Tuesday, December 23, 2014

ACHEH OH ACHEH Bhg 3


Kali ini aku nak bercerita tentang kepelbagaian menu dan lokasi yang kami alami semasa di Acheh selama 6 malam 7 hari.

Semasa dalam penerbangan dari KL ke Banda Acheh menaiki Air Asia x kami telah memesan on line atas kreatibiti dan usaha teman ku Roslina, nasi lemak yang harganya mahal tapi sedap. Jadi kami tak lah rasa menyesal order menu itu.

Selama di Banda Acheh kami telah dapat merasa berbagai2 makanan di mulai dengan sarapan pagi di Hotel Medan yang sungguh enak dan banyak juga variety nya. Walaupun Hotel ini sataraf gengan Hotel Seri Malaysia namun hidangan sarapan paginya sunnuh enak dan pelbagai. Lazimnya aku DH alimah dan DMeme akan turun awal danagar dapat menikmati sarapan dengan selesa dan tenang.Best sangat kami berbual2 sambil menikmati sarapan.Kalau lambat turun pasti ramai orang dan agak menyukarkan untuk mengambil makanan.

Untuk makan tengah hari sepanjang berada di Banda Acheh kami telah makan di Hotel yang mennyajikan nasi dan lauk pauk yang enak dan harganya pun berpatutan.Kami juga telah merasa makan di Restoran Nasi Padang yang harganya agak mahal, di Restoren Ayam Penyet yang menunya juga sedap. Untuk makan malam selepas pengajian kami merasa makan di sabuah di tepi jalan makan kuehtiaw ala Acheh, makan di Warkop(Warung Kopi) yang rata2 penghuninya mat2 motor dan smokers, di sabuah restoren makanan laut yang menghidangkan makanan seafood yang sungguh istimewa dan enak sekali . Di malam terakhir kami telah makan di Pizza Hut. Restoren ini di pilih khas sebagai ucapan terima kasih kepda Willy yang telah membawa kami ke berbagai tempat lawatan selama 2 hari sampai sempat juga bertemu dengan Abang angkatnya saorang Polis Syariah di rumah beliau.



Kami juga telah berpeluang makan cicah di tepi laut sambil menikmati minuman air kelapa sambil bersantai menunggu masuknya waktu solat Zuhur.Satu pengalaman yang sangat menggembirakan kami semua.





Sepanjang berada di Banda Acheh kami tidak banyak bershopping hanya kerana tujuan asal kami adalah untuk mengaji dan melawat tempat2 yang di landa Tsunami. Kami hanya sempat shopping sekejap saja 2 kali dan tidak banyak pun membeli oleh2 hanya beberapa helai tudung dan telekung.
Walau bagaimana pun kami telah membeli makanan2 ringan saperti kopi Acheh, kueh2 mueh kering, keropok dan sajenis biskut yang menjadi rebutan kami semua. Biskut yang sunnguh enak ini keluaran ROMA iaitu MALKIST SEAWEED biscuit cracker. Aku yang dulu2 merasa biskut ini yang di beli olih DMeme pada satu malam dan aku telah bercerita tentang betapa sedap rasanya. Lepas itu berlakulah perebutan bila kami singgah di kedai2 runcit untuk mencari biskut popular ini sahingga habislah stock di kedai2 itu disebabkan perebutan yang berlaku!!!

Satu lagi oleh2 yang tidak kurang popularnya di kalangan teman2 ku ialah ubat saperti minyak angin yang sizenya kecil dan bolih di dapati dalam berbagai aroma saperti lavender, green tea dan lain2. Harganya tidak mahal dan sizenya kecil dan sangat cantik untuk di hadiahkan kepada keluarga dan teman2.

Pada keseluruhan nya aku berterima kasih kepada Bos kami semasa di Acheh Roslina yang terror tu kerana dia sangat pandai dari segi pengurusan kewangan yang membolihkan kami makan berbagai jenis makanan, dan di tambah pula dengan pengankutan yang selesa serta supir yang baik2 dan sabar melayan kerena dan kehendak kami sepanjang kami berada di sini.Sahlah Ros memang pakai dalam mengurus kewangan ini dan bolihlah tetap jadi Bos bila lain kali kami mengadakan lawatan dan pengajian InsyaALLAH pada tahun hadapan di Balik Papan Kalimantan pula. Macam kawan2 nak pergi lagi tak? .........

No comments:

Post a Comment