikan Haji tahun lepas sama2 dalam rombongan Ustaz Daud Che Ngah ANDALUSIA. Tinggal juga di hotel sama the famous HIJJAS PALACE yang bukan sama sekali sabuah palace.

Di pendekkan cerita saya pun update dia mengenai ujian  yang ALLAH kurniakan pada saya sekembalinya saya ke tanak air pada bulan Disember 2010 itu dan apa yang berlaku seterusnya kepada saya dan keluarga saya.

Pada mulanya saya tidak lansong menyangka dia akan sebak tapi satelah lima minit saya bercerita matanya mula merah dan kemudian saya lihat kedua2 matanya bergenang dengan airmata bukan itu saja dia terus menangis terasak2 dan tersedu2. Saya sungguh teruja dengan responsenya yang tidak saya duga itu. Bayangkan dia saorang lelaki yang sasa dan macho dan disamping itu punya perasaan yang halus hingga dapat empatise dengan keadaan saya. Saya terus menenangkan dia dengan menyatakan saya ok dan saya punya kesabaran yang luar biasa pasti kerana saya mendekatkan diri dengan ALLAH setiap masa dan saya juga sentiasa beramal dengan ikhlas dan untok mendapatkan REDA ALLAH. Malam yang sepatutnya gembira itu menjadi sayu seketika.

Beginilah sifat saorang teman rapat walaupun kami berlainan jantina tetapi masih bolih berempati dan inilah yang disebut persahabatan platonic yang pada zaman ini sudah jarang2 ada. This is PLATONIC FRIENDSHIP dan semoga teman saya ini sentiasa bahagia disamping Darlingnya. Salam ZAK.

Sunday, September 11, 2011

Menghayati Ramadhan kali ini.............

Selam hampir 40 tahun aku dan keluarga kecil ku menghadapi Ramadhan dengan rasa penuh kegembiraan.Ramadhan bukan saja memberi peluang dan ruang seluas2nya untuk kami beribadah bersama tetapi juga memberi banyak ruang bagi kami makan bersama dan beribadah menunaikan solat terawih bersama.
Akibat terlalu sibuk berkerja dan anak2 juga punya jadual masing2 yang juga ketat dan pelbagai maka aktibiti makan bersama jarang sekali dapat di lakukan. Bayangkanlah betapa indahnya duduk bersama menghadap juadah yang beranika semasa berbuka dan bersahur.Kalau semasa berbuka kami makan diselangseli dengan beranika cerita dan jenaka sahur juga tidak kurang seronoknya sekurang2nya kepada aku kerana melihat perilaku anak2 ku yang diawal sahur makan diam membatu yang kedengaran hanya bunyi makanan di kunyah dan nafas yang kuat dari Fahmi terutamanya hinggalah suasana bertukar perlahan2 kepada senyuman dan hilai ketawa kerana dia di usik olih fikri dengan kata2 yang lucu dan gerakgerinya yang sungguh kreatif.Bayangkanlah di keheningan pagi akan terdengar hilai ketawa tanda sabuah keliarga yang bahagia.......
 Peristiwa yang melanda keluarga kami di awal 2011 lebih spesifik pada 1hb januari 2011 menggubah segala2nya.Pemimpin dan tunggak keluarga meninggalkan kami untok mencari KEBAHAGIAAN yang pada kebanyakan orang biasa2 sesuatu yang ELUSIVE dan ibarat FATAMORGANA .Namun kami yang ditinggalkan olihnya reda dengan ketentuan ALLAH swt dan berbekalkan kegigihan dan dengan bertekad mencampakkan emosi kami jauh2 kedasar laut kami berjaya menghadapi kehidupan baru ini tanpa nya. 
 Sepuluh malam terakhir Ramadhan di menafaatkan dengan amalan yang berlipatganda mencari damai cinta dan kasih serta reda ALLAH swt. Mesjid Bukit Damansara yang dulu jarang di lawati untok berterawih menjadi pusat ibadah kami.Pada aku khususnya kebebasan melakukan apa saja ibadah dan pada bila2 masa saja samaada ditengah malam atau di keheningan pagi menanti suboh memberi satu rasa kepuasan yang sukar untuk di gambarkan.Hanya ALLAH swt yang mengetahuinya apa yang terkandung di lubuk hati ku ketika bermunajat dan bermuhasabah. Kali ini aku tidak lagi merasa bimbang dan ragu saperti dahulu kerana kadang2 aku merasa bimbang disalah tafsir sebagai menunjuk2 dan riak dan juga takut kalau2 menganggu orang yang sedang diulit mimpi2 yang indah.
 Inilah rupanya NIKMAT dan HIKMAH suatu musibah .ALLAH maha pengasih dan penyayang dan ALLAH sajalah yang layak di gelar KEKASIH dan tempat berlindung.ALLAH tidak pernah memungkiri janjinya saperti manusia yang di ciptanya..................

