Thursday, March 29, 2012

tetamu ALLAH di MEKKAH

Rombongan kami ahhirnya sampai ke MEKKAH satelah beberapa jam dalam perjalanan dengan coach khas untok kami yang full borders seramai enam orang. Jalan ke hotel tiga bintang berdekatan dengan dulunya mesjid kuching itu penuh sesak dan mengambil masa agak lama untok coach dan bas kami memunggah bag2 kami. Bayangkan betapa risaunya kami apabila kami dapati hanya ada saatu lif saja dihotel ini yang difahamkan penuh dengan penghuni.

Kerisauan kami itu memang menjadi kenyataan apabila kami perlu berhadapan dengan situasi yang sunnguh mencabar kesabaran menunggu untok menaiki lif ke bilik kami yang terletak di tingkat empat yang menjadi tingkat lima bila di kira tingkat mezzanine. Begitulah hari2 berlalu dan cabaran ini sentiasa dihadapi. Jalan ke masjid juga agak jauh bagi aku yang sakit lutut ini tapi dengan penuh semangat aku teruskan juga setiap hari selama sebelas hari itu. Walau sakit macamana pun lutut ku aku terus berjalan tanpa memikirkan sakit itu. Rupa2nya ini satu strategi yang baik kerana aku tidak melayan lansung sakit ku itu dan berjalan perlahan2 sambil berzikir dan lama2 kelamaan sakit itu tidak lagi terasa.

Di masjid aku cari ruang yang bolih nampak BAITULLAH untok meransang aku untok beramal. Lazimnya aku dapat ruang melalu tempat saie di tingkat satu belok kanan dan di kawasan hujung. Disini aku dapat ruang yang bertentangan dengan Hijir Ismail dan Pancur Emas.Ruangnya tidaklah sesak saperti di tingkat bawah.
Aku memenafaatkan masa di mesjid dengan membaca quran surah2 tertentu berzikir dan melakukan solat2 sunat saperti Duha Hajat Taubat dan solat2 mengiringi solat2 fardu. Aku juga bermuhasabah bersaorangan dan dapat merasa satu ketenangan yang sukar untuk di jelaskan. Aku merasa saolah2 balik ke tempat asal ku dan merasakan betapa dekatnya DIA dengan ku.

Aku menggunakan setiap masa aku berada di Masjidilharam itu sebaik yang mungkin dan berdoa dan terus berdoa untok anak2 menantu2 cucu2 adik beradik ipar duai teman2 dan anak2 angkat ku di SIK STB TSP dan di Sekolah Menengah Sentul. Aku tidak pernah lupa mendoakan dia yang telah berkongsi hidup hampir empat puluh tahun dengan ku agar dia mendekatkan dirinya kepada ALLAH dan memperolehi kebahagiaan yang hakiki.Juga doa ku pohon untok pemimpin negara dan isterinya yang sedang berkuasa agar mereka menjadi hamba ALLAH yang beriman dan bertaqwa.

Saperti di Madina dulu di MEKKAH syukur aku juga telah dapat mengawal nafsu membeli belah dan hanya membeli beberapa tasbih coca sejadah 2 yang akan menjadi hadiah pertama pertandingan nasyid dan azan yang akan diadakan di SIK penjara kajamg sekembalinya aku ke tanah air.
Pada keseluruhannya aku bersyukur kerana di kurnia ALLAH kesihatan dan dapat mengerjakan umrah beberapa kali dan tawaf sunat juga beberapa kali.
Pada hari terakhir aku mengerjakan Tawaf Wida pada jam 3.45 pagi dengan menaiki motorsikal ditingkat satu. Itu menjadi kenangan yang tidak akan dapat ku lupakan kerana aku bersaorangan dan merasa sungguh aman dan bahagia melakukannya tanpa banyak gangguan.Semasa aku mengelilingi bertawaf itu sekali sekala aku terdengar orang memberi salam dan memanggil ku ummi. Pasti mereka itu ahli2 rombongan ku yang melihat aku menaiki motorsikal itu ala2 minah rempit kerana aku memandu dengan kadar agak laju juga.

Pagi itu semasa coach kami beransur meninggalkan MEKKAH hati ku sayu dan terasa sangat syahdu meninggalkan Masjidilharam dan KAABAH, Aku berdoa agar ALLAH menjemput ku lagi pada tahun hadapad insyALLAH, Selagi terdaya dan kesihatan mengizinkan aku akan terus berdoa agar hasrat ku ini di makbulkan NYA. Amin.........

