Wednesday, December 31, 2014

ACHEH oh ACHEH (Bhg4)


Kali ini aku akan bercerita tentang pengajaran yang aku perolehi dari program pengajian dan lawatan ke tempat2 yang dilanda Tsunami pada 5hb Disember hingga 11 Disembar 2014 yang lalu.
Dari mengikuti Seminar dan pengajian kitab selama 4 hari di beberapa lokasi di Acheh ini aku sedar betapa luasnya ilmu agama ini dan lagi kita belajar lagi banyak yang kita perlu belajar dan aku pasti aku tidak akan berhenti sahingga akhir hayat ku ini. Semoga ALLAH memberi ku kesihatan dan terang penglihatan agar dapatlah aku mengikuti berbagai2 kelas seminar dan pengajian yang ada di mana2 saja kini samaada di Malaysia atau di luar negara. Yang pasti di tahun baru 2015 ini aku berazam akan melipatgandakan usaha2 menambah ilmu sebagai bekalan menuju akhirat nanti.
Aku juga sedar dan merasa menyesal kerana di usia muda aku telah banyak menumpukan tenaga ku untuk kerjaya sebagai saorang pegawai PTD dan sentiasa berkhidmat untuk kumpulan sasar jabatan dan kementerian dimana aku ditempatkan. Terkadang2 keluarga ku menjadi numbor dua dalam senarai keutamaan hidup ku.

Bahkan aku juga menyesal kerana di usia muda aku dihantar bersekolah untuk mendapat ilmu dunia dan sedikit sekali menuntut ilmu agama walaupun disekolah ada Ustadz2 yang mengajar.

Satelah bersara barulah aku mengorak langkah bersungguh2 untuk mencari ilmu dengan mengikuti kelas2 di masjid2 dan sering juga menghadiri seminar dan program2 keagamaan anjuran berbagai2 pihak.Diantaranya sejak 5 tahun aku mengikuti kelas USTADZ DINO dan kelas USTADZ DR ABDULLAH YASIN.Ini pasti tidak mencukupi dan aku sering berusaha menambah ilmu dengan membaca buku2 agama yang aku kumpul sejak 10 tahun terakhir ini.

Aku juga telah menghadiri program ESQ hingga ke tahap 4 yang memotivasikan aku untuk memberi tumpuan kepada usaha menambah ilmu agama ini.

 Untuk tahun 2015 ini aku akan memulakan pengajian pada 19hb Januari ini di KGPA dan pada minggu akhir bulan Januari aku akan mengembara mencari ilmu dengan mengikuti Kembara Ustadz Kazim Alias diatas kapal  menyusuri LANGKAWI hingga ke PHUKET.InsyaALLAH aku akan memenafaatkan pengalaman itu dan akan berkongsi ilmu dengan anak2 didik ku di Asr Bahagia dan di SIK Penjara Kajang nanti.

Satu lagi pengalaman berharga yang ku perolehi semasa di Acheh ini ialah betapa seronoknya jika teman2 yang sama2 hadir itu sebaya dan satu kepala dengan kita.Kami sebilik aku Dhalimah dan Dmeme sering bangun diakhir satu pertiga malam untuk melakukan solat tahajjud dan solat taubah , berzikir dan membaca ALQURAN.Kami juga satu kepala dari segi bershopping ala kadar sahaja dan makan sama2 juga satu citarasa, topik2 perbualan juga sama dan yang lagi satu mengalami sakit lutut yang sama. Jadi Dhalimah dan aku sering berkongsi kesakitan dan sering perlu mencari kerusi untuk duduk selesa semasa di masjid menunaikan solat. Kami juga sangat gemar bersolat di berbagai2 masjid di Banda Acheh kerana dengan cara ini kami dapat menghulurkan derma di merata2 masjid, satu kepuasan yang tidak dapat ku gambarkan.