 

Thursday, July 21, 2011

Antara HAK atau TAMAK

Kali ini saya nak cakap pasal tuntutan2 hak dibawah hukum syariah bagi seorang isteri yang diceraikan olih suami tanpa sebab yang kukoh.
 Proses berjalan melalui SULH dan semuanya telah di persetujui olih suami mengenai tuntutan2 isteri yang merupakan nafkah iddah 3 bulan mutaah yang bersesuaian dengan taraf sisuami serta harta sepencarian yang merupakan sebahagian dari rumah yang diduduki sejak berpuluh2 tahun bersama suami dan anak2.
 Semasa sesi SULH suami telah bersetuju untok memberikan rumah itu keseluruhan nya sebab dia tidak mahu membayar mutaah yg di tuntut olih isteri. dengan rela hati isteri menerima cadangan itu dan percaya betul2 bahawa si suami akan melunaskan hutangnya dengan bank dimana di telah menggunakan rumah itu untuk mendapat Overdraft .
Belum pun beberapa hari isteri habis eddahnya bekas suami itu telah menikahi saorang peguam muda sebaya dengan anaknya. Maka bekas isteri pun lalu runsing dan gundah gulanalah kerana situasi bekas suami telah berubah.Maklumlah sudah ada pengganti yang jauh lebih muda segak bijak dan pasti pandai memujuk .
 Maka dengan kuasa ALLAH saorang peguam muda menawarkan khidmatnya untok membantu isteri yang dicerai itu.
Dalam waktu yang sama orang kampung sudah mula membuat andaian bahawa bekas isteri saudara mereka ini telah menuntut yang bukan2. Maka berita ini pun tersebarlah dan ramailah yang menyebarkan berita berupa fitnah bahawa bekas isteri ini memang mata duitan. Mereka pun bertindak memulaukan bekas isteridan di beritakan ada yang sampai tidak memberi isteri nya menghubungi bekas birasnya itu. Inilah yang sedang berlaku cerita2 ini pasti di tokok tambah untok menjadi lebih sensasi.Yang menjadi kan situasi ini lebih menyedihkan semua yang terlibat ini satu ketika dulu sangatlah sayang pada bekas kakak ipar mereka yang diceraikan ini. Lihatlah ALLAH betapa hamba2 mu ini telah melakukan kezaliman hingga sanggup memutskan silaturohim. Sanggup mereka berbuat begitu .Mari kita lihat sampainya RAMADHAN maka ramai2lah mereka ini berduyun2 ke masjid untok bertarawih dan waktu siang berpuasa.Menjelang SHAWAL nanti apa agaknya mereka akan lakukan pula . Ini adalah gambaran dalam sebuah keluarga besar bagaimana pula jika ia berlaku dalam masyarakat orang Melayu yang sudah pasti beragama ISLAM. Mungkin ini adalah salah satu tanda2 kiamat nak sampai .Semoga ALLAH mengampunkan kita semua .AMIN selamat menyambut RAMADHAN yang mulia .
 

