Tuesday, January 25, 2011

mengisi masa tanpa teman

Hari ini saya ingin menulis mengenai apa yang terjadi pada kebanyakan pesara yang ditinggalkan olih anak2 yang telah dewasa dan memulakan kehidupan mereka sendiri dan bagaimana kita bolih hidup tanpa bergantung kepada sesiapa pun dan merasa tidak kesunyian dan kesepian dalam lain perkataan emotionally independent.

      Bukanlah sesuatu yang senang untuk tidak merasa kesunyian apabila ditinggal kesaorangan terutama kalau kita memang seorang yang suka bercakap dan a people person.Hidup kita dulu memang dikelillingi olih adik beradik dan kemudian suami dan anak2. Semua aktibiti dilakukan bersama diselangseli dengan hilai ketawa serta senda gurau . Namun apabila seorang demi seorang meninggalkan kita dan memulakan hidup mereka sendiri pasti kita pada mulanya merasa teramat sunyi diselang seli dengan rasa kesedihan yang menusuk jiwa.

        Namun lama kelamaan kita membiasakan diri dan cuba menyukai diri sendiri.Kalau dulu kita sering memikirkan orang lain dan mendahulukan mereka sekarang kita perlu belajar memikirkan diri kita pula.Memang mula2 rasa janggal dan pelik tetapi lama kelamaan kita akan perlahan2 meyukai diri kita sendiri saperti kata kawan saya yang berbahasa Inggeris you learn to fall in love with yourself and enjoy being in your own company.

         Satelah itu kita perlu merancang dan mencari apakah perkara yang paling menyeronokkan dan senarai utamakan perkara2 itu. Tindakan ini mungkin memakan masa sebab susah hendak memilih yang mana satu yang perlu diutamakan.Itu sepatutnya tidak menjadi masaalah sebab kita punya banyak masa untuk melakukannya.Itulah yang sedang saya lakukan dan mungkin akan memakan masa yang agak lama sebab senarainya pasti panjang.Saya harap akan menyiapkannya dalam masa seminggu dua ini sebab banyak perkara2 penting yang berlaku sejak kebelakangan ini kepada hidup saya. Yang penting saya akan mulakannya dan inilah yang akan menjadi panduan hidup saya menjelang hari lahir saya yang ke64 nanti.Satu lagi yang pasti ia perlu membahagiakan saya dalam meniti usia menjelang pemergian saya ka alam yang kekal insyaALLAH.

Tuesday, January 18, 2011

rresponse kpd muqadimah tv9 ustz roslan

asalamualaikum
       Pagi ini tadi saya berpeluang mengikuti ceramah USTAZ ROSLAN dari UM mengenai pentingnya kita menmpekuatkan tali silaturohim terutama dalam keluarga dan dalam masyarakat.Ustaz mengupas dengan sungguh jelas betapa pentingnya kita memantapkan hubongan itu .Diantara perkara yang di sentuh ialah bahawa kita perlu nasihat menasihati di antara satu dengan lain dalam suasana tenang tanpa sikap sinis dan prasangka terhadap satu dengan lain.
         Kadang2 dalam sabuah keluarga besar sering berlaku perselisihan faham dan dalam banyak keadaan ahli2 dalam keluarga tidak mahu campur tangan atau tidak peduli pun apa yang sedang berlaku apabila satu2 perselisihan' Masa saya kecil2 dulu mak saya sering menjadi mediator tidak terlatih tetapi di kurnia olih ALLAH swt kebolihan luarbiasa menjadi penasihat mediator kauselor dan tempat ramai orang prempuan dan lelaki juga mencurahkan perasaan dan meminta bantuan dan nasihat. Mak sungguh popular dan dia juga terkenal sebagai guru mengajar ALQURAN disamping menjadi ketua kaum ibu umno yang gigih dan berpengaruh.

      Saya masa itu masih di peringkat awal remaja dan selalu melihat mak bertindak sebagai penasihat dan menasihati pasangan suami isteri yang berkelahi.Saya kagum dengan kebolihan nya. Satu lagi ialah mak banyak menggunakan ayat2 ALQURAN dan meminta pasangan itu mengamalkan nya.
     Krja2 yang di jalankan nya alhamdulilah dengan izin ALLAH banyak keluarga yang terselamat dari bercerai berai.
 Ketika ini kita banyak mendengar ujudnya profession saperti kaunselor ahli psikologi dan macam2 lagi yang bertindak secara professional dan mengenakan bayaran hanya untok menyelesaikan masaalah dalam keluarga termasuklah khidmat peguam2 yang  mengenakan fees yang tinggi.
 Saya berpendapat sampailah masanya ahli2 dalam sesabuah keluarga mengenalpasti dikalangan mereka siapa bolih dan sanggup memainkan peranan saperti yang di mainkan olih mak saya dulu itu.Dan yang penting apabila masaalah melanda sesabuah keluarga kita cari jalan penyeselaiannya mengikut lunas agama kita yang lengkap dan sempurna itu.Hanya merujuk dan berjumpa kauselor dan ahli2 profesional yang menggunakan teori2 barat sahaja pasti tidak dapat menyelesaikan masaalah terutama sekali bagi orang2 ISLAM.

Saturday, January 15, 2011

orang tua berdepan dengan zaman it dan internet

Hari ini saya nak cakap pasal bagaimana orang2 tua macam saya teruja dan kadang2 terpengaruh dengan dunia internet dan dunia teknologi maklumat ini.

