Saturday, October 15, 2011

Diantara Istana dan lokup

Minggu lalu saya telah berhadapan dengan satu situasi yang luarbiasa yang sebelum ini tidak pernah saya alami.Ia berkenaan dengan bagaimana hendak membuat keputusan yang baik dan apakah nilai2 yang perlu digunakan semasa membuat keputusan tersebut.

Saya dan beberapa rakan yang merupakan aktivis dan advocate kanak2 (kami lantik diri kami sendiri) sedang dalam tugasan mengadakan lawatan ke lokup2 polis penjara2 dan institusi akhlak di seluruh Malaysia termasuklah Sabah dan Serawak. Tugas kami adalah untok menemubual penghuni2 yang dalam kumpulan kanak2 yang berada di tempat2 ini untok mengetahui latarbelakang mereka dan juga proses penangkapan dan proses penghakiman yang telah mereka lalui sebelum memasuki tempat2 ini. Objektif kajian ialah untok memperbaiki situasi ini dan juga mencadangkan kepada Yg Berhormat Mentri apakah altenatif2 yang lebih bsesuai bagi kanak2 ini selain di hukum dan di tempatkan di tempat2 ini.
 Di sepanjang lawatan2 ini saya juga mengambil kesempatan untuk memberi tazkirah kepada mereka2 yang beragama Islam dan sering menasihati mereka agar bertenang dan berfikiran positif dan menganggap mereka di pilih khas olih ALLAH untok di rehatkan dari melakukan kemungkaran di luar sana .Situasi saperti ini sangat berharga bagi saya kerana saya percaya bahawa sedikit dakwah yang saya lakukan ini mungkin dapat menyentuh qalbu mereka dan semoga ALLAH mengurniakan mereka HIDAYAHNYA untok mereka berubah sedikit demi sedikit.
 Tiba2 beberapa hari sebelum saya terbang ke Serawak saya menerima panggilan talipon dari teman saya yang menjemput saya untok hadir di ISTANA NEGARA untok satu majlis yang gilang gemilang yang melibatkan semua Duli2 Yang Maha Mulia Sultan2 dan Mentri2 Besar. Saya di jemput untok diberi penghormatan untok mempersembahkan sesuatu Khazanah berprestij bersama empat orang pakar2 dan orang2 bijak pandai.Saya terpegun dan dalam sekelip mata saya tanpa berfikir panjang terus bersetuju. Saya dibayangkan satu majlis bersejarah dan gilang gemilang dan di antara Raja2 Melayu. Saya terus memikirkan bajuyang sesuai untok dipakai dan terbayang baju cantik dan mahal yang masih tergantung dalam almari dibilik saya.
Teman saya itu sungguh gembira dengan keputusan saya itu. Selesai saya bercakap dengan nya saya pun duduk atas katil saya dan terus berbaring.Tiba2 saya rasa sungguh sedih dan tidak tenteram memikirkan keputusan yang dibuat itu. Saya talipon beberapa rakan yang mengatakan keputusan saya itu ok dan itu adalah satu hari dalam sejarah. Walaupun mereka meyakinkan saya bahawa keputusan saya itu baik tetapi saya masih rasa tidak gembira dan tidak aman. Di saat itu saya terbayang wajah kanak2 dan banduan2 muda di penjara dan di Sekolah tunas bakti dan ayermata saya mula menitis. Disaat itu barulah saya sedar saya telah membuat satu keputusan yang bertentangan dengan jiwa dan naluri saya. Dengan pantas satu menalipon teman saya yang menjemput saya kemajlis itu dan memaalomkan keputusan saya tiu.Teman saya terkejut dengan alasan saya tetapi dia memahami jiwa saya dan menerima keputusan saya tanpa banyak soal lagi.Saya telah memilih LOKUP DAN PENJARA DAN BUKAN ISTANA NEGARA. Saya pasti ALLAH telah memberikan saya HIDAYAHNYA dalam saya membuat keputusan ini. InsyaALLAH.

Sunday, October 2, 2011

Teman2 sejati

Ramai dari kita mempunyai teman dan rakan yang kita anggap rapat. Kita biasa mendengar orang menyebut ungkapan2 saperti teman ketawa dan menangis bersama. Walaubagaimana pun ramai dari kita tidak pernah atau jarang2 sekali menyaksikan teman2 kita menangis bersama2 kita semasa kita dalam kesedihan kecualikah bila ada kematian dan teman2 itu datang menziarah kita.

Baru2 ini saya bertemu dengan saorang teman yang telah lama saya kenal kami sama2 dalam perkhidmatan awam dulu dia Ketua Pengarah dan saya TKSU sabuah Kementrian yang terkenal dengan tugas2 yang mencabar. Bak kata orang putih we went through thick and thin selama bertugas di kementrian itu.

Pada malam minggu yang lalu saya dan teman2 lain menghadiri satu jamuan hari raya anjuran Alumnai dan saya terserempak dengan teman saya ini. Dia saorang lelaki dan sama2 pesara.Malam itu dia datang saorang tanpa Darlingnya yang saya juuga kenal baik.Kami sama2 menunaikan Haji tahun lepas sama2 dalam rombongan Ustaz Daud Che Ngah ANDALUSIA. Tinggal juga di hotel sama the famous HIJJAS PALACE yang bukan sama sekali sabuah palace.

Di pendekkan cerita saya pun update dia mengenai ujian  yang ALLAH kurniakan pada saya sekembalinya saya ke tanak air pada bulan Disember 2010 itu dan apa yang berlaku seterusnya kepada saya dan keluarga saya.

Pada mulanya saya tidak lansong menyangka dia akan sebak tapi satelah lima minit saya bercerita matanya mula merah dan kemudian saya lihat kedua2 matanya bergenang dengan airmata bukan itu saja dia terus menangis terasak2 dan tersedu2. Saya sungguh teruja dengan responsenya yang tidak saya duga itu. Bayangkan dia saorang lelaki yang sasa dan macho dan disamping itu punya perasaan yang halus hingga dapat empatise dengan keadaan saya. Saya terus menenangkan dia dengan menyatakan saya ok dan saya punya kesabaran yang luar biasa pasti kerana saya mendekatkan diri dengan ALLAH setiap masa dan saya juga sentiasa beramal dengan ikhlas dan untok mendapatkan REDA ALLAH. Malam yang sepatutnya gembira itu menjadi sayu seketika.

Beginilah sifat saorang teman rapat walaupun kami berlainan jantina tetapi masih bolih berempati dan inilah yang disebut persahabatan platonic yang pada zaman ini sudah jarang2 ada. This is PLATONIC FRIENDSHIP dan semoga teman saya ini sentiasa bahagia disamping Darlingnya. Salam ZAK.