Tuesday, March 27, 2012

sambungan tetamu ALLAH sekali lagi

Kami meninggalkan Jordan menuju Jeddah. Dalam perjalanan kami sibuk mempastikan sticker yand dilekatkan olih Immigration Israel itu di buang dari kulit passport kami kerana bimbang kalau2 akan menimbulkan masaalah semasa berurusan dgn Immigration Jeddah pula.

Sampai saja kami di Jeddah kami pun menaiki kenderaan menuju Madina. Kami yang full boarders menaiki sabuah coach manakala jemmah lainnya menaiki bas. Kami merasa selesa dalam coach itu tapi keselesaan kami itu tidak lama kerana pemandu kami didapati membawa coach itu sangat laju ala2 impact maxima lagaknya.Dalam kedinginan malam itu dan dengan driver formula one itu kami mengalami angin lintang semasa dalam perjalanan itu. Setelah beberapa kali kami mengingatkan Mutawif kami tentang bahaya dan risiko yang berkemungkinan kami hadapi driver yang degil itu dapat dikawal akhirnya. Dalam perjalanan kami singgah untok menunaikan solat Subuh.

Lafaz syukur berkali2 disebut setelah tiba di Hotel yang letaknya agak jauh dari Mesjia Nabawi itu. Satelah sapapan pagi dan check in masing2 bergegas ke masjid. Saperti yang di jangka kawasan dalam dan luar Masjid memang penuh dengan orang. Dan saperti biasa juga kita perlu datang awal kalau hendak mendapat tempat solat yang selesa.
Satelah membaca segala doa yang digalakkan semasa menziarah Makam Rasullullah saw Saidina Abu Bakar dan Saidina Omar aku berjaya mendapat tempat untok solat Zuhur yang selesa dan di bahagian hadapan. Lega sungguh hati dan mulai hari itu untok selama lima hari aku nekad datang seawal yang bolih untok solat2 fardu.

Umum mengetahui di masjid Nabawi ini jemaah perempuan sering berhadapan dengan cabaran untok dapat masuk ke RAUDAH .Siapa yang sudah ke mesjid ini pasti tahu cabaran nya sungguh besar berat dan memerlukan darjah kesabaran yang amat tinggi. Betapa tidak masa yang di luangkan untok kaum wanita hanya beberapa jam saja diantara solat2 fardu dan ruamg yang dibuka kepada wanita juga sangat sempit dan kecil dibanding dengan kaum lelaki yang bolih masuk ke ruang yang lebih besar dan tidak dihadkan masa mereka bolih masuk,

Berkat kesabaran aku dapat memasuki RAUDAH sebanyak tiga kali dan syukur sangat2 kerana dapat juga solat di bahagian paling depan sekali. Untuk berolih kejayaan dan mengelak kesesakan yang teramat sangat aku sering pergi lewat malam sekitar 10.30 malam. Puas rasanya sebab dapat bersolat dan berdoa di RAUDAH tempat doa di makbulkan ALLAH  Amin Amin Amin.........
Salah satu cara untuk memenafaatkan masa yang sangat2 terhad di RAUDAH  itu ialah dengan membuat persediaan apa kandungan doa yang hendak dipohon. Siang2 lagi aku telah susun baik mengikut kumpulan keluarga terdekat ku saperti doa untok anak2 menantu2 cucu2 dan aku. Kemudian untok adik beradik ku anak2 saudara ku iapar duai ku dan kawan2 ku serta tidak lupa kumpulan sasar persatuan ku iaitu remaja2 di SIK penjara Kajang STB TSP dan Sek Menengah Sentul KL..Aku juga tidak lupa memohon doa buat pemimpin2 negara agar dapat menjadi hamba ALLAH yang lebih beriman dan bertaqwa.

Kali ini semasa berada di Medina aku tidak merasa pun hendak membeli belah hanya sehari sebelum bertolak ke Mekkah aku membeli beberapa kilo qurma Nabi dan Ajwa .InsyaALLAH ini adalah petanda yang aku akhirnya telah dapat meredakan nafsu membeli belah yang kalau dulu2 sangat membara dan macam2 yang menarik perhatian ku. Kali ini Alhamdulillah aku melebihkan amalan2 di masjid dari menghabiskan masa di hotel dan bershopping.