Tuesday, June 28, 2011

sedih dan pilu

Sejak beberapa bulan diawal tahun 2011 ini saya dan beberapa orang teman yg sangat prihatin terhadap kanak2 dan remaja telah volunteer untok menjalankan satu kajian tentang keadaan kanak2 dan remaja yg ditahan reman di tempat2 tahanan dibawah jabatan penjara , jabatan kebajikan dan dilokup2 polis.Kami telah menjelajah ke seluroh Semenanjung Malaysia dari selatan utara dan pantai timur juga di kawasan lembah kelang.
 Tugasan kami adalah berat dan kami menemubual mereka menggunakan borang soal selidik yang mengandungi berbGi2 soalan dari latarbelakang keluarga ,pendidikan dan senario serta kisah yang menyebabkan mereka terjebak dalam kancah jenayah .
Mereka terdiri dari kanak2 seawal 13 tahun hingga 18 tahun. 90 peratus terdiri dari lelaki dan berbangsa melayu.. Apa yang sangat membimbangkan saya dan teman2 ialah meningkatnya jumlah yang terlibat dalam dadah sama ada menggunakannya atau yg lebih membimbangkan menjualnya. Dadah ini dari ganja ,pill kuda hingga heroin.
 Satu lagi yang kami dapati yg sangat menyedihkan ialah mereka ini tidak suka kesekolah dan sebabnya ialah MALAS dan PONTENG hingga mereka dibuang sekolah.Tetapi yg sangat2 memilukan saya adalah aspek dan tahap kefahaman tentang agama.Ramai diantara mereka tidak dad asas agama kalau ada pun mereka tidak faham apa yang mereka lakukan itu.Agama pada mereka ialah melakukan ritual2 saperti sembahyang dan puasa saja itu pun sekali sekala.Bila saya tanyakan samaada mereka faham apa yg mereka baca mereka langsung tidak memahami . Saya sering bertanya tentang rukun islam mereka hanya sekadar menyebutnya tanpa memahami maksud dan falsafah disebalik setiap rukun itu.
 Ini bermaana ada sesuatu yg tidak betul mengenai CARA KITA MENGAJAR AGAMA. Kita sering mementingkan RUKUN dan IBADAH dan kurang menekankan AQIDAH. Maka sudah sampai masanya satu rombakan dilakukan olih setiap institusi yang mengajar agama Islam dan cara nya juga perlu kreatif untok menyentuh qalbu kanak2 dan remaja.
  Pakar2 pendidikan pula perlu betul2 membuat kajian mengapa kanak2 dan remaja lelaki khasnya terlalu ramai tercicir dari alam persekolahan dan mengapa mereka sering BOSAN dan MALAS pergi sekolah.
 Sementara itu pihak2 yang terlibat dalam merancang dan melaksanakan program2 keibubapaan perlu menanamkan dan menekankan aspek komunikasi berkesan diantara anak2 dgn ibubapa.Ini kami dapati sangat penting kerana ramai diantara mereka yg mengatakan bahawa ibu bapa tidak pedulikan mereka.Ini juga sangat jelas kami lihat kerana apabila mereka ditahan dan menjalani hukuman ibubapa tidak datang melawat mereka.
 THE MORAL OF THE STORY HERE IS WHAT ARE WE GOING TO DO AND HOW CAN WE ENSURE THAT THESE CHILDREN CAN BE GIVEN A SECOND 
 CHANCE WHEN THEY COMPLETE THEIR SENTENCES.So whoever reads this  please do contact me so that we can together think of a way to help these children and young people..

 

Thursday, June 16, 2011

learning to fall in love with myself

As the days pass by i find that i have to learn to be by myself and i really dont want to cling on to my children and grandchildren as well as my siblings and relatives and friends.As such i have to really make an effort to learn to cope with being by myself pretty much these days.In a couple of weeks my bibik will be leaving me to take over the duties of my son's bibik who is going to be taking her yearly leave and head back to Indinesia. Then after Ramadhan my bibik will go on home leave fo 2 whole months.

   In the old days i used to feel so helpless and worried too.What with the house chores and the garden to take care of everyday the cooking and washing too. But now it is more of the compenionship that i will miss. She is very loyal to me and often cry over what i have been through. She is loyal and also caring in her own ways.

     As of now i have started to fend for myself and am doing things without her. In the past we watch tv togerther and will sit till midnight esp watching GERAK kHAS.I hane stopped doing that and will only watch halfway then i will head for my bedroom and read a book or just watch tv in my room.I also would go out by myself and just go wandering around at the shops without really having any list in my hands of things to buy .
    Come hari raya this year i may just buy a ticket and head for a far off place and be by myself .This is also with the objective of not making my children and siblings feel sad for me.Hari Raya is a joyous occation and i dont want anyone to feel sad for me so it is better for me to just be amongst strangers. I am still planning this strategy and i pray ALLAH will guide me and my plan will translate into reality.
 Above all i am slowly learning to care for myself learning really about my inner feelings and trying to love my own company.Its tough as i am a people person and i just love crowd and i love to talk.Now and then i even talk to myself..............May ALLAH guide me and finally make me realise that i am my best friend..........