Bukan semua orang2 pencen dan warga emas berasa selesa untuk berhadapan dengan dunia serba canggih ini. Pertama sekali terlalu banyak sekali terma2 dan perkataan yang digunakan untuk berbicara mengenainya.Pendek kata kalau tidak pergi kursus khas macam saya ini pakai hentam sajalah-Apa tidaknya banyak masa di gunakan pergi kelas2 agama yang dirasa sangat perlu ma'alom orang2 macam saya ini kan dikatakan dah dalam mode overdrive dan dah nak masuk lewat malam bukan lagi senja!

Kelas2 agama itu pun terpaksa tebalkan muka sebab ustaz dan ustazah yang mengajar itu kebanyakannya boleh jadi anak2 kami.Kerana terlalu kommited dengan tugas2 dan tanggungjawab yang di pikul maka masa bekerja dulu kami lansung tak berpeluang mengikuti kelas2 agama secara terancang. Sekarang semuanya nak pulon habis2. Ramai dikalangan pesara2 yang boleh dikatakan setiap hari pagi petang dan kadang2 malam pun menghadiri kelas2 agama. Syukurlah semua dah insaf bahawa kita tidak akan hidup selama2nya pasti kita akan pergi jua mengadap NYA.

  Berbalik kepada hal dunia siber ini cucu saya yang lima tahun dan lapan tahun itu pun sangat up to date dengan pengunaan laptop pc dan playstation serta gaget2 yang sejenis dengan nya. Memang malu dibuatnya bila mereka dapat tahu Sitinya (nenek) tidak pandai saperti mereka.

 Jadi terpaksalah saya tebalkan muka sekali lagi dan minta anak2 dan menantu menunjuk dan mengajar saya secara shortcut macam mana nak guna laptop guna email dan cari maklumat dalam internet. Saya masih terhegeh2 lagi dan baru gear satu orang lain dalam keluarga saya dah tak pakai gear pun dah pakai auto pun. Sering kali saya terpaksa tebalkan muka untuk minta berkali2 untuk diajar dan selalu juga kena marah sebab lembab. Sebagai saorang motivator sukarela yang tidak bertauliah saya kuatkan semangat dan tanamkan azam tak apalah kena marah pun asalkan aku dapat belajar. Kadang2 terfikir juga nak ikuti kelas komputer tapi entahlah terlalu banyak pula aktiviti sampai seminggu itu jadual penuh. Untuk catchup saya juga menulis secara conventional tulis tangan dan beri pada kawan saya yang sabar untuk taip dan upload dalam website persatuan kami.

 Zaman orang bercakap mengenai Facebook, Twitter dan sebagainya kita sering membaca ramai wargaemas  yang  bergiat dalam arena social networking melalui alam siber ini. Mungkin mereka merasa muda semula kerana orang tak tahu umor mereka dan tak perlu tahu pun. Jadi berlagaklah mereka dan lama2 pasti dapat menarik minat ramai peminat terutama kalau mereka punya facebook dan pengikut2 atau boleh jadi juga lama2 fan club. Jadi orang2 macam ini leka   dialam baru yang serba canggih ini. Ada juga cerita2 yang didengar mereka berjaya mendapat kawan2 baru dari kalangan orang2 muda yang bolih di buat cucu pun. Tapi itu semua ikut citarasa masing2 lah  siapalah kita nak komen2 sangat.TEPUK DADA TANYA SELERA.Tapi kalau sayalah saya tak guna falsafah hidup berlandaskan TEPUK DADA TANYA SELERA ini tapi saya akan guna dan berpegang kepada pesanan ustaz saya iaitu  TEPUK DADA TANYA IMAN................

Friday, January 14, 2011

happiness/kebahagiaan

asalamualaikum

ramai orang sering mencari dan memburu kebahgiaan.Setengah orang merasa bahagia bila ada banyak wang.ada pula rasa bahagia bila bersama orang yang dia sayang tak semestinya dengan orang yang menyangi dia ada pula bahagia bila shopping.Pendek kata macam definasi apa itu kebahgiaan. Satengah manusia tu rasa sangat bahagia hanya melihat keindahan alam dari matahari terbit semasa fajar kepada bulan yg mengambang di waktu malam dengan angin bertiup sepoi2 bahasa.
Definasi dan interpretasi kebahgiaan sering berkait rapat dengan nilai hidup sesaorang dan juga style kehidupannya bak kata orang putih their way of life.Walau apa pun interpretasi dan definasi yang di pakai ia adalah sesuatu yg sangat subjektif dan tak ada sesiapa yg perlu dan patut mengatakan fahaman dan definasi itu salah.Masing2 ada hak dan bolih menggunakan definasi yang mereka suka pada bila2 masa pun.
  walaubagaimana pun kita patut juga memahami definasi yang diguna olih orang lain kerana kita bukan hidup saorang diri di dunia ini.Kita ada ahli2 keluarga dan kawan2 yang sentiasa mengelilingi hidup kita. Untok mencapai keharmonian dalam kehidupan berkeluarga terutamanya sangat perlu kita menyesuaikan fahaman dan pengertian kebahagiaan kita itu dengan fahaman dan pengertian orang lain asalkan ia mengikut landasan2 dan nilai2 agama masing2.
  kata orang you can be happy by giving happiness to others.Happiness should not be exclusively owned by one person. Salah satu cara untok mendapatkan kebahgiaan yang bermaana juga adalah dengan menyatakan syukur terhadap segala nikmat yang ALLAH telah kurnia kepada kita yang selama ini kita tidak sedar atau take for granted. Bukankah ada saying orang putih .....I cried because i have no shoes until i saw a man with no feet.