Tuesday, January 17, 2012

macam mana nak mengerakkan persatuan kita

kali ini saya nak meluahkan perasaan yang sudah lama benar terpendam dilubok hati saya mengenai persatuan yang saya terajui. Pesatuan ini namanya sungguh gah Persatuan siswazah wanita malaysia dan senarai Penaung dan Penasihatnya pun membanggakan.Semuanya ada ketokohan dan pengalaman bertahun2 dalam berbagai bidang.

PSWM ini telah ditubuhkan sejak tahun1979 dan ini bermaana sudah 33 tahun kami ujud dinegara ini. Kami ada website dan berbagai2 program dan aktibiti sudah di jalankan. Kumpulan sasar pun tidak terhad kepada wanita tetapi meliputi kanak2 murid sekolah rendah dan menengah dan menengah atas, mahasiswa dan mahasiswi universiti2 tempatan dan kolej2 awan dan swasta. Disamping itu kami juga mangadakan program untok kumpulan2 tertentu dalam masyarakat saperti OKU remaja lelaki dan perempuan yang menjalani hukuman di penjara di sekolah2 pemulihan akhlak dan di rumah2 kanak2 .Program2 dan aktibiti yang kami jalankan juga pelbagai saperti mengadakan kursus seminar bengkel sesi2 thinkin research dalam bidang sain dan teknologi dan yang terkini kami melatih sukarelawan yang terdiri dari murid2 sekolah selepas mereka menduduki pepereksaan PMR dan juga mahasiswa yang menjalani program praktikum di rumah orang2 tua. Sejak empat tahun yang lalu kami juga telah memperkenalkan satu program TALK SHOW yang tidak pun disiarkan di TV tapi telah mendapat sambutan kerana kita telah mengenengahkan personaliti2 dari berbagai kumpulan sasar dari pegawai2 kadet PTD di INTAN guru2 pelatih ,suri2 rumah dan juga banduan2 remaja dan remaja2 yang menjalani hukuman di penjara dan sekolah2 pemulihan akhlak. Pswm juga mempunyai program Master Malaysia yang melibatkan mahasiswa dan mahasiswi dari IPT dan pelajar2 sekolah dan kolej untok meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Kami juga mempunyai laman web www.pswm.org yang dilawati olih berpuluh2 ribu pelawat. Saya berpendapat Pswm telah mempelbagaikan segala programnya dengan meliputi berbagai kumpulan sasar. Namun sebagai YDP persatuan ini saya sentiasa perlu punya semangat yang gitu untok terus mengaktif dan mengerakan persatuan. Jujor saya katakan kalau saya dan dua tiga orang lagi ahli lembaga saperti setiausaha tidak punya kesabaran dan semangat yang gitu persatuan ini sudah lama tinggal nama saja.
Saya pernah terfikir apalah gunanya keahlian sampai 200 orang tapi nak adakan AGM pun saya kena talipon ahli2 dan pujuk mereka untok hadir setiap tahun. Setiap kali senarionya sama saja menjelang akhir jun iaitu masa kami nak mengadakan AGM. Berbagai personality kami bawakan untok menarik ahli supaya hadir namun hanya segelintir saja yang datang. Saya akui saya seorang YDP yang tidak punya title dan tidak gemar rub shoulders dengan VVIP atau VIP dan saya juga tidak suka publicity memang dari masa muda hinggalah sampai usia emas ni. Adakah ini yang menyebabkan ahli2 lupa tentang keujudan persatuan ini. Penaung  p Persatuan kami Yang Amat Berbahagia Tun Dr Siti Hasmah pernah mencadangkan saya menumpukan perhatian kepada usaha2 untok mempromosikan persatuan melalui media. Saya pun dijemputlah untok temubual dalam Bernama TV yang tak banyak viewers itu . Sesi itu diulang2 selama 6 kali pada hari ia disiarkan. Soalnya adakah kita perlukan publisiti untok menggerakkan ahli2 . Falsafah saya yang daif ini kalau kita menganggotai satu2 persatuan itu kita punya minat untok aktif sama ada dari segi hadir dalam program2 yang dilaksanakan atau kita menyumbangkan tenaga dalam penganjurannya kita juga bolih menyumbangkan idea2 melalui sumbangan articles semi ilmiah atau ilmiah sesuai dengan taraf kita sebagai siswazah atau sekurang2nya melawat website persatuan dan memberi idea2 untok dikongsi olih pelawat website itu.
 Kita juga bolih membantu mencari dana untok Tabung makanan kita yang mana kita masa ini sedang menaja 50 orang murid2 sekolah SMK Bandar Baru Sentul. Jadi kenapalah ahli2 PSWM tidak lansung menunjukkan minat mereka. Saya hendak tengok AGM tahun ini nanti berapa ramailah agaknya mereka yang akan hadir. Semoga ALLAH swt memberikan saya semangat untok meneruskan khidmat meneraju persatuan ini...............

Tuesday, January 3, 2012

HIJRAH DAN TAHUN BARU

Kita baru saja menyambut Maal Hijrah dan selang sebulan menyambut pula tahun baru 2012.Memang ramailah yang membuat azam baru dan ramai jugalah yang melupakannya menjelang pertengah tahun kerana sibuk dengan tugas2 dan kehidupan berkeluargakan.
Bagi keluarga2 muda yang mempunyai anak2 kecil dan menjelang remaja pasti mereka ini mengisi padat jadual kehidupan harian masing2 dengan mencari rezeki menambah pendapatan disamping merasa tertekan sentiasa to make ends meet dalam negara kita yang harga barang2 semakin hari semakin meningkat sampai tak masuk akal kadang2. Inilah yang dinamakan cabaran hidup dunia baru sekarang.
 Tapi bagi warga emas saperti saya ini adakah lagi azam baru yang perlu di catit.Entahlah kalau nak kata tidak tak pulak tapi kalau dikata ada apakah dia.Satelah berfikir panjang dan beberapa hari diakhir bulan Disember yang lalu rupa2nya ada lagi azam baru saya.Bahkan dengan azam baru inilah menjadikan hidup saya lebih bermaana, maalumlah saya sekarang masih belajar untok mencintai diri saya sendiri dan sudah tetntu mencintai ALLAH dan RASULULLAH saw.
 Dengan berpandu kan prinsip itu saya pun memikirkan azam saya bagi tahun 2012 saperti berikut;
            Berjihad melawan nafsu
            Berjihad melawan bisikan syaitan dan kuncu2nya
            Belajar lebih diam dari berkata2 dan menjadikan setiap kata2 saya itu memberi menafaat kepada yang mendengarnya
             Meningkatkan segala tuntutan ALLAH yang fardhu dan memperbaikinya
             Melipatgandakan amal kebajikan hanya untuk mendapat reda ALLAH dan meraih cintanya
             Meningkatkan keupayaan untuk memaafkan setiap orang yang telah melukakan hati saya selama ini
             Melipatganda usaha untok tidak terjebak dalam bergantung kepada anak2 dan cucu2 serta kawan2 dan belajar terus berdikari dari segi emosi agar tercapai emotional independence yang berkekalan.
             Menunaikan umrah dan insyaALLAH menjejakkan kaki ke Masjid AL AQSAR
   Semua azam ini sangat mencabar untok di patuhi dan saya akan berusaha sedaya upaya untok mencapai kejayaan dengan sentiasa mendekatkan diri kepada ALLAH.
             Kepada sesiapa yang membaca blog saya doakan agar saya mencapai segala yang di cita2 kan ini insyaALLAH.