Monday, May 9, 2011

bolih ke kita jadi pemaaf

Kali ini saya nak meluahkan perasaan saya mengenai pemaaf.Baru2 ini saya mengikuti satu program hebat yang di anjurkan olih ESQ iaitu Mission statement and character building. Wah saperti program2 ESQ yang lain ia sangat segar dan membuka minda kita disamping menyentuh qalbu dan seluruh hati dan perasaan tersentak dan tersentuh.Bagaimana tidaknya semuanya berlandaskan ALQURAN dan HADITH dan SUNNAH .Sebagai saorang Muslim saya sungguh berterima kasih kerana dapat mengalami satu situasi experiencial learning yang hebat dimana disamping kita dapat muhasabah diri kita dapat berbicara dengan ALLAH dan di aminkan olih teman2 yang ramai secara serentak.
  Salah satu perkara yang saya alami juga ialah apabila kami didedahkan dengan sesi memaafkan orang2 yang telah mengecewa dan menyakitkan kita. Saya melalui sesi ini dengan penuh konsentrasi dan fokus maka hasilnya saya berjaya menanamkan satu tekad dalam jiwa saya untok menjadi SAORANG PEMAAF. Ini bukan suatu yang senang untok dilakukan tapi syukur kerana berbekalkan azam yang kuat saya berjaya.
 Semasa memandu kereta saya menuju rumah malam itu saya berasa ringan saolah2 terbang di angkasa hanya kerana saya telah berjaya menghapuskan rasa marah dendam benci kecewa dan sedih kerana di perlakukan olih saorang yang telah hidup bersama selama 39 tahun melalui berbagai ranjau dan taufan susah dan senang. Saya tidak lagi merasakan segala2 yang negatif terhadapnya bahkan perasaan saya  bertukar pula kepada rasa kasihan dan belas ikhsan terhadapnya kerana dia masih mungkin masih tercari2 tentang KEBAHAGIAAN dan mungkin juga akan memakan masa yang lama untok mendapatkan nya kecuali dia mendekatkan diri dengan ALLAH dan meraih CINTA ALLAH dan mendapat HIDAYAH NYA.
 Kepada teman2 saya yang masih mahu bercerita dan bertanya tentang PIHAK KETIGA yang mungkin memang ujud yang telah mengugat kehidupan kami bersama perkara itu sudah tidak penting lagi bagi diri saya.Saya  sering mengatakan kepada rakan2 saya itu jika PIHAK itu ujud tak mengapa DIA BERHAK UNTOK MENDAPAT KEBAHAGIAN sebagai saorang insan.Saya sudah pun memaafkan dia dan sekarang yang lebih penting ialah SAYA SEDANG BERCINTA DENGAN ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG.................

Monday, April 18, 2011

Menghadapi situasi post krisis

Ketika kita menghadapi krisis dalam hidup kita sering inginkan simpati dari saudara mara rakan dan teman.Kita berbuat demikianbukan untok menagih simpati buka juga untok menegaskan yang kita tidak bersalah juga bukan niat untok memburuk2kan pihak2 yang berkaitan. Kita hanya ingin melepaskan sesak didadasetelah puas mengadu pada yang Esa.
 Ini adalah tindakan lumrah manusia yang sentiasa diintip olih syaitan durjana yang ingin kita terbabas dari landasan yang dibenarkan olih yang Esa.Orang2 yang dilanda krisis juga sering  menghadapi situasi dan dilema kerana terpaksa mengawal diri dari terjebak dalam kencah kata mengata pihak2 yang terlibat yang menyebabkan kita menjadi sedih dan kecewa itu.Kadang2 teman2 akan bertanya dan terus bertanya tentang krisis yang kita hadapi itu samaada orang yang sama atau orang yang sudah pun tahu tapi ingin tahu lebih lanjut lagi tentang apa sebenarnya yang terjadi.
 Bayangkan jika kita punya ramai rakan dan kenalan maka berulang2 kalilah kita perlu atau digesa untok menceritakan apa sebenarnya yang berlaku.Sering kita akan rasa letih dan tertekan kerana ia akan menyebabkan kita terpaksa melalui liku2 hidup kita bertahun2 lamanya saperti kata orang putih going down    memory lane.Dalam situasi ini juga pasti kita tidak akan dapat mengelak dari menokoktambah dan inilah yang akan menjerumuskan kita ke kancah menempah dosa.
Sebaliknya pula kita bolih memilih untok berdiam diri saja dan untok beberapa waktu kita jangan berjumpa dengan teman dan kenalan dan jangan menghadirikan diri di majlis2 dimana sudah pasti kita akan berjumpa mereka.Ini juga sebenarnya berisiko kerana kalau berita itu disampaikan olih hanya saorang saja dari saudara mara maka rakan dan kenalan lambat laun akan tahu juga. Jika mereka tahu secara umum saja mereka akan terjebak membuat berbagai andaian yang akhirnya bolih menjadi lebih kusut dan menimbulkan fitnah pula.silap2 kita juga akan mendapat dosa sebab menjadi punca kepada apa yang di bualkan itu.
  Memang sukar sekali menghadapi masa post krisis ini. Mungkin itulah sebabnya ERRA FAZIRA dan YUSRY dua celebrity terkenal semasa menghadapi krisis rumahtangga mereka mengadakan satu sidang akhbar. Soalnya kita bukan celebrity dan sabelah pihak masih mahu merahasiakan krisis ini.Pasa saya lebih baiklah di hebahkan agar tidak mengeruhkan lagi keadaan.AFTER ALL LIFE HAS TO GO ON and LIFE IS TOO SHORT SO DONT WASTE IT BY BEING A MORON...........














