Thursday, July 21, 2011

Antara HAK atau TAMAK

Kali ini saya nak cakap pasal tuntutan2 hak dibawah hukum syariah bagi seorang isteri yang diceraikan olih suami tanpa sebab yang kukoh.
 Proses berjalan melalui SULH dan semuanya telah di persetujui olih suami mengenai tuntutan2 isteri yang merupakan nafkah iddah 3 bulan mutaah yang bersesuaian dengan taraf sisuami serta harta sepencarian yang merupakan sebahagian dari rumah yang diduduki sejak berpuluh2 tahun bersama suami dan anak2.
 Semasa sesi SULH suami telah bersetuju untok memberikan rumah itu keseluruhan nya sebab dia tidak mahu membayar mutaah yg di tuntut olih isteri. dengan rela hati isteri menerima cadangan itu dan percaya betul2 bahawa si suami akan melunaskan hutangnya dengan bank dimana di telah menggunakan rumah itu untuk mendapat Overdraft .
Belum pun beberapa hari isteri habis eddahnya bekas suami itu telah menikahi saorang peguam muda sebaya dengan anaknya. Maka bekas isteri pun lalu runsing dan gundah gulanalah kerana situasi bekas suami telah berubah.Maklumlah sudah ada pengganti yang jauh lebih muda segak bijak dan pasti pandai memujuk .
 Maka dengan kuasa ALLAH saorang peguam muda menawarkan khidmatnya untok membantu isteri yang dicerai itu.
Dalam waktu yang sama orang kampung sudah mula membuat andaian bahawa bekas isteri saudara mereka ini telah menuntut yang bukan2. Maka berita ini pun tersebarlah dan ramailah yang menyebarkan berita berupa fitnah bahawa bekas isteri ini memang mata duitan. Mereka pun bertindak memulaukan bekas isteridan di beritakan ada yang sampai tidak memberi isteri nya menghubungi bekas birasnya itu. Inilah yang sedang berlaku cerita2 ini pasti di tokok tambah untok menjadi lebih sensasi.Yang menjadi kan situasi ini lebih menyedihkan semua yang terlibat ini satu ketika dulu sangatlah sayang pada bekas kakak ipar mereka yang diceraikan ini. Lihatlah ALLAH betapa hamba2 mu ini telah melakukan kezaliman hingga sanggup memutskan silaturohim. Sanggup mereka berbuat begitu .Mari kita lihat sampainya RAMADHAN maka ramai2lah mereka ini berduyun2 ke masjid untok bertarawih dan waktu siang berpuasa.Menjelang SHAWAL nanti apa agaknya mereka akan lakukan pula . Ini adalah gambaran dalam sebuah keluarga besar bagaimana pula jika ia berlaku dalam masyarakat orang Melayu yang sudah pasti beragama ISLAM. Mungkin ini adalah salah satu tanda2 kiamat nak sampai .Semoga ALLAH mengampunkan kita semua .AMIN selamat menyambut RAMADHAN yang mulia .