Friday, October 30, 2015

MEMAHAMI PROSES PENUAAN BAHAGIAN 2

Di antara perkara2 yang sedang berlaku pada diri ku ini menjelang memasuki era 70an dalam masa 2 tahun lagi ialah aku sering di landa kurang pendengaran. Kadang2 bercakap dengan Bibik ku menjadi agak stressful kerