Saturday, September 5, 2015

Memahami proses penuaan

Kali ini aku akan bercerita tentang apa yang sedang berlaku pada diri ku menjelang mencapai umur 70 tahun dalam masa 2 tahun lagi.
Ketika menulis artikel ini aku berusia 68 tahun .Sejak beberapa waktu kebelakangan ini aku sering berasa letih di waktu pagi dan walaupun aku menelan pill Q ten 2 biji dan kadang2 1 pill Phamaton namun aku terus berasa letih.Aku sering merasa hairan mengapa ini berlaku pada diri ku. Aku pernah diberitahu olih saorang kakak yang telah berusia 70 tahun lebih bahawa wargemas dalam usia 70an keatas sentiasa akan dilanda rasa letih walaupun tidak melakukan apa2 kerja.

Semasa mendengar penjelasan kakak ini aku tidak ambil pusing pun dan menganggap banyak masa lagi baru aku akan menghadapi ketika dan masa saperti yang di katakan nya itu. Namun dengan kuasa ALLAH swt sedar tak sedar aku telah pun di ujinya dengan ujian ini.
Pda mulanya aku nekad mengambil kedua2 pill itu sekali dalam satu hari.Walau pun demikian aku tetap merasa letih. Aku pun mula mencari2 sebab musabab mengapa ini terjadi. Aku agak mungkin kerana aku sudah serajin melakukan senaman di Gym atau di mana2 yang dulu aku sering pergi . Kalau 5 tahun dulu aku menjadi ahli Fitness First dan sering melakukan senaman berjalan kaki. Sejak mengidap sakit lutut yang teruk Dokter telah menasihati aku agar tidak lagi menggunakan trademill dan tidak melakukan senaman high impact.Sejak itulah aku tidak lagi pergi ke gym dn berhenti terus dari menjadi ahli Fitness First Gym dan tidak lagi melakukan apa2 aktibiti sukan atau senaman. Yang hanya ku lakukan ialah melakukan sesi2 fisioteraphy di sabuah klinik swasta.

Dari segi emosi juga aku sedang menghadapi banyak sekali perubahan.Aku senang sekali mengeluarkan air mata dan kadang2 merasa  sebak hanya tatkal mendengar lagu2 nostalgia, menonton drama yang menggambarkan kasih sayang dalam keluarga dan apabila berjumpa teman2 lama. Kadang2 agak memilu dan memalukan apabila muka ku di penuhi lelehan airmata.Kalau aku berada dengan anak menantu dan cucu juga aku sering merasa sedih hanya kerana mereka sentiasa sibuk dengan i pad dan talipon canggih mereka dan kurang sangat bercakap dengan ku.Kalau aku melihat wajah mereka yang tidak ceria juga aku terkesan dan sering tertanya2 pada diri ku apa salah aku dan mengapa mereka tidak mahu bercakap dengan ku. Kadang2 cucu ku Noah yang hanya berusia 2 tahun itu pun yang pandai menggunakan i pad ibunya tidak mahu mendekati ku aku mula terasa sedih kerana Noah tidak suka di peluk dan di cium saperti kanak2 dulu2.

Ada satu frasa yang sering aku gunakan untuk menggambarkan tahap emosi upheavel ku terutama sekali pada waktu senja diantara waktu Asar dan Magrib -- SUNYI SEPI DAN SEDIH.
Aku sering berbincang dengan teman2 seusia dan ramai diantara mereka yang juga menggalami situasi yang sama. Hanya mereka masih ada suami dan anak2 disekeliling mereka dan aku hanya kesepian sendiri.....

Banyak lagi perkara2 yang sedang berlaku dalam hidup ku dari segi physical deterioration. Dan akan ku sambung luahan hati ku ini dalam episod kedua artikel ini insya ALLAH .....