Wednesday, November 28, 2012

TEMAN TEMAN YANG ISTIMEWA..........



Pada 25hb Nov 2012 yang lalu berlansung satu majlis hi tea bertempat di Dewan Banquet Kelab Taman Tasik Perdana KL.
Majlis itu sangat istimewa kerana buat pertama kalinya saya telah dapat showcase kan teman2 istimewa saya yang terdiri dari kalangan OKU cacat penglihatan yang sangat berbakat dalam bidang musik dan cabang2 lain saperti nyanyian ,bermain alat musik dan juga pengacaraan.

Di majlis ini saya telah berjaya menjemput penggiat seni tanah air yang terdiri dari KP RTM, KP JKKN,Pengarah Musik RTM ,Presiden KARYAWAN, AJK SENIMAN , PENGERUSI COPYRIGHTS ASSC MALAYSIA, dan tidak ketinggalan artiste dermawan saperti Dato DJ D ave, dan teman lama saya saorang produser rancangan2 hiburan TV yang terkenal Zohra Batishda yang masih aktif menerbitkan rancangan2 hiburan untuk stesyen2 TV.

Program pada petang itu di susun secara santai dan tetamu2 yg membeli meja dan yang dijemput khas serta yang di taja sebaik masuk ke Dewan terus mnjamu selera, tidak ada protokal saperti majlis2 yang biasa diadakan di Malaysia. Petang itu terlancarlah sudah satu TABUNG KESENIAN BAGI ORANG2 CACAT PENGLIHATAN yang akan diurus olih MAB selaku badan induk yang mengendalikan OKU cacat penglihatan di negara ini.
Dengan adanya Tabung ini nanti dapatlah bakat2 yang ada dikalangan OKU2 CACAT PENGLIHATAN ini di asah dan di kembangkan agar mereka ini dapat berkecimpung di dalam industri hiburan tanah air dengan lebih rancak lagi.

Semasa saya merancang untuk mengadakan majlis yang sederhana tapi bermaana ini asasnya ialah untuk membuktikan bahawa teman2 istimewa saya ini tidak harus terpinggir dan saya tidak mau lagi melihat mereka terhad penglibatannya di pasar2 malam dan di pinggir2 jalan bermain musik dan menyanyi dan sering dianggap olih masyarakat sebagai PEMINTA SEDEKAH. Yang peliknya jika saorang yang tidak cacat bermain musik memetik guiter atau lain2 alat musik di pinggir2 jalan mereka di anggap BASKING dan di panggil sebagai ARTISTE jalanan dan menjadi kebanggaan pula. Adakah ini adil.............. Ayuh kita mengorak langkah untuk mengubah persepsi dan paradigma ini. Teman2 saya ini memang sungguh istimewa dan mesti diberi ruang dan peluang untuk mengasah bakat mereka. Saya yakin ini akan berlaku sekurang2nya program yang telah mereka persembahkan petang itu telah membuka mata dan hati orang2 penting dalam industri walaupun tidak semua yang saya jemput sudi hadir atas bermacam alasan .....

Kita tunggu tahun 2013 nanti pasti mereka akan dapat dilihat di kaca2 TV atau di dengar di Radio2 walaupun tidak akan berpeluang untuk menang apa2 award dalam industri hiburan yang memang terkenal dengan sikap terlalu taksub dengan kecantikan itu..........





























Sunday, November 11, 2012

KEBAHAGIAAN kerana membahagiakan orang lain......

Bulan Oktober dan November 2012 ini merupakan bulan yang paling sibuk bagi ku disebabkan aku telah merancang dan melaksanakan berbagai-bagai projek untuk remaja bermasalah, kanak-kanak di Rumah Kanak-kanak, murid-murid sekolah dan orang kurang upaya cacat penglihatan.