Tuesday, March 15, 2011

sokongan rakan dan teman semasa menghadapi krisis dalam kehidupan

Apabila kita menghadapi satu2 krisis besar dalam kehidupan ramai yang berminat hendak tahu apa sebenarnya yang berlaku.Terpulanglah kepada kita adakah kita mahu menceritakannya  dengan mengeluarkan hujjah2 atau secara umum saja atau mengambil sikap berdiam saja.
 Inilah selalunya dilema yang selalu di alami olih orang2 yang berkenaan terutama jika dia punya keluarga besar ,ramai kawan dan ribuan kenalan.Jika kita mengambil sikap untok berdiam diri saja kita selalunya akan berasa bersalah sebaliknya pula jika kita mahu memberitahu  kita tidak dapat mengelak dari memberi secara terperinci apa yang berlaku bagaimana ia bolih berlaku apakah faktor2 penyebab dan apa tindakan selanjutnya yang akan di ambil dan banyak lagi aspek2 lain akan dan perlu diperjelaskan.
      Dalam situasi beginikita juga perlu memilih siapa diantara ahli keluarga yang hendak diberitahu mengikut senarai keutamaan.Ini disebabkan ada diantara ahli keluarga itu mungkin akan overreact dan terlalu emosi hingga akan menambahkan lagi stress pada kita.
     Mengenai kawan dan teman pula kita juga perlu ada senarai keutamaan Diantara kriteria yang bolih digunakan ialah dia perlu diberitahu kerana dia sedang menjalankan projek atau aktibiti yang mungkin terjejas bila kita sedang menghadapi krisis tersebut.Dia juga sering berjumpa kita dan sering juga mengambil tahu dan prihatin terhadap kita.Dia juga sering bertanya kepada kita mengenai orang yang menjadi punca krisis yang kita sedang hadapi itu.
 Dalam situasi ini dan apabila teman rapat kita ramai pula bilangannya semakin sukarlah kita hendak membuat pilihan.Sekarang barulah aku faham kenapa sesetengah orang terutama celeberity mengadakan sidang akhbar agar penjelasan dapat di beri dengan jelas kepada umum Tapi aku hanyalah seorang biasa yang punya keluarga besar ramai teman rapat dan ribuan kenalan.Perlukah aku mengambil sikap berdiam diri saja atau pun lagi senang membeli satu ruang di akhbar dan membuat kenyataan saperti yang sering kita lihat pengumuman orang meninggal dunia. Aku sedang memikirkan nya kalau ada sesiapa yang bolih membantu harap dapatlah bermurah hati memberikan nasihat.....................

Saturday, February 19, 2011

BOLIH KREATIF BILA BERSEDIH

Dalam hidup ini semua orang telah sedang dan pasti akan mengalami kesedihan.Kadang kesedihan itu timbul dengan tiba2 dan tidak di sangka2 dan kadang kesedihan itu telah dirasa bertahun2 lamanya tetapi kita tetap bolih bertahan dan meneruskan kehidupan ini hanya kerana kita berjaya mengalihkan kesedihan itu dengan menyebukkan diri melalui berbagai cara ada yang positif dan juga secara yang merosakkan diri atau di manifistasikan melalui tindakan2 negatif.
Orang luar tidak sekali2 akan menjangka kita sedang dilanda kesedihan yang amat sangat kerana kita berupaya menyembunyikan perasaan dan kesedihan itu.
       Semasa kita dilanda kebiasaannya juga kita tidak dapat mengatasinya bersendirian terutama punca kesedihan itu  datang dari orang terdekat dengan hidup kia.Sering juga kita mendengar orang berkata kita bolih dan sepatutnya meluahkan perasaan kita pada adik beradik kita ,saudara mara kawan2 juga ustazah dan ustaz bahkan kaunselor dan para profesyenal yang terlatih dalam bidang2 yang berkaitan. Jika kita telah mencuba semua taktik ini  dan kesedihan itu masih dirasa maka kita perlu berusaha sendiri dengan mengadu pada ALLAH swt yang MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG SERTA MAHA BERKUASA. Ketika itu barulah kita sedar sepatutnya kita berserah pada NYA awal2 lagi.
       Pertama sekali kita perlu REDZA dengan apa yang berlaku pada diri kita kemudian lekas2 kita tanamkan di hati dan kalbu kita ini adalah UJIAN dari NYA dan BAHAWA SETIAP UJIAN ITU ADALAH ANUGERAH NYA dan pasti ada HIKMAH disebaliknya. Kita buka pula kitab2 dan mencari amalan2 yang sesuai kita amal untok menenangkan fikiran dan dengan cara itu kita akan dekat pada NYA.Banyak amalan2 seperti zikir2 solat2 sunat tasbih tahajjud taubat dan hajat diantaranya.Kita juga bolih membaca ALQURAN dan sekaligus membaca surah2 tertentu yang menpunyi hikmah2 tersendiri untok mengatasi setiap aspek kehidupan ini  dan juga membaca SIRAH RASULULLAH dan hadith2 dan juga SUNNAH NABI.
         Selian itu kita bolih juga mengisi masa kita dengan hadir dan mengikuti kelas2 agama di mesjid dan surau dengan bimbingan dari ustaz dan ustaz yang berkeliber. Bahkan sekarang kita bolih mengikuti program shujong minggu di pusat2 pengagian tinggi.Kita juga bolih mempelbagaikan aktibiti harian kita dengan melipatgandakan usaha untok meraih keredaan ALLAH dengan banyak melibatkan diri dengan menolong orang2 yang kurang bernasib baik samaada melalui persatuan2 sukarela atau secara bersendirian dengan mendaftar sebagai sukarelawan di rumah2 kebajikan kerajaan atau yang di kelolakan olih NGO yang bilangannya beratus2 ujud di negara ini.Cara ini kita akan bukan saja akan leka tetapi akan merasa satu kepuasan dan kegembiraan kerana dapat membahagiakan orang2 yang sangat2 memerlukan perhatian. Sebenarnya kita punya banyak pilihan untok berkhidmat untok kanak2 remaja wargaemas OKU dan lokasinya pun pelbagai dari institusi2 JKM  NGO penjara sekolah di bandar atauluar bandar dan juga di pendalaman bahkan juga di luar negara.Terpulanglah kepada kita dalam membuat pilihan yang sesuai.
          InsyaALLAH dengan cara ini hati yang luka dan sedihdapat terhibur terutama bila melihat orang yang kita bantu itu tertawa dan bergembira.ALLAH MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG jika apa yang kita lakukan itu untok mendapat keredaannya dan dengan hati yang tulus ikhlas kita akan berasa gembira diperlukan hidup ini lebih bermaana dan TIDAK AKAN BERSEDIH LAGI.
            I CRIED BECAUSE I HAVE NO SHOES UNTIL I SAW A MAN WITH NO FEET.




   






Tuesday, January 25, 2011

mengisi masa tanpa teman

Hari ini saya ingin menulis mengenai apa yang terjadi pada kebanyakan pesara yang ditinggalkan olih anak2 yang telah dewasa dan memulakan kehidupan mereka sendiri dan bagaimana kita bolih hidup tanpa bergantung kepada sesiapa pun dan merasa tidak kesunyian dan kesepian dalam lain perkataan emotionally independent.

      Bukanlah sesuatu yang senang untuk tidak merasa kesunyian apabila ditinggal kesaorangan terutama kalau kita memang seorang yang suka bercakap dan a people person.Hidup kita dulu memang dikelillingi olih adik beradik dan kemudian suami dan anak2. Semua aktibiti dilakukan bersama diselangseli dengan hilai ketawa serta senda gurau . Namun apabila seorang demi seorang meninggalkan kita dan memulakan hidup mereka sendiri pasti kita pada mulanya merasa teramat sunyi diselang seli dengan rasa kesedihan yang menusuk jiwa.

        Namun lama kelamaan kita membiasakan diri dan cuba menyukai diri sendiri.Kalau dulu kita sering memikirkan orang lain dan mendahulukan mereka sekarang kita perlu belajar memikirkan diri kita pula.Memang mula2 rasa janggal dan pelik tetapi lama kelamaan kita akan perlahan2 meyukai diri kita sendiri saperti kata kawan saya yang berbahasa Inggeris you learn to fall in love with yourself and enjoy being in your own company.

         Satelah itu kita perlu merancang dan mencari apakah perkara yang paling menyeronokkan dan senarai utamakan perkara2 itu. Tindakan ini mungkin memakan masa sebab susah hendak memilih yang mana satu yang perlu diutamakan.Itu sepatutnya tidak menjadi masaalah sebab kita punya banyak masa untuk melakukannya.Itulah yang sedang saya lakukan dan mungkin akan memakan masa yang agak lama sebab senarainya pasti panjang.Saya harap akan menyiapkannya dalam masa seminggu dua ini sebab banyak perkara2 penting yang berlaku sejak kebelakangan ini kepada hidup saya. Yang penting saya akan mulakannya dan inilah yang akan menjadi panduan hidup saya menjelang hari lahir saya yang ke64 nanti.Satu lagi yang pasti ia perlu membahagiakan saya dalam meniti usia menjelang pemergian saya ka alam yang kekal insyaALLAH.

Tuesday, January 18, 2011

rresponse kpd muqadimah tv9 ustz roslan

asalamualaikum
       Pagi ini tadi saya berpeluang mengikuti ceramah USTAZ ROSLAN dari UM mengenai pentingnya kita menmpekuatkan tali silaturohim terutama dalam keluarga dan dalam masyarakat.Ustaz mengupas dengan sungguh jelas betapa pentingnya kita memantapkan hubongan itu .Diantara perkara yang di sentuh ialah bahawa kita perlu nasihat menasihati di antara satu dengan lain dalam suasana tenang tanpa sikap sinis dan prasangka terhadap satu dengan lain.
         Kadang2 dalam sabuah keluarga besar sering berlaku perselisihan faham dan dalam banyak keadaan ahli2 dalam keluarga tidak mahu campur tangan atau tidak peduli pun apa yang sedang berlaku apabila satu2 perselisihan' Masa saya kecil2 dulu mak saya sering menjadi mediator tidak terlatih tetapi di kurnia olih ALLAH swt kebolihan luarbiasa menjadi penasihat mediator kauselor dan tempat ramai orang prempuan dan lelaki juga mencurahkan perasaan dan meminta bantuan dan nasihat. Mak sungguh popular dan dia juga terkenal sebagai guru mengajar ALQURAN disamping menjadi ketua kaum ibu umno yang gigih dan berpengaruh.

      Saya masa itu masih di peringkat awal remaja dan selalu melihat mak bertindak sebagai penasihat dan menasihati pasangan suami isteri yang berkelahi.Saya kagum dengan kebolihan nya. Satu lagi ialah mak banyak menggunakan ayat2 ALQURAN dan meminta pasangan itu mengamalkan nya.
     Krja2 yang di jalankan nya alhamdulilah dengan izin ALLAH banyak keluarga yang terselamat dari bercerai berai.
 Ketika ini kita banyak mendengar ujudnya profession saperti kaunselor ahli psikologi dan macam2 lagi yang bertindak secara professional dan mengenakan bayaran hanya untok menyelesaikan masaalah dalam keluarga termasuklah khidmat peguam2 yang  mengenakan fees yang tinggi.
 Saya berpendapat sampailah masanya ahli2 dalam sesabuah keluarga mengenalpasti dikalangan mereka siapa bolih dan sanggup memainkan peranan saperti yang di mainkan olih mak saya dulu itu.Dan yang penting apabila masaalah melanda sesabuah keluarga kita cari jalan penyeselaiannya mengikut lunas agama kita yang lengkap dan sempurna itu.Hanya merujuk dan berjumpa kauselor dan ahli2 profesional yang menggunakan teori2 barat sahaja pasti tidak dapat menyelesaikan masaalah terutama sekali bagi orang2 ISLAM.

Saturday, January 15, 2011

orang tua berdepan dengan zaman it dan internet

Hari ini saya nak cakap pasal bagaimana orang2 tua macam saya teruja dan kadang2 terpengaruh dengan dunia internet dan dunia teknologi maklumat ini.

Bukan semua orang2 pencen dan warga emas berasa selesa untuk berhadapan dengan dunia serba canggih ini. Pertama sekali terlalu banyak sekali terma2 dan perkataan yang digunakan untuk berbicara mengenainya.Pendek kata kalau tidak pergi kursus khas macam saya ini pakai hentam sajalah-Apa tidaknya banyak masa di gunakan pergi kelas2 agama yang dirasa sangat perlu ma'alom orang2 macam saya ini kan dikatakan dah dalam mode overdrive dan dah nak masuk lewat malam bukan lagi senja!

Kelas2 agama itu pun terpaksa tebalkan muka sebab ustaz dan ustazah yang mengajar itu kebanyakannya boleh jadi anak2 kami.Kerana terlalu kommited dengan tugas2 dan tanggungjawab yang di pikul maka masa bekerja dulu kami lansung tak berpeluang mengikuti kelas2 agama secara terancang. Sekarang semuanya nak pulon habis2. Ramai dikalangan pesara2 yang boleh dikatakan setiap hari pagi petang dan kadang2 malam pun menghadiri kelas2 agama. Syukurlah semua dah insaf bahawa kita tidak akan hidup selama2nya pasti kita akan pergi jua mengadap NYA.