Semasa melawat tempat2 yang dilanda Tsumani dan berpeluang mendengar dari mangsa2 itu sendiri kami sungguh terkesan sekali kerana mendapati mereka sangat cekal sekali dalam menghadapi ujian ALLAH ini.Disekitar Banda Acheh kami nampak banyak BILL BOARD dengan kata2 yang sungguh indah DAMAI ITU INDAH dan ini membuat kami sungguh teruja sekali kerana dari cerita2 yang kami dengar sebelum Musibah ini masyarakat di Acheh sering bergaduh dan berperang sesama sendiri dan keadaan tidak tenteram sama sekali. Salepas Tsunami melanda mereka bersatu dan sama2 bangun untuk membina semula kehidupan mereka .

Kami juga dapati masyarakat Acheh di Bandaraya ini sangat bertolerasi dan aman dalam menggunakan jalan raya .Tidak terdapat bunyi deruman motor2 dan kereta yang bersilang2 serta pemandu2 yang garang dan stressed saperti di Kuala Lumpur. Tidak juga kedengaran bunyi hon kereta dan memang tidak nampak juga kelibat mat2 rempit.Kami melihat sendiri apabila Willy pemandu kami mahu membuat U Turn dia hanya melakukan nya tanpa ada rasa takut dan pengguna jalan raya disabelah sana memberi laluan dengan sabar dan senang hati. Sungguh membahagiakan memandu di sini.

Dari segi masyarakatnya pula kami sering melihat ramainya gadis2 menunggang scooter dan rata2 mereka terdiri dari gadis2 comel dan kurus2 belaka.Jarang sekali kami melihat orang gemuk di Banda Acheh ini mungkin mereka kebanyakan nya berkerja kuat dan tidak banyak makan kot.Gadis2 ini memboncong scooter dan mereka kelihatan ramai sekali kerana terdapat sabuah kampus di sini yang agak besar.

Kami telah mendapat tahu bahawa di Acheh telah dilaksana HUKUM HUDUD dan setiap hari aku meminta agar di ketemukan dengan polis Syariah Acheh yang melaksanakan hukum ini. Akhirnya dengan usaha Willy pemandu kami hasrat ku kesampaian juga. Aku telah di pertemukan dengan abang angkatnya yang merupakan saorang polis Syariah.Dari penjelasan nya nyatalah tidak kelihatan remaja berpeleseran di Banda Acheh ini dan tidak juga ada night life.Yang kami dapat lihat adalah ujudnya WARKOP2 yang dipenuhi olih remaja dan orang2 muda lelaki bermotor yang duduk2 dan minum kopi serta merokok di tempat2 ini. Sekitar Banda Acheh juga terdapat pantai2 yang sungguh indah dan nyaman.

Tempat2 bekas bencana Tsunami juga terdapat di sekitar Banda Acheh yang telah di menafaatkan untuk pelancung2.Acheh punya banyak peluang untuk menggubal aktibiti2 parawisatanya dengan menggunakan pengalaman mereka mengalami Tsunami dengan mengadakan aktibiti2 penceritaan dan mengambil iktibar dari kejadian itu, serta aktibiti2 yang dapat memberi peluang mentaddabur Surah2 dari ALQURAN yang banyak menceritakan kuasa ALLAH dan kejadian2 alam serta hari kiamat yang bakal terjadi.Aktibiti2 ini juga bolih di menafaatkan olih mana2 Ustadz yang berminat untuk membawa jemaah mereka untuk kembara ilmu ke Acheh agar lawatan ke sini dapat di menafaatkan sebaiknya dan tidak semata2 melancung sahaja.

Begitulah coretan ku dan aku akan cuba menceritakan pengalaman ini kepada teman2 ku yang belum lagi ke Acheh agar mereka juga mengambil peluang untuk ke sana dan balik dengan satu kepuasan dari segi tindakan memuhasabah diri kita sebagai umat Islam dan saorang yang beriman dan bertaqwa. InsyaALLAH.

No comments:

Post a Comment