Kami kemudian bertolak pula le MEKKAH dan checkin di hotel 2 bintang di kawasan yang terkenal dengan masjid kuching. Hotel ini agak kecil lifnya ada satu saja bayangkanlah banyak masa kami terpaksa luangkan untok menggunakan lif untok naik ke tingkat 4 yang sebenarnya terletak di tingkat lima itu.

( rentetan pengalaman di Mekkah akan di sambung dalam episod yang akan datang)

Saturday, March 24, 2012

Syukur sekali lagi dapat menjadi tetamu ALLAH

Pada minggu ketiga bulan Febuari yang lalu aku bersyukur kerana telah mendapat jemputan untuk melawat tiga masjid yang terpenting bagi kita umat Islam iaitu masjidilharam di MEKKAH mesjid Nabawi di MADINA dan masjid ALAQSAR di BAITULMAQDIS.

Bayangkan betapa gembiranya aku apabila cita2 yang telah tersimpan di celah hati ku selama ini telah menjadi kenyataan.Rombongan kami agak besar kira2 90 orang dan semuanya nampak pagi itu sungguh bersemangat dan bertenaga sekali.Aku sedar dan nampak jelas bahawa aku diantara warga emas yang jumlahnya hanya segelintir sahaja. Akan tetapi aku sudah bersedia untuk menghadapi segala cabaran terutama dari segi kesihatan .Sebagai persediaan dari segi fizikal aku telah mendapatkan saorang personal trainer Acik nama manjanya yang melatih aku cara2 untok menguatkan otot2 kaki ku yang sering mencabar kesabaran ku. Acik telah melatih aku selama hampir lima minggu di Gym di lake club yang mana aku menjadi ahli kelab itu.

Dari segi mental dan spiritual pula aku telah melipatgandakan amalan2 sunat dengan bangun malam untok melakukan Qiamulaill dan sekali sekala berpuasa. Aku mula membaca Alquran dan nikad untok khatam di Masjidilharam.
Manakala dari segi penampilan fizikal pula aku dari awal2 lagi telah mengumpulkan semua pakaian2 yang perlu dibawa kerana aku memang terkenal bukan saorang light traveller.Memang yang paling sukar ialah memilih telekung dan pakaian untuk dibawa terutama kerana kami dimaklumkan untok membawa baju untuk iklim sejuk di Baitulmaqdis dan di Jordan yang suhunya dikata turun sampai 6 degree.Bayangkan betapa sukarnya orang saperti aku hendak membuat pilihan....

Kami pun terbanglah pada tarikh yang telah ditetapkan. Sepanjang penerbangan itu aku menggunakan masa yang terluang dengan membaca Alquran dan berzikir. Buku kecil Dr Abdullah Yassin itu jadi teman karib ku dan juga buku2 lain yang ku bawa untuk menjadi teman dalam penerbangan yang panjang tiu.
Kami rupa2nya singgah di Sri Langka kerana kami menaiki Air Langka kerana difahamkan pihak agensi gagal mendapatkan Mas. Aku tidak banyak kerenah dan akur dan pada aku no hal dapat juga memjejak kaki ke Sri Langka all expenses paid for.

Esoknya kami terbang ke Jordan dan sampai saja kami pun masuk ke hotel . Di Jordan kami telah berpeluang melawat Gua Kahfi yang mana semasa dalam penerbangan aku telah membaca Surah Kahfi..... Bayangkan what a coincident....
Kami berenam yang mengambil package full board telah diberi keistimewaan makan tengah hari di restauran 5 bintang wah apa lagi kami pun makanlah sepuas2nya. Kemudian kami melawat sabuah setor jualan barang2 yang banyak menjual produk2 dari laut mati.

Besoknya dengan menaiki coach kami telah dibawa melalui King Hussein bridge melintasi sempadan Jordan Israel. Bayangkan betapa runsingnya hati kerana terlalu banyak berita2 negative yang telah didengar mengenai negara yahudi ini di tampah pula hakikat Malaysia tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel. Kami masuk secara illegal ke kata hati ku berkali2 apa akan jadi jika berlaku apa2 yang tidak di ingini.Mti katak pula lah kami ni bisik ku kepada teman2. Kami membuang segala fikiran negatif dan fokus kepada peluang menziarah Mesjid Alaqsar dan dapat solat di situ.

Sepanjang hari kami dibawa olih Mr Shariff agent pelancongan orang palestin itu ke berbagai2 tempat dari perkampongan JERICO menaiki cable car ke puncak untok makan tengah hari ke tepi bukit yang menjadi lokasi orang2 Christian menziarah makam Nabi Isa hingga ke berbagai2 makam Nabi2 yang terdapat di Baitulmaqdis.
Pada mulanya perkataan makam itu kami ingat bermaana perkuburan akan tepai kami diber faham olih Mr Shariff makam bermaana memorial dan peninggalan Nabi2 dan Rasul2. Ia bukan perkuburan.
Kami tidak sabar2 berkali2 meminta Mr Shariff agar segera pergi ke Masjidil Aqsar dan menjelang lepas waktu Magrib barulah kami dapat menjejak kaki kemasjid itu.

Bayangkanlah betapa bersyukurnya kami dapat solat di situ dan disamping itu kami juga dapat turun kebahagian bawah masjid untok melihat Batu yang tergantung yang mengikut sirah mahu mengikut Rasullullah saw semasa Baginda melakukan Israk Mikraj.Banyak cerita yang telah di dengar dan dibaca tentang Batu ini dan sekarang kami dapat melihatnya dan menyentuh nya juga.

Malam itu kami berenam tinggal di hotel berasingan sabuah hotel di Baitulmaqdis. Kami tidak diberitahu samaada hotel ini kepunyaan orang Yahudi atau orang Islam.Apa2 pun kerana terlalu letih kami tidur tanpa memikirkan apa2 risiko pun kerana jam 4 pagi esok kami akan berpeluang sekali lagi keMasjid untok solat subuh berjemaah. Alangkah bersyukurnya kami impian itu menjadi kenyataan dan setelah berjalan agak jauh dan melalui lorong2 gelap dan licin kami dapat memasuki Masjid untok solat Subuh berjemaah. Aku sempat juga solat sujud syukur dan tahajjud sebelum solat subuh itu.Alhamdullilah. Masjid ini ialah yang terletak di belakang masjid yang ada dome hijau itu dan di katakan inilah mesjid Alaqsar yang asal......

Menjelang tengah hari kami bertolak balik ke sempadan kerana hari tiu hari jumaat dan kami perlu meninggalkan Israel sebelum solat jumaat.

Pada keseluruhanya ziarah ini telah memberi kesan yang beranika dalam benak fikiran ku disebabkan berbagai cerita dan warning telah aku dengar dan dapat dari saudara mara dan teman2. Ada yg mengingatkan bahawa apa2 akan terjadi disana dan juga pelawat sering menunggu berjam2 untok melintas sempadan atas alasan security check pihak Israel.Pada ku pemergian kami ke Baitulmaqdis ini memang mendapat izin ALLAH swt kerana kami hanya mengambil masa kurang dari 45 minit untok di periksa dan rombongan kami 57 orang semuanya. Ini mengikut rezeki masing2 kata hati ku dan kami juga sangat2 bersyukur dapat solat Magrib Isyak dan solat Subuh berjemaah di Masjidil  Aqsar ini dan dapat pula melihat The Rock yang menakjubkan itu. Syukur syukur syukur di lafaskan sepanjang perjalanan balik ke Jordan.

Sampai di Jordan kami singgah di sabuah Restaurant di Laut Mati. Banyak juga sudah di baca tentang Laut ini dan betapa ALLAH melaknat kaum Nabi Lut kerana mereka melakukan aktibiti homosexual. Olih kerana tempat ini di laknat ALLAH maka hati ku tidaklah teringin untok mandi di situ. Hanya aku tahu dan faham bahawa di laut ini tidak ada satu pun kehidupan di dalam airnya dan bahawa airnya itu kandungan garamnya sungguh tinggi. Dengan bantuan teman ku Dr Aini aku dapat juga sampai ke tepi pantai untok meyentuh air laut itu. Di tepi pantai itu dapat di lihat ramainya wanita2 yg tidak menutup aurat melumur seluruh badan dan muka mereka dengan selut hitam dari laut ini dan di fahamkan ia sangat baik untuk kecantikan. Pastilah mereka ini orang2 bukan Islam kata hati ku.

Dari situ rombongan kami bertolak ke lapangan terbang untok berangkat ke Jeddah untok melakukan UMRAH.(Bersambung)