Tuesday, November 29, 2011

emotional independence

Keluarga saya baru saja kenduri besar sempena perkahwinan anak kedua saya Ahmad Fahmi dengan Azrina Puteri atau lebih mesra dengan panggilan Myra. Kenduri pertama diadakan pada hari ahad dengan berlansungnya acara pernikahan keduanya di Subang Golf Club. Majlis ringkas tapi penoh keceriaan itu dilansungkan dihadapan keluarga terdekat kedua2 mempelai dan mereka di nikahkan olih Imam muda yang dilihat menggunakan i pad semasa menyampaikan kutbah nikahnya.Sunnguh up to date lah pulak......
Seminggu selepas itu pada hari sabtu 26 hb november berlansung lah resepsi di Dewan Perdana Felda yang di hadiri olih 1000 tetamu yang terdiri dari sanak saudara dan teman2 kedua2 keluarga dan juga teman2 kedua2 mempelai. Majlis yang simple tapi meriah itu dihadiri olih beberapa VIP yang istimewa saperti YBM Tengku Razali Hamzah dan Isteri YB Nurrulizzah dan suami dan YBhg Raja Tan Sri Alias dan Puan Sri serta beberapa Professor dari sebelah keluarga Myra.
Pada malam itu diantara tetamu2 Fahmi pula ialah Marina Mahadir Dato Ambiga dan Ivy Josiah serta ramai lagi dari angkatan aktivis2 muda kini dan budding politicians juga.
Pada keesokkan hari nya pula berlansong satu lagi majlis yang di sebut sebagai majlis menyambut menantu di rumah saya selaku ibu pengantin lelaki Fahmi.Majlis yang santai ini agak unik kerana di hadiri olih beberapa kumpulan istimewa saperti Oku cacat penglihatan  kanak2 dari rumah kanak dan juvana dari sekolah tunas bakti.Tetamu di hiburkan dengan band OKU cacat penglihatan dibawah pimpinan En Zaki dan tarian zapin olih kanak2 rumah kanak2 tungku budriah.Pengantin di sambut olih kumpulan kompang dari sekolah tunas bakti.Tetamu2 juga berpeluang mendapat rawatan urut refleksologi dengan hadirnya 3 orang pakar refleksologi OKU cacat penglihatan diketuai olih En Hasidi dari Pertama Teraphy Zone.
 Pada hari itu walaupun hujan majlis yang dimulai olih bacaan doa selamat olih kaum ibu dari kumpulan Al Makwa dari petaling jaya itu berakhir dengan kemeriahan yang melihat Dato Sazali CEO CELCOM menari sambil menghadiahkan sekuntom bunga kepada tetamu tertua iaitu Mrs Singh yang berusia 86 tahun tapi masih alert dan sihat.
 Wlau pun hari itu hujan tetapi kemeriahan majlis tidak lansung terjejas. Semua bergembira dan relax termasuklah Ayahanda Fahmi yang sunnguh sporting dan bersahaja sepanjang hari hingga kelewat senja......
   Selepas tiga majlis ini berlansung pasti saya keletihan yang teramat sangat maklumlah saya kesaorangan mengendalikan semua majlis itu dengan bantuan segelintir saja saudara mara.Pada malam ahad itu setelah semua tetamu balik Shidi yang merupakan adik angkat saya yang setia dan prihatin berkhidmat untuk mengurut kaki saya yg rasa nak tercabut itu. Beliau bersama saya hampir jan 11 malam dan ketika itu saya merasa denyutan yang sangat kuat di kepala dan ketika itu terlintas di otak saya adakah aku akan terkena serangan stroke.Serangan itu  berlaku bertalu2 sampai setengah jam. Berkat doa kami berdua dan kepakaran Shidi kesakitan itu reda perlahan2 . Hanya dia dan saya saja yang tahu tentang sakit tersebut.
 Pada malam esoknya Fahmi dan Myra kembali kerumah Myra dan mulalah saya merasa kesunyian tidak ada lagi tawa dan hilai dan olih kerana Fikri juga keluar malam itu hingga jauh malam saya betul2 merasa kesepian. Saya sedar saya akan terus kesepian dan perlu menerima hakikat Fahmi akan berada dengan saya beb erapa hari saja dalam seminggu.Saya juga sedar Fikri juga mempunyai jadual kerja yang tak menentu sama siang atau malam. Air mata mula menitis tetapi dengan kekuatan spiritual yang dianugerah ALLAH pada saya sedikit demi sedikit perasaan itu mula reda. Saperti kilat saya mengambil Quran kesayangan saya dan membaca nya.Satelah beberapa lama saya merasa lega dan tenang.Saya terus berzikir dan berdoa pada NYA agar diberi kekuatan untok melawan emosi yang pasti dapat digunakan olih iblis untok menggangu ketenteraman hati saya.Menyedari hakikat bahawa saya tidak kesaorangan dan ALLAH sentiasa berada bersama2 saya setiap waktu membuat saya rasa tenang. Pada saat itu saya merasa telah mencapai apa yang saya takrifkan sebagai EMOTIONAL INDEPENDENCE. Saya terus menanamkan dalam hati dan sanubari saya bahawa saya tidak perlu bersedih tanpa anak2 cucu2 dan saudara mara disekeliling saya. Bahkan pemergian suami tersayang untok mencari kebahgiaannya bersama orang yang lebih muda juga tidak lagi membuat hati ini sedih luka dan sunyi. Saya nukilkan perasaan ini untok dimenafaatkan olih sesiapa saja yang sering merasa kesunyian dan janganlah sesekali bergantung pada manusia tetapi bergantunglah pada tali ALLAH swt. ...........