Tuesday, March 15, 2011

sokongan rakan dan teman semasa menghadapi krisis dalam kehidupan

Apabila kita menghadapi satu2 krisis besar dalam kehidupan ramai yang berminat hendak tahu apa sebenarnya yang berlaku.Terpulanglah kepada kita adakah kita mahu menceritakannya  dengan mengeluarkan hujjah2 atau secara umum saja atau mengambil sikap berdiam saja.
 Inilah selalunya dilema yang selalu di alami olih orang2 yang berkenaan terutama jika dia punya keluarga besar ,ramai kawan dan ribuan kenalan.Jika kita mengambil sikap untok berdiam diri saja kita selalunya akan berasa bersalah sebaliknya pula jika kita mahu memberitahu  kita tidak dapat mengelak dari memberi secara terperinci apa yang berlaku bagaimana ia bolih berlaku apakah faktor2 penyebab dan apa tindakan selanjutnya yang akan di ambil dan banyak lagi aspek2 lain akan dan perlu diperjelaskan.
      Dalam situasi beginikita juga perlu memilih siapa diantara ahli keluarga yang hendak diberitahu mengikut senarai keutamaan.Ini disebabkan ada diantara ahli keluarga itu mungkin akan overreact dan terlalu emosi hingga akan menambahkan lagi stress pada kita.
     Mengenai kawan dan teman pula kita juga perlu ada senarai keutamaan Diantara kriteria yang bolih digunakan ialah dia perlu diberitahu kerana dia sedang menjalankan projek atau aktibiti yang mungkin terjejas bila kita sedang menghadapi krisis tersebut.Dia juga sering berjumpa kita dan sering juga mengambil tahu dan prihatin terhadap kita.Dia juga sering bertanya kepada kita mengenai orang yang menjadi punca krisis yang kita sedang hadapi itu.
 Dalam situasi ini dan apabila teman rapat kita ramai pula bilangannya semakin sukarlah kita hendak membuat pilihan.Sekarang barulah aku faham kenapa sesetengah orang terutama celeberity mengadakan sidang akhbar agar penjelasan dapat di beri dengan jelas kepada umum Tapi aku hanyalah seorang biasa yang punya keluarga besar ramai teman rapat dan ribuan kenalan.Perlukah aku mengambil sikap berdiam diri saja atau pun lagi senang membeli satu ruang di akhbar dan membuat kenyataan saperti yang sering kita lihat pengumuman orang meninggal dunia. Aku sedang memikirkan nya kalau ada sesiapa yang bolih membantu harap dapatlah bermurah hati memberikan nasihat.....................