Wednesday, April 30, 2014

MENUKAR GAYA DAN CARA HIDUP DI AKHIR USIA

Pada 4hb Mei 2014 ini genaplah usia ku 67 tahun ,satu usia yang panjang dan penuh dengan berbagai peristiwa suks dan duka silih berganti.Di ketika meniti usia saperti ini aku perlu sering muhasabah diri dan selalu memikirkan bagaimana hendak melipatgandakan amalan2 sebagai bekalan untuk ke sana....

Salah satu perkara asas yang telah dan akan terus di jalankan ialah mengadaptasi cara dan gaya hidup ku disebabkan ujian yang perlu dilalui yang di kurnia olih ALLAH kepada ku iaitu pergerakan yang sangat terbatas akibat sakit lutut yang teramat sangat.

Aku bolih saja terus terusan menelan pil menahan sakit yang memang senang didapati dipasaran . Tetapi ini akan hanya menganggu buah pinggang ku dan berkemungkinan akan menghasilkan pula berbagai penyakit yang berkaitan. Jadi satelah berfikir panjang aku nekad untuk menerima ujian ini dan reda atas ketentuan NYA ini kerana bermacam2 kaedah perubatan yang menelan belanja yang besar telah ku cuba namun sakit itu tetap ada malah terkadang2 bertambah sakit pula.

 Dengan penuh kesedaran aku mengorak langkah untuk menukar saja cara dan gaya hidup ku terutama bila hendak bergerak kesana sini. Aku tidak akan mengalah dan duduk dirumah saja. Aku perlu kreatif dan bersedia bergerak kesana sini untuk mejalankan kehidupan seharian di luar rumah saperti biasa tetapi dengan menggunakan tongkat dan juga kerusi roda.

Bila ke pasar raya besar saperti GIANT atau TESCO atau MYDIN MALL aku membawa kerusi roda ku dan menggunakan nya walau pun kadang2 menghadapi kesukaran kerana perlu menggunakan tenaga lebih di bahagian lengan untuk menggerakan kerusi roda itu. Aku lebih suka bergerak sendirian tanpa ada orang menolak ku. I dont like to be pushed around.

Semasa di pasar2 raya ini aku sering juga mengalami kesukaran bila hendak membeli barang agak banyak kerana tidak bolih membawa nya diatas riba kerana kerusi roda ku ini tidak ada tempat untuk meletak barang. Memang semua kerusi roda tidak ada kemudahan ini kerana rata2 persepsi umum tidak menerima hakikat bahawa OKU saperti aku ini masih perlu pergi marketing dan membeli belah bersaorangan.

Walau pun aku masih bolih shopping di pasar2 raya saperti diatas namun aku masih tidak berani menaiki kerusi roda untuk ke Jalan TAR untuk membeli belah atau ke pasar malam dan pasar tani....

Dalam mengharungi kehidupan kini aku masih dapat menikmati rasa kegembiraan terutama apabila aku ditemani olih cucu2 ku dan kami pergi ramai2 ke ONE UTAMA untuk bowling. Mereka
akan bergilir2 menolak kerusi roda ku dan ini satu pengalaman yang mengembirakan bagi mereka.

All said and done aku masih tetap bersyukur kerana ALLAH masih memberi aku nikmat membawa kereta MYV ku dan masa membawa kereta aku bolih saja membawa saperti orang lain . Yang pasti aku tidak merasa sakit lutut pun walau membawa kereta dari KL ke Melaka.Setiap jam aku akan berhenti dan merehatkan kaki ku. Kalau dilihat dari luar cermin kereta ku aku saolah2 saperti gadis 18 tahun namun bila aku keluar kereta dengan tongkat aku saperti orang tua 80 tahun!!! Beginilah nasib saorang wargaemas saperti aku yang tak akan mengalah dan berserah kepada kesakitan. Inshaa ALLAH aku akan terus melibatkan diri dengan program dan aktibiti2 di Sekolah2 tunas bakti, di Rumah Kanak2, di Rumah2 seri kenangan, dan di Asrama2 bahagia di seluruh negara.

 Setiap hari aku terus berdoa agar ALLAH memberi aku kesihatan dan semangat untuk terus berbakti kepada kumpulan2 sasar pilihan ini hingga ke akhir hayat ku. AMIN.