Tuesday, June 19, 2012

ALLAH sentiasa menduga hambanya

Sejak sebulan yang lalu ini aku diduga NYA dengan berbagai2 penyakit walaupun tidak berapa berat tapi sudah cukup untok aku kadang2 mengeluh. Pada mulanya aku kena keracunan makanan hanya kerana satu gelas teh tarik di cafe high class di sabuah kelab diraja dimana aku menjadi ahlinya. Teman yang sama2 minum itu tidak kena pun aku yang mendapat musibah itu. Bukan main sakit perut ku memulas2 dan siap dengan muntah lagi. Sabenarnya aku tidak pernah muntah seumur hidup ku. Tiba2 saja pada malam itu perut memulas2 dan dada rasa sesak dan sambil meluru ke tandas aku muntah2.Wah yang keluardari mulut dan tekak tidak enak betul baunya.....

Pada malam itu juga kira2 jam11.30 malam anak ku membawa ku ke Pantai Hospital untuk mendapat rawatan. Satelah diperiksa olih Dokter dan berbekalkan macam2 ubat kami pun balik kerumah kira2 jam 1 pagi.Malm itu memang aku tidak bolih tidur lansung perut memulas2 dan berkali2 aku ketandas.Letih betul dibuatnya.Sebagai pesakit yang patuh pada arahan Dokter aku makan semua ubat2 yang dibekalkan. Namun aku tetap berasa letih dan lesu tak bolih bangun dan memang rasa macam lansung tidak ada tenaga.Pda hari ketiga aku masih tidak bertenaga dan tiba2 aku teringat mungkin ini side effect antibiotik yang diberi Dokter itu. Aku nekad dan terus berhenti memakannya. Pada hari berikutnya aku rasa lebih sihat tetapi aku fobia apabila berhadapan dengan makanan yang dihidangkan bibik Tini.Hari2 berikutnya aku lansung tidak ada selera dan takut nak makan apa2 pun. Akibat dari peristiwa ini berat badan aku turun 2 kg. Satu hasil yang mengembirakan aku kerana aku sudah cuba untuk mengurangkan berat badan tapi sentias gagal.

Dari peristiwa ini aku terfikir inilah rupanya hikmah disebalik musibah ini.Aku melafaskan syukur ke hadrat ILLAHI diatas kurniaanNYA.

Selang beberapa minggu sekali lagi aku di kurniakan dugaan. Tiba2 satu pagi kaki kiri ku bengkak dan aku tidak bolih bejalan kerana terlalu sakit.Tidak ada apa2 sebab pun kaki ni jadi bengkak. Saperti biasa aku menghubungi Shidi adik angkat ku yang pakar urut itu dan dengan usaha nya dan dengan izin ALLAH selepas diurut bengkak itu susut. Kejadian itu membuat aku berfikir dan muhasabah diri. Dengan kaki yang bengkak secara tiba2 dan lutut yang sentiasa sakit pasti ada hikmah disebalik dugaan ini. Satelah lama berfikir baru aku sedar bahawa ALLAH telah memberikan satu peluang bagi aku untuk tidak berjalan2 ke shopping complex dan ke Jalan Tungku Abdul Rahman yang menjadi kesukaan aku sejak bersara dan seterusnya aku tidak lagi berpeluang untuk berbelanja membeli belah perkara2 yang tidak perlu .Dulu sabelum sakit lutut aku sentiasa menghabiskan masa di situ dan dishopping complex dan berbelanja dengan borosnya.

Seminggu yang lalu sekali lagi aku mengalami peristiwa pahit dengan teh tarik juga. Pada hari yang berkenaan aku tidak sempat makan tengah hari kerana bergegas menghadiri perjumpaan dengan teman2 lama semasa disekolah dulu. Kami berjumpa di Hilton Hotel KL Sentral. Teman yang menjadi tuan rumah itu menjamu kami dengan kueh dan teh. Aku lapar jadi banyak juga aku makan petang itu. Balik kerumah aku masih berasa lapar dan terus mencari biskut dan membancuh teh tarik 3 in 1 yang ada oats tu. Malam itu aku berasa tidak selesa dan perut memulas2.Mulai hari itu dan untuk beberapa hari berikutnya aku sekali lagi mengalami sakit perut dan sakit belakang sampai aku tidak bolih berdiri.
Dokter menyatakan ini adalah gastik dan aku perlu berhati2 dan buat masa ini perlu elak minum teh dan kopi juga makanan pedas dan berminyak.Kesimpulan nya aku nekad tidak akan minum teh tarik lagi dan perlu mengubah diet ku. Ini juga adalah peluang untuk menurunkan berat badan ku dan mungkin sekali gus dapat meringankan beban lutut ku yang tidak lagi mampu menanggung badab ku yang besar dan berat ini.

Rumusan kepada peristiwa2 ini ialah disetiap musibah yang di alami tersemat hikmah. Itulah besarnya kuasa ALLAH swt . Semoga ALLAH memberi aku hidayah agar aku sentiasa ingat akan hakikat ini dan tidak mengeluh dan berperasangka buruk terhadapNYA. AMIN.

