Friday, September 20, 2013

PERLUNYA KITA PUNYA KEKUATAN DALAMAN

Perlunya kita punya kekuatan dalaman.......

Aku sentiasa berdoa agar ALLAH mengurniakan aku kekuatan untuk hidup bersendirian tanpa bergantung kepada sesiapa melain DIA. ALLAH lah penolong dan pelindung yang paling baik dan sempurna menjalankan tugasnya untuk mengurniakan hambanya apa saja yang kita pohon asalkan mengikut syariat yang dibenarkan.

Dalam konteks ini aku sering teruja untuk tidak merasa sepi sayu dan sunyi terutama diwaktu senja. Entah mengapa akhir-akhir ini aku sering merasa begitu walaupun aku sentiasa peka akan godaan syaitan yang suka melihat hamba ALLAH tergelincir dari landasan yang di benarkan. Aku sering mengelak mendengar lagu-lagu sentimental dan di waktu yang sama aku sering melawan perasaan itu dengan mengambil wuduk dan mambaca AL-QURAN yang sengaja aku baca dengan nada yang kuat.

Malam ini umpamanya ketiga-tiga anak dan buah hati ku berada diluar negara. Yang sulung dan yang bungsu berada di JAKARTA dan yang tengah pula baru saja berlepas ke THAILAND. Maka tinggal lah aku kesaorangan walaupun di temani oleh cucu-cucu ku di rumah mereka di Bukit Jelutong.

Disebabkan keadaan inilah maka aku mengambil keputusan untuk meninggalkan ibu kota dan akan pergi ke IPOH dengan menaiki kereta api laju bersama teman karib ku. Kami akan bertolak pada hari Isnin ini dan aku akan berada di Ipoh untuk beberapa hari menjengok kakak ipar dan saudara mara ku di Ipoh dan Kuala Kangsar. Perjalanan kami ini mungkin mencabar disebabkan kedua-dua kami mengidap sakit lutut yang agak serious. Namun kami nekad akan pergi juga walau bertongkat tak mengapa.

Berbalik kepada perasaan sepi, sayu dan sunyi itu aku nekad tidak akan terjebak dalam hasutan syaitan dan sekuat boleh aku akan melawan perasaan itu. Ini iltizam ku dan pada ku, aku perlu empower diri ku agar sentiasa tenang, bahagia walau bersendirian sambil mensyukuri segala nikmat yang dikurnia NYA pada ku selama ini. InsyaALLAH dengan sentiasa berpaut pada NYA dan sentiasa meraih cinta kasih NYA aku akan dapat dan boleh mengatasi perasaan ini.....Kepada sesiapa yang sudi membaca blog ini doakan aku agar aku berjaya untuk menghadapi situasi ini samaada di waktu senja, tengah malam, waktu pagi atau tengah hari.Aku akan terus berdoa agar ALLAH mengurniakan aku kesihatan, kekuatan dan keberanian untuk hidup bersendirian tanpa rasa SUNYI, SEPI, SAYU dan SEDIH......

Sunday, September 8, 2013

      D  OA SAORANG WARGAEMAS yang hyper active satu ketika dulu........   Sudah agak lama aku tidak menulis dalam blog ku ini entah mengapa rasa tak mahu dan malas pula nak menukilkan apa yang terpendam dihati ini.Tapi hari ini aku merasa lain pula dan mengambil inisiatif untuk melakar perasaan ku yang sejak akhir2 ini sering tercabar olih rasa kesepian dan diselang seli rasa kesunyian.

Betapa tidak hari2 ku di isi dengan kenangan2 manis masa aku masih berkhidmat dulu dan sentiasa sibuk menjalankan tugas di pejabat dalam persatuan2 dan dalam rumahtangga.Masa2 itu telah berlalu dan yang tinggal hanyalah kenangan sahaja.

Aku juga sering teringatkan zaman anak2 ku masih kanak2 dan menjelang remaja. Betapa sibuknya aku ketika itu. Rumah sentiasa bising dengan hilai ketawa mereka yang sangat ku kasihi. Ketika itu akudan mereka adalah segala2nya.Pada hujung2 minggu kami sering ke shopping complex window shopping dan makan2.Indah sungguh saat2 bersama anak2 dan suami tercinta.

Kini semuanya telah berubah anak2 ku telah berumah tangga dan berkerjaya. Suami ku sudah berlalu pergi memburu kebahagiaan katanya.Walaupun aku masih lagi berpesatuan namun tenaga ku sudah mula menurun akibat sakit lutut yg membuat aku sukar berjalan dengan selesa.Aku tidak lagi seaktif dulu walaupun masih menjadi YDP Persatuan siswazah wanita Malaysia.

Hari2 ku ku isi dengan banyak menambah ilmu bekalan untuk ke sana. Banyak lah buku2 agama yg aku telaah disamping tidak putus2 mentelaah ALQURAN yang menjadi teman karib ku. Sebaik saja khatam akun akan mula semula membacanya debgan tajwid yang betul, membaca tafsirnya dan juga mentaddabur isi kandungan nya.Terkadang2 aku terasa sangat sunyi dan sepi dan disaat itu aku sedar MR I DAN MR S sedang sibuk sekali berusaha untuk mengelincirkan aku dari jalan yang lurus itu. Aku melawan serangan mereka dengan lekas2 beristigfar dan jika ini berlaku pada malam hari aku terus berwuduk dan membuka ALQURAN dan membaca dengan nada yang agak kuat.Seketika itu hati ku merasa tenang dan aman sekali . Begitulah hebatnya ALQURAN memang dapat mententeramkan hati yang sepi dan sunyi.

Sejak beberapa bulan ini aku telah mencipta Doa khas yang ku tujukan pada ALLAH subhanahuwataala yang berbunyi:

YA ALLAH tanamkanlah di hati dan sanubari ku perasaan berani untuk hidup tanpa merasa SUNYI SEDIH DAN SEPI kerana aku ada Mu disisi ku dan cukuplah Engkau menjadi PENOLONG DAN SEBAIK2 PELINDUNG KU............AMIN.