Wednesday, January 15, 2014

berehat bersama teman2 di Penang.

Sudah lama aku tidak menulis.Ini disebabkan aku agak sibuk untuk menutup 2013 dengan menambah ilmu sebagai bekalan akhirat insya ALLAH.

Awal tahun 2014 aku pula nekad untuk menyediakan pelan tindakan hidup ku bagi tahun baru ini agar semua aktibiti dapat di realisasikan mengikut keupayaan dan keperluan sebagai saorang hamba ALLAH dan Khalifahnya.

Pelan tu alhamdulilah sudah pun disiapkan dan di rujuk dari masa kesemasa dan aku sedang pun melaksanakan nya syukur sangat2 sebab ALLAH mengurniakan aku disiplin untuk mengikutnya.Pelan ini rahsia ku dan tidak bolihlah dikongsi pada teman2 ku.

Walaubagaimana pun aku telah memulakan satu inisiatif baru iaitu berehat bercuti di Penang bersama tiga orang teman2 ku yang sangat akrab baik dan mesra saperti satu keluaga.
Salah saorang nya ialah tetamu kami dari CAPE TOWN SOUTH AFRICA. Dia berumur 70 tahun lebih saorang yg bergaya sentiasa vouge dan kadang2 quite demnding maklumlah dia saorang yg regal dan bergaya setiap masa.
Yang dua orang lagi ialag adik beradik yang sangat akrab dengan aku dan mereka ini ibarat saudara ku sangat caring dan fun to be with dan dari keluarga berada pula tu.

Kami tinggal di Hotel Flamingo di Batu Feringgi sabuah holel yang selesa tapi agak jauh dari pusat bandar. tapi pengangkutan senang di urus olih hotel dan masa nak balik dari pusat bandar pila banyak taxi yang bolih di sewa dan pemandu2 taxi lebil mesra pelawat dari mereka yang di KL.

Sebagai pelawat wargamas kami take it easy dan relax dan teman ku Aminah sangat pandai merancang aktibiti dan tempat2 yang sesuai di lawati. Kami bukan saja dapat melawat tempat saperti time tunnel, glass factory gudang menjual kopi yang istimewa dari Penang, kedai jeruk Pak Ali dan tentu sekali pasar Chowrestar. Bgaikan sepanjan kami masuk ke Bandar Raya Penang kami di tunjukkan begitu banyak bangunan2 heritage di sekitar GEORGE TOWN. Sungguh menarik cara Penang menrestore bangunan ini dan jumlah bangunan heritange ini sanagat banyak dan di jaga dengan baik sekali.

Hari ketiga kami di Penang kami telah singgah di pejabat Unesco Heritage dan bejumpa pegawai yg bertugas yg sangat baik dan memberi kami taklimat tentang usaha2 menjaga dan menbaik pulih bangun2 heritage ini . Di antara usaha yg sangat membanggakan ialah kebanyakkan inisiatif ini dilaksanakan olih tuan punya bangunan sendiri.Kami sangat teruja dapat berjumpa dengan saorang pengurus salah sebuah bangunan ini dan beliau memberi taklimat tentang usaha2 yang telah di jalankan dan berbagai aktibiti yang di jalankan di bangunan ini yang tidak besar tetapi masih bolih di menafaatkan olih pencinta dan penggalak kesenian dan performing arts.

Satu lagi bangunan yg sangat menarik perhatian kami ialah bangunan jawi peranakan yang diguna sebagai cafe. Wah memang cantik dan cafe ini punya menu yang asli dari masyarakat jawi peranakan. Selam ini aku tidak pernah mendengar mengenai jawi peranakan ini. Rupa2nya masyarakat ini adalan yg sering di kenal sebagai ANAK TANJUNG atau ANAK MAMI!

Yang paling best sekali kami dapat berjumpa pengerusi persatuan jawi peranakan ini saorang yang terkenal dan merupakan teman lama saya. Bayangkan betapa gembiranya aku bila melihat wajah nya rupa2nya dia ialah Prof Dato Dr Wazir Karim!!! Kami dah bertahun2 tidak berjumpa.

Hari teakhir kami di Penang lagi mengembirakan selepas sarapan pagi kira2 jam 10 pagi kami mengambil kesempatan untuk bersantai di tepi kolam dan baring serta ,enghirup uada nyaman dan berdih . Pada biasanya agak pelik melihat orang baring2 ditepi kolam renang fully clothed lengkap dgntudung. Kali ini kami tidaklah merasa janggal sebab ramai tourists yang terdiri dari warga Arab yang memakai jubah hitam lagi dan berpurdah!!!

Pda keseluruhan nya aku sungguh gembira bercuti kali ini sebab jadual kami santai dan relax dan mengikut tahap kesihatan warga emas. Begitu juga setiap hari makan tengah hari dan makan malam juga kami pelbagaikan.
Biasanya dulu2 aku berpuluh2 kali datang ke Penang untuk bertugas terutama semasa jadi Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awan tapi lepas temuduga bergegas ke airport dan balik ke KL. Dalam kereta pula aku sering terlena sebab keletihan maka aku tidaklah dapat menghayati keindahan bangunan heritage yang jumlahnya beratus2 melebihi bangunan yang pernah aku lihat di Melaka yang juga di iktiraf olih UNESCO bandar heritage,

Terima kasih MINAH ARAH dan VENNA for giving me the opportunity to be with you all and making my holidays a wonderful amd memorable one.