Monday, May 9, 2011

bolih ke kita jadi pemaaf

Kali ini saya nak meluahkan perasaan saya mengenai pemaaf.Baru2 ini saya mengikuti satu program hebat yang di anjurkan olih ESQ iaitu Mission statement and character building. Wah saperti program2 ESQ yang lain ia sangat segar dan membuka minda kita disamping menyentuh qalbu dan seluruh hati dan perasaan tersentak dan tersentuh.Bagaimana tidaknya semuanya berlandaskan ALQURAN dan HADITH dan SUNNAH .Sebagai saorang Muslim saya sungguh berterima kasih kerana dapat mengalami satu situasi experiencial learning yang hebat dimana disamping kita dapat muhasabah diri kita dapat berbicara dengan ALLAH dan di aminkan olih teman2 yang ramai secara serentak.
  Salah satu perkara yang saya alami juga ialah apabila kami didedahkan dengan sesi memaafkan orang2 yang telah mengecewa dan menyakitkan kita. Saya melalui sesi ini dengan penuh konsentrasi dan fokus maka hasilnya saya berjaya menanamkan satu tekad dalam jiwa saya untok menjadi SAORANG PEMAAF. Ini bukan suatu yang senang untok dilakukan tapi syukur kerana berbekalkan azam yang kuat saya berjaya.
 Semasa memandu kereta saya menuju rumah malam itu saya berasa ringan saolah2 terbang di angkasa hanya kerana saya telah berjaya menghapuskan rasa marah dendam benci kecewa dan sedih kerana di perlakukan olih saorang yang telah hidup bersama selama 39 tahun melalui berbagai ranjau dan taufan susah dan senang. Saya tidak lagi merasakan segala2 yang negatif terhadapnya bahkan perasaan saya  bertukar pula kepada rasa kasihan dan belas ikhsan terhadapnya kerana dia masih mungkin masih tercari2 tentang KEBAHAGIAAN dan mungkin juga akan memakan masa yang lama untok mendapatkan nya kecuali dia mendekatkan diri dengan ALLAH dan meraih CINTA ALLAH dan mendapat HIDAYAH NYA.
 Kepada teman2 saya yang masih mahu bercerita dan bertanya tentang PIHAK KETIGA yang mungkin memang ujud yang telah mengugat kehidupan kami bersama perkara itu sudah tidak penting lagi bagi diri saya.Saya  sering mengatakan kepada rakan2 saya itu jika PIHAK itu ujud tak mengapa DIA BERHAK UNTOK MENDAPAT KEBAHAGIAN sebagai saorang insan.Saya sudah pun memaafkan dia dan sekarang yang lebih penting ialah SAYA SEDANG BERCINTA DENGAN ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG.................