Sunday, August 24, 2014

MENGAWAL PERASAAN KECEWA.........

Pada 6hb Ogos yang lalu Bibik Tini yang telah berkerja dengan keluarga ku selama hampir 11 tahun telah balik ke Cilacap kampungnya di Jogjakarta Indonesia untuk bercuti selama 2 minggu.Aku merasa berat sungguh melepaskan nya hanya kerana aku kurang sihat dan juga aku bercadang untuk merawat catarac ku di hospital, satu usaha yang telah tergendala beberapa lama.
Disebabkan aku ini majikan yang sangat prihatin aku membenarkan nya dan aku telah menempah tiket balik yang dijadual pada 21hb Ogos.

Namun kebaikan ku rupa2nya telah tidak di hargai olih Tini. Seminggu lepas dia balik aku menerima satu sms darinya yang memohon maaf kerana tidak pasti dia akan balik berkerja dengan ku atas alasan dia mahu menjaga ibunya yang tidak sihat.

Aku terkejut dan segera menaliponnya dan saperti yang di jangka dia memberi alasan bahawa ibunya tidak mahu dia pulang ke Malaysia dan mahu dia menjaganya.Aku merasa sungguh kecewa apabila aku mendapat tahu kemudian dari tukang kebun ku saorang teman Tini bahawa Tini memang sudah merancang untuk balik lama ke kampungnya. Semasa aku ke biliknya aku dapati dia telah membawa hampir semua baju2nya.

Tidak dapat ku gambarkan betapa kecewanya aku dengan Tini yang sering mengatakan dia menanggap ku saperti ibunya.Dia sanggup membohongi aku dan berlaku tidak jujur.
Beberapa hari kemudian aku mengambila tindakan mengemas biliknya dan menyimpan semua saki baki barang2nya yang kumasukkan kedalam 2 buah kotak dan di letak di luar rumah ku. Aku membersihkan biliknya yang memang sangat kotor itu. Selang beeberapa hari aku sekali lagi menghubunginya dan menyatakan tindakan2 yang telah ku ambil terhadap saki baki barang2nya. Duitnya yang masih ada sedikit lagi dalam Bank aku nyatakan akan ku gunakan untuk membayar denda di Jabatan Immigresyen dan bakinya akan ku sedekahkan kepada yang memerlukan.

Aku juga dengan tegas menyatakan bahawa aku memaafkan nya dan menghalalkan segala makan minumnya selam 11 tahun bersama keluarga ku, dan jika ada dia mengambil apa2 barang tanpa pengetahuan ku aku juga menghalalkan nya.Tini terdiam dan tidak dapat berbicara. Aku turut menyatakan walau bagaimana pun di depan ALLAH swt nanti aku pasti akan bertanya mengapa dia tidak jujur dengan ku.Dia terus terdiam.

Semalam aku telah membuat lapuran polis terhadap hal ini dan terus ke Jabatan Immigeresyen di Putrajaya untuk mengisi borang dan sekali membayar denda RM250 kerana semasa dia pergi tidak ada Check out memo yang lazim di lakukan apabila pekerja mahu pulang untuk selama2nya.

Aku masih lagi tekesan dengan tingkah laku Tini yang pada semua orang aku yang memnjakan dia sehingga dia berani dan sanggup berlaku tidak jujur terhadap aku. Tini pernah mengatakan pada ku bahawa akulah majikan yang terbaik di kalangan majikan2 kawan2nya . Namun kebaikan ku itu telah di khianati olihnya.

Ketika aku menulis blog ini aku sedang cuba untuk bertenang dan aku terus berdoa agar ALLAH swt menggantikan Tini dengan saorang Bibik yang lebih baik. Aku pujuk diri ku dan reda dengan ketentuan ALLAH. Aku pasti ada hikmah disebalik ujian ini .Satelah beberapa hari aku mula memahami bahawa ALLAH telah menentukan bahawa Tini yang memberhentikan dirinya tanpa aku mengambil tindakan untuk memberhentikan nya. Cara ini lebih senang kerana kalau aku yang mengambil tindakan pasti aku tidak melakukan nya. Dan sampai bila dia akan terus bekerja dengan aku dan sampai bila aku akan memejamkan mata ku terhadap berbagai kerenah nya yang aku tolerate selam beberapa tahun kebelakangan ini.

Sahingga kini aku masih terus berdoa setiap kali solat agar ALLAH memberi aku kekuatan untuk tidak merasa sunyi sepi dan sedih diatas apa yang berlaku .Kepada teman2 yang sudi membaca blog ku ini diharap dapatlah dikau mendoakan aku agar aku dapat mengikis perasaan kecewa ini akhirnya nanti.AMIN.