Sunday, March 15, 2015

Jangan sangka semua Operation Cataract itu simple.....

Teman-teman ku, sudah lama kita tidak bertemu melalui blog ini. Ini disebabkan aku telah menjalani operation mata untuk membuang selaput (Cataract) yang lazimnya adalah satu operation yang simple dan tidak mempunyai banyak risiko. Ramai dikalangan teman-teman yang seusia dengan ku telah pun menjalani operation ini, dan sembuh dengan cepat. Ada diantaranya dalam masa 24 jam sudah dapat melihat dengan jelas dan terang tanpa menggunakan cermin mata.

Pada hari Jumaat, 6 March yang lalu, aku dengan confident telah menjalani operation ini di hospital Gleneagles Ampang, yang dikendalikan oleh seorang Doktor yang terkenal dan mempunyai bertahun-tahun pengalaman. Aku masuk ke Day Ward sahaja, setelah operation itu. Namun apabila kembali ke rumah pada malam itu, kira-kira jam 9 malam, aku mengalami sakit kepala yang extreme. Kira-kira jam 11 malam, anak-anak telah membawa ku ke Emergency ward hospital berkenaan, dan Dr Chong telah tiba untuk memeriksa mataku. Rupa-rupanya aku mengalami allergy yang teruk terhadap steroid yang telah digunakan semasa pembedahan. Pressure pada mataku naik lebih daripada 50 (biasanya pressure mata adalah dibawah 20). Doktor dengan segera memberhentikan semua ubat-ubat yang telah dibekalkan dan menggantikannya dengan ubat-ubat lain dengan dose yang lebih rendah. Malam itu sekembalinya ke rumah, aku masih tidak boleh tidur hingga jam 4 pagi. Esoknya, aku ke hospital lagi, dan Doktor mengukur sekali lagi presure di mata ku, yang didapati masih agak tinggi. Semasa itu, penglihatan ku memang kabur.

Pada keesokkan harinya, iaitu hari Ahad, Dr Chong telah membuka kliniknya khas untuk memeriksa ku, dan mendapati pressure di mataku masih tinggi dan penglihatan ku juga kabur. Beliau cuba menenangkan aku dengan berbagai-bagai penjelasan teknikal.

Pada hari Isnin, sekali lagi aku diminta untuk datang ke hospital untuk diperiksa lagi olehnya. Sebelum datang, aku telah menelefon seorang anak angkat ku, Ryan Chi Fung, seorang optometrist dan juga merupakan teman Dr Chong, mengadu tentang keadaan ku, dan bertanya mengapa setelah 3 hari penglihatan ku masih kabur. Setelah ku desak Ryan menyatakan bahawa ada satu prosedur yang boleh dilakukan untu membersihkan mata ku dan melihat apakah penyebab kekaburan itu masih berlaku.

Semasa aku berjumpa Dr Chong pada pagi hari Isnin itu, aku pun bertanya tentang prosedur ini sebagai langkah untuk mengatasi kekaburan yang dialami. Setelah berkali-kali aku meminta penjelasan dan mendesak, Dr Chong bersetuju untuk melakukan prosedur tersebut yang memerluakn aku untuk memasuki operation theatre sekali lagi.

Prosedur itu telah diajalankan pada hari Rabu, 11 March. Kali ini Doktor perlu membuka semula 'opening' dalam mataku yang telah digunakan untuk memasukkan artificial lense semasa operation dahulu. Walaupun diberi ubat pelali yang dititik masuk kedalam mataku, aku mengalami kesakitan dan keperitan yang tersangat disebabkan mataku masih sensitif akibat operation yang telah dilakukan terdahulu. Doktor melakukan 'flushing' untuk menyahkan residue yang melekat hingga ke belakang Cornea mata ku. Sekali lagi selepas prosedure dijalankan, aku masuk ke day ward hospital berkenaan, dan malam itu pulang ke rumah. Pada hari Jumaat sekali lagi aku ke hospital berjumpa Dr Chong, dan syukur alhamdulillah pressure di mataku sudah kurang dari 20 (15) dan penglihatan ku telah bertambah baik sediki demi sedikit. Pada keseluruhannya doktor telah menyatakan bahawa apa yang berlaku adalah disebabkan bentk Cornea ku, agak luar biasa daripada pesakit-pesakit yang pernah dirawatinya, quote "It is a very chalenging cornea". Disamping itu, doktor juga menyatakan bahawa optic nerve yang membawa oxigen kepada mata ku bentuknya juga tidak seperti biasa. Dari itu beliau merujukkan pula kes ku ini kepada temannya, Dr Lim, seorang pakar dalam bidang ini. Pada hari Khamis itu juga aku telah berjumpa pula dengan Dr Lim, dan telah diarah membuat pemeriksaan darah dan CT scan untuk mata. Dr Lim pula mengatakan, quote "Its very puzzling, i.e the optic nerve is either you were born with that shape or there was a stroke in the eye created by the inability of blood to circulate due to various reasons."
       
Apakah pengalaman yang ku lalui berhari-hari menunggu agar penglihatan ku menjadi jelas dan terang kembali, setelah membelanjakan lebih daripada RM 12,000, walaupun dibiaya sebahagian besarnya oleh Prudential Insurrance???
Jawapannya:
  1. Sungguh membawa tekanan yang berat kepada ku kerana operation cataract sangat simple dan 99% pesakit dapat melihat dalam masa 24 jam dan aku perlu berkali-kali memaklumkan kepada semua teman ini tentang masalah yang kuhadapi yang sukar bagi mereka untuk menerimanya. 
  2. Aku perlu mempraktikkan kesabaran yang sungguh tinggi untuk menanti agar mata kanan ku ini terang dan jelas penglihatannya. 
  3. Dalam masa hampir-hampir sepuluh hari ini, aku perlu berulangkali ke hospital yang membawa kesan dan tekanan kepada tenaga fizikal ku. 
  4. Aku rindu untuk membaca Al-Quran yang dalam keadaan biasa akan ku baca setiap hari 4 muka. 
  5. Aku perlu mendidik hatiku untuk mengatakan bahawa ujian Allah SWT ini memberi kesempatan bagiku untuk duduk di rumah dan berehat kerana lazimnya aku akan ligat menjalankan berbagai-bagai aktiviti dari pagi hingga ke lewat petang. 
  6. Aku juga perlu mengurangkan menonton televisyen dan mengalihkan mindaku untuk sesi-sesi muhasabah diri dan munajat kepada Allah pada malam hari, tanpa melekat di kerusi untuk melihat berbagai-bagai drama televisyen yang melekakan. 
  7. Aku sedar bahawa teman-teman seusia dengan ku adalah orang-orang yang paling supportive berbanding keluarga terdekat disebabkan oleh faktor umur dan jiwa orang-orang lanjut usia yang sangat sensitif. 
  8. Seelok-eloknya janganlah terlalu bercerita tentang sakit dan juga jika hendak melakukan operasi yang simple , tidak perlu kita hebah-hebahkan kepada ramai teman-teman, kerana ramai juga diantara mereka yang memberikan berbagai-bagai nasihat yang conflicting dengan nasihat doktor, dan boleh membawa tekanan kepada diriku. 
  9. Walaupun tidak dapat membaca Al-Quran, aku melipat gandakan zikir, selawat, dan doa-doa khusu untuk diamalkan semasa sakit, terutama sekali berkenaan dengan mata, yang diberi oleh ahli-ahli keluarga terdekat . 

Teman-teman doakan aku agar mata kanan ku dapat sembuh dengan lebih cepat lagi kerana banyak lagi amal ibadah dan kerja-kerja dakwah yang perlu ku lakukan untuk para remaja, kanak-kanak, warga emas, dan juga orang kurang upaya cacat penglihatan.


(Penceritaan ini di dictate kan oleh ku kepada Affifuddin Ramli untuk dituliskan pada hari ini)