Bermula dari 19hb Oktober sehingga 22 Oktober, aku bersama Roslina dan Rahana yang merupakan sahabat-sahabat PSWM telah pergi mengadakan program pembentukan karektor di Sekolah Tunas Bakti Marang Kuala Terengganu dimana 100 orang remaja perempuan telah terlibat. Program 2 hari ini di kendalikan oleh ESQ Leadership Centre dengan peneraju utamanya Sdr Firdaus Djamaris dan di bantu oleh Sdr Zul.

Program yang padat ini bermula pada 8 pagi dan berakhir sebelum solat magrib. Seperti lazimnya program ini telah mengetuk pintu hati dan menyentuh qalbu peserta-peserta kerana ianya berlandaskan ALQURAN dan HADITH, manakala pendekatan yang sangat kreatif telah dapat membuai perasaan peserta-peserta dan pegawai-pegawai dan kakitangan Institusi ini. Program ini kemudiannya dikuatkan lagi dengan aktiviti berzikir beramai-ramai serta menyanyikan lagu-lagu ketuhanan yang syahdu dan membuai perasaan. Sesi-sesi muhasabah diri dan taubat yang dibuat secara santai tapi kreatif telah membawa kesan yang sangat mendalam. Setiap peserta dan sesiapa saja yang berpeluang mengikuti program ini akan terpaku pada tempat duduk diatas lantai dan pasti sering mengalirkan air mata tanda keinsafan. Doa juga di lafaz dalam bahasa yang indah dan nada yang lembut semuanya berlandaskan ALQURAN.

Begitu indahnya kenangan manis semasa program ini diadakan di Marang walaupun di penghujung program itu kami telah dikejutkan dengan kejadian histeria yang melanda 8 orang peserta...... Yang penting melalui borang-borang penilaian yang diisi oleh peserta-peserta, memang jelas mereka telah insaf dan sedar akan kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa masa lalu.... Semoga ALLAH mengurniakan mereka taufik serta hidayah untuk berubah....AMIN.

Dari 2hb hingga 5hb November pula aku, Roslina dan anak saudaraku Affie telah terlibat dengan program yang sama di Sekolah Tunas Bakti Taiping, Perak pula. Kali ini jumlah peserta lebih ramai, iaitu 128 orang dan Pengetua Timbalan Pengarah dari pejabat JKM Ipoh serta pegawai2 dan kakitangan STB telah turut serta selama 2 hari penuh.

Format yang sama telah diguna pakai tetapi kali ini Firdaus telah menambahbaik isi kandungan supaya ia sesuai dengan peserta-peserta lelaki. Lagu-lagu baru juga banyak digunakan dan zikir serta doa juga telah di tambah. Sesi KATARSIS yang sungguh luarbiasa itu telah mendapat response yang luarbiasa dari peserta. Ramai yang terkesan dan menangis walaupun mereka lelaki. Penglibatan Pengetua dan kakitangannya terutama sekali Ustaz sangat memberi motivasi kepada kami dan peserta-peserta.

Pada hari akhir Firdaus telah mendatangkan pula seorang tetamu istimewa, Ustaz Shahul, iaitu seorang Alumni ESQ dari Pulau Pinang yang telahpun memberi Tazkirah yang sangat memberansang dan menyentuh jiwa peserta-peserta dengan cara santainya.....

Program ini juga telah berjaya menyuntik semangat baru kedalam jiwa peserta-peserta, yang juga merasa amat bersyukur kerana mendapat peluang mengikuti program ini.

Dua hari selepas aku balik dari Taiping, aku sekali lagi terlibat dengan golongan remaja dan kali ini mereka terdiri daripada murid-murid dari SMK Bandar Baru Sentul, yang baru saja selesai menduduki peperiksaan PMR mereka. Seramai 60 orang murid lelaki dan perempuan telah terlibat dalam satu program Kesukarelawanan di Rumah Kanak-Kanak Tungku Budriah Cheras.

Program dua hari itu bermula dari jam 8.30 pagi hingga 3 petang setiap pagi. Ianya dimulakan dengan ceramah mengenai kerja-kerja sukarelawan dan taklimat mengenai RKK ini dan kemudian diikuti pula dengan sesi amali. Kanak-kanak yang terlibat berumur dari 2 hingga 12 tahun, lelaki dan perempuan. Dua hari tersebut dimulakan dengan sesi suai kenal, kemudian sesi aktiviti, iaitu bermain bersama-sama kanak-kanak serta minum pagi. Makan tengahari turut dilakukan bersama dan bagi kanak-kanak 2 hingga 4 tahun pula, kakak dan abang akan menidurkan mereka.

Banyak yang dipelajari oleh sukarelawan-sukarelawan ini, terutama sekali apabila cara untuk melayan kerenah adik-adik kecil yang lasak dan nakal ini, termasuklah membawa mereka ke bilik air apabila hendak buang air kecil dan besar. Kadang-kadang adik-adik itu lebih pandai dari abang dan kakak, sebagai contoh ketika ingin menanggal dan memakai kembali pampers mereka.....

Program 2 hari itu sungguh bermakna kepada kedua-dua belah pihak, baik kanak-kanak dan murid-murid. Ianya sungguh meletihkan bagi diriku dan Affie, walaubagaimanapun kami merasa sungguh bahagia kerana dapat membahagiakan kanak-kanak di RKK Budriah itu. Tambahan pula, pada masa itu kanak-kanak itu ditinggalkan oleh kawan-kawan mereka kerana mereka yang terlibat telah pergi outing ke A Famosa selama 2 hari. Mujurlah kami datang untuk menemani mereka yang tinggal ini. Bahkan murid-murid dari SMK Bandar Baru Sentul itu juga telah merasa sungguh gembira kerana dapat berkenalan dengan adik-adik yang nakal, comel, dan manja itu, sehinggakan apabila sudah sampai masanya untuk berpisah, mereka telah mengalirkan airmata kesedihan.....

Selang sehari lepas program ini aku sekali lagi terlibat dengan satu program besar yang bermakna yang melibatkan 100 orang lebih Banduan Remaja dari Sekolah Integriti Penjara Kajang. Kali ini program ini melibatkan artis nasyid terkenal, HAFIS HAMIDUN yang sangat popular dengan album ZIKIR TERAPInya. Program pagi itu telah dinamakan Cahaya Lirik. Hafis adalah seorang muda yang sungguh istimewa, dia senang bergaul, merendah diri dan sangat petah berkata-kata. Setiap tutur katanya tersusun indah bak lirik lagu..... Dia telah mengalunkan Zikir-zikir yang termuat dalam albumnya dan diselang seli pula dengan tazkirah yang menyentuh perasaan peserta-peserta.

Rata-rata peserta amat teruja dan semoga ALLAH swt mengurniakan taufik dan hidayah nya kepada banduan remaja ini untuk kembali kejalan yang di reda ALLAH swt..AMIN... Aku juga mendoakan agar HAFIS HAMIDUN di limpahkan ALLAH swt rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan yang berpanjangan agar dia dapat meneruskan khidmat baktinya kepada masyarakat.demi kebahagiaan bersama AMIN.

Sebagai kesimpulannya walaupun aku sibuk sekali mengendalikan semua program2 ini namun aku merasa bertuah dapat melaksanakan nya sebaik mungkin. Setiap waktu aku berdoa kepada NYA dan juga sering melakukan solat hajat agar semua berjalan lancar. Syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH swt diatas izinnya jua aku tidak lelah dan sentiasa bersemangat dan bahagia kerana dapat membahagiakan ramai remaja dan kanak2 yang berkesempatan mengambil bahagian dalam program2 ini.Semoga ALLAH swt memberi aku kesihatan yang berpanjangan agar aku dapat terus mengecap kebahagiaan bersama mereka ini.AMIN AMIN AMIN.......