Sunday, June 3, 2012

Layanan terhadap pesakit olih petugas petugas kesihatan dan perubatan

Kali ini saya hendak menceritakan tentang perkhidmatan yang diterima olih orang ramai yang berurusan dengan petugas petugas di klinik kelinik dan hospital hospital tidak kira kepunyaan kerajaan atau swasta dinegara ini.
Minggu lalu saya ke sebuah hospital di Lembah Kelang untok menjalani pemeriksaan kesihatan berjadual. Saperti biasa adalah menjadi satu cabaran dari segi fizikal untok wargaemas yang sakit lutut saperti saya untok mendapatkan rawatan dari hospital ini kerana tempat letak kereta sangat terhad dan ditambah pula dengan kakitangan hospital yang mementingkan diri sendiri yang menggunakan tempat letak kereta orang awam untuk meletak kenderaan mereka.

Kami yang merupakan client mereka mungkin tidak penting bagi mereka dan itulah sebabnya mereka deprieved kami dari segi kemudahan untok meletak kereta kami. Kadang kadang kalau nasib baik dapatlah pesakit2 meletak kereta di tempat yang jauh di bahagian hujung hospital ini dan berjalan perlahan lahan menyusuri jalan yang penuh dengan berbagai kenderaan dan macam macam lagi halangan.Bayangkanlah wargaemas yang sakit lutut macam saya ni perlu berpeluh peluh berjalan hampir tiga suku kilometer untok masuk ke bahagian dimana kita di arah berjumpa dengan Dr atau petugas2 lain .

Sesampai saja di bahagian tempat dimana kita diarah berjumpa doktor kita perlu pula menunggu berjam jam disebabkan Dokter2 ketika pagi perlu round ke wad2 untok berjumpa dan memereksa pesakit2. Ini tidak sangat menjadi hal kerana saya selalu membawa buku2 untok dibaca kadang2 habis sabuah buku yang agak tebal saya baca baru lah dapat berjumpa Dokter.

Apa yang sangat membosankan ialah suasana di tempat tempat menunggu ini selalu sibok dan yang paling saya benci ialah melihat gelagat jururawat2 yang bertugas bercakap kuat gelak dan bergossip saolah olah kami pesakit2 ini tidak berada disitu. Mereka ini rata2 adalah orang Melayu yang sepatutnya tahu adat sopan masyarakat Melayu dan beragama Islam. Namun sebaliknya berlaku. Pada hari yang berkenaan perasaan dan hati saya sungguh marah dan mual kerana perangai mereka itu sudah melampau. Dua orang sedang bergossip dengan nada suara yang kuat menceritakan gelagat saorang suami yang gatal mengorat perempuan. Bayangkan dan kami pesakit2 dapat mendengar cerita itu dengan jelas. Pada hemat saya perkara saperti ini tidak bolih berlaku dan pihak pengurusan hospital khususnya Matron perlu melakukan lawatan untok memantau gelagat petugas petugas ini.

Sebagai mantan Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam selama lima tahun saya sungguh muak mual dan marah terhadap kakitangan kerajaan saperti ini. Semasa saya bertugas dahulu saya sering menemuduga calon calon untok berkhidmat di sektor awam dan selain kelayakan mereka saya sering menekankan layanan yang perlu diberi kepada kumpulan sasar tidak kira apa jawatan dari Dokter Jurutera Akitek  Pegawai PTD kerani pemandu atau pun jururawat. Yang penting semua mereka tidak kira jawatan mesti melayan [pelanggan mereka dengan mesra sopan dan sabar.

Perasaan saya hari itu terguris lagi apabila saya di beri layanan dari saorang Dokter muda yang juga tidak mesra pelanggan. Mujurlah Bossnya ada dalam bilik itu bersama2. Saya mengambil kesempatan untuk memberi maklumbalas tentang gelagat jururawat2 diluar bilik Dokter itu. Beliau hanya mampu tersenyum sinis. Doktor muda itu mungkin juga yang pernah saya temuduga semasa dia mula mula memasuki perkhidmatan dahulu.

The moral of the story ------ Workers Unions over and above demanding for wage increase should also demand from their members to improve their services to their client. Once they enter the civil service they should be made to understand that their duty is to serve the public. Human Resources management managers across the public service should seriouslsy see to it that public servants should be client friendly and seriously look again at the Client's charter and place feedback forms at all strategic places where the public can give feedback on the services rendered them. What happen to HARI BERSAMA PELANGGAN and the likes.Dont tell us that Bosses are so busy entertaining the political masters that the have no time to actually look into this basic fundemental issue. Wake up all you  sKSUs and KPs and start taking actions on your HR departments.During the good old days the public service was really servicing the public even though we were not IT savvy nor do we have fancy TRANSFORMASI programs. WE civil servants just did our best to serve. Serving was the key word...........