  Berbalik kepada hal dunia siber ini cucu saya yang lima tahun dan lapan tahun itu pun sangat up to date dengan pengunaan laptop pc dan playstation serta gaget2 yang sejenis dengan nya. Memang malu dibuatnya bila mereka dapat tahu Sitinya (nenek) tidak pandai saperti mereka.

 Jadi terpaksalah saya tebalkan muka sekali lagi dan minta anak2 dan menantu menunjuk dan mengajar saya secara shortcut macam mana nak guna laptop guna email dan cari maklumat dalam internet. Saya masih terhegeh2 lagi dan baru gear satu orang lain dalam keluarga saya dah tak pakai gear pun dah pakai auto pun. Sering kali saya terpaksa tebalkan muka untuk minta berkali2 untuk diajar dan selalu juga kena marah sebab lembab. Sebagai saorang motivator sukarela yang tidak bertauliah saya kuatkan semangat dan tanamkan azam tak apalah kena marah pun asalkan aku dapat belajar. Kadang2 terfikir juga nak ikuti kelas komputer tapi entahlah terlalu banyak pula aktiviti sampai seminggu itu jadual penuh. Untuk catchup saya juga menulis secara conventional tulis tangan dan beri pada kawan saya yang sabar untuk taip dan upload dalam website persatuan kami.

 Zaman orang bercakap mengenai Facebook, Twitter dan sebagainya kita sering membaca ramai wargaemas  yang  bergiat dalam arena social networking melalui alam siber ini. Mungkin mereka merasa muda semula kerana orang tak tahu umor mereka dan tak perlu tahu pun. Jadi berlagaklah mereka dan lama2 pasti dapat menarik minat ramai peminat terutama kalau mereka punya facebook dan pengikut2 atau boleh jadi juga lama2 fan club. Jadi orang2 macam ini leka   dialam baru yang serba canggih ini. Ada juga cerita2 yang didengar mereka berjaya mendapat kawan2 baru dari kalangan orang2 muda yang bolih di buat cucu pun. Tapi itu semua ikut citarasa masing2 lah  siapalah kita nak komen2 sangat.TEPUK DADA TANYA SELERA.Tapi kalau sayalah saya tak guna falsafah hidup berlandaskan TEPUK DADA TANYA SELERA ini tapi saya akan guna dan berpegang kepada pesanan ustaz saya iaitu  TEPUK DADA TANYA IMAN................

Friday, January 14, 2011

happiness/kebahagiaan

asalamualaikum

ramai orang sering mencari dan memburu kebahgiaan.Setengah orang merasa bahagia bila ada banyak wang.ada pula rasa bahagia bila bersama orang yang dia sayang tak semestinya dengan orang yang menyangi dia ada pula bahagia bila shopping.Pendek kata macam definasi apa itu kebahgiaan. Satengah manusia tu rasa sangat bahagia hanya melihat keindahan alam dari matahari terbit semasa fajar kepada bulan yg mengambang di waktu malam dengan angin bertiup sepoi2 bahasa.
Definasi dan interpretasi kebahgiaan sering berkait rapat dengan nilai hidup sesaorang dan juga style kehidupannya bak kata orang putih their way of life.Walau apa pun interpretasi dan definasi yang di pakai ia adalah sesuatu yg sangat subjektif dan tak ada sesiapa yg perlu dan patut mengatakan fahaman dan definasi itu salah.Masing2 ada hak dan bolih menggunakan definasi yang mereka suka pada bila2 masa pun.
  walaubagaimana pun kita patut juga memahami definasi yang diguna olih orang lain kerana kita bukan hidup saorang diri di dunia ini.Kita ada ahli2 keluarga dan kawan2 yang sentiasa mengelilingi hidup kita. Untok mencapai keharmonian dalam kehidupan berkeluarga terutamanya sangat perlu kita menyesuaikan fahaman dan pengertian kebahagiaan kita itu dengan fahaman dan pengertian orang lain asalkan ia mengikut landasan2 dan nilai2 agama masing2.
  kata orang you can be happy by giving happiness to others.Happiness should not be exclusively owned by one person. Salah satu cara untok mendapatkan kebahgiaan yang bermaana juga adalah dengan menyatakan syukur terhadap segala nikmat yang ALLAH telah kurnia kepada kita yang selama ini kita tidak sedar atau take for granted. Bukankah ada saying orang putih .....I cried because i have no shoes until i saw a man with no feet.