Friday, May 23, 2014

TIDAK SEMUA YANG MENGIDAP SAKIT LUTUT ITU SERUPA JENIS PENYAKITNYA

Aku baru saja balik dari berjumpa Dokter pakar Dr Rajesh Singh saorang Orthopaedic Consultant di sabuah Pusat Pakar TAGS di Cheras.Beliau saorang Dokter yang sangat baik budi bahasa dan sabar melayan pesakit2 yang datang berjumpanya untuk rawatan.

Beliau bukan saja saorang Pakar tulang tetapi juga saorang saintis kerana dia sentiasa update dirinya dalam bidang orthopaedic dan difahamkan beliau juga mengajar pakar2 dalam bidang ini.
Disebabkan aku ini saorang pesara kerajaan yang bukan dalam kategori orang berada dan kaya maka setiap kali aku pergi mendapatkan rawatan dari beliau aku gunakan masa itu untuk bertanya dan terus bertanya dengan terperinci tentang sakit lutut yang ku hidap ini.

Aku menggunakan masa bertemu dengannya itu sebaik mungkin agar fee yang ku bayar sebanyak RM180 setiap kali berjumpa beliau itu berbaloi.
Nekad dengan pendirian itu maka hari ini aku pun terus meminta nya untuk menuliskan apakah sebenarnya sakit yang ku hidap ini.

Beliau pun ku minta menulis elok2 atas sekeping kertas dengan tulisan yang cantik dan senang untuk dibaca. Maklumlah Dokter2 lazimnya memang punya tulisan yang hodoh. Hari ini mungkin buat pertama kalinya Dr Rajesh telah berjumpa saorang pesakit wargaemas yang begitu assertive sahingga berani menegur tulisan Dokter .Maka inilah hasil quiry ku itu:

Penyakit ku ini ialah INFLAMATION variant of DEGENERATIVE joint disease

                                  INFLAMATION in the JOINT( Persistent overentromedial SYNOVITIS)

                                  INFLAMATION of the hamstring tendon ( TENOSYNOVITIS)

Bayangkan apabila aku sering di tanya olih teman2 seusia tentang sakit lutut ku maka aku pun perlulah menjelaskan dengan menggunakan perkataan2 saintifik ini. Memang tak kan ada orang yang akan faham pun ......
Tapi tak pelah sekurang2nya aku akan tulis atas kertas dan akan tunjukkan ayat2 power ini untuk sesiapa saja yang nak tahu.

Satelah mengetahui kedudukan penyakit ku ini aku pun mengemukakan soalan2 tambahan saperti adakah lutut ku ini masih punya GEL yang sering diperkata olih kawan2 yang senasib dengan ku yaani yang sakit lutut dan mereka lazimnya akan jumpa Dokter untuk minta injection yang mahal itu untuk menambah GEL yang telah berkurangan itu. Dr Rajesh memaalomkan lutut ku masih mempunyai GEL yang cukup. Aku terus bertanya bagaimana mengenai THE FAMOUS KNEE REPLACEMENT dan STEM CELL yang kedua2nya punya implikasi kos yang berpuluh2 ribu ringgit terutama jika kita dirawat di hospital swasta.
Beliau menegaskan kedua2nya tidak akan menyelesaikan masaalah yang ku hidap ini kerana masaalah ku ialah INFLAMATION yang mengikutnya berpunca dari genenetic atau dalam bahasa Melayu masaalah keturunan. Memang betul Arwah mak aku dulu pun mengidap sakit lutut saperti aku ini hanya ketika itu tidak terdapat ramai Dokter2 saperti masa kini yang dapat memberi berbagai2 option untuk rawatan.

Hari ini aku berpuas hati kerana telah mendapat penjelasan yang begitu terang dari Dr Rajesh.Beliau juga mencadangkan agar aku mengambil sejenis ubat yang akan address masaalah inflamation ku ini.Nama ubatnya ialah VIMONO  dan diambil 2 kali sehari pagi dan malam 30 minit sebelum sarapan atau makan.Di samping itu beliau juga menyarankan agar aku terus menggunakan ice pack pada lutut ku 2 kali sehari selama 30 minit setiap kali. Ubat ini juga yang terkini dan tidak menganggu perut dan perlu di ambil untuk jangka masa panjang agak2 sebulan setiap hari.

Hari ini aku puas hati dengan segala penjelasan Dr Rajesh dan semasa beredar dari biliknya aku mengucapkan I HOPE NOT TO SEE YOU AGAIN dan Dr Rajesh yang baik hati ini membalas ucapan ku dengan senyuman manis dan penuh erti.

ALHAMDULILLAH SYUKUR ke hadrat ALLAH swt dan aku akan terus berjuang untuk menghadapi ujian NYA ini. Semoga setiap langkah ku yang membawa bersama sakit yang tidak dapat di jelaskan ini akan membasuh dosa2 ku yang lalu. AMIN.

No comments:

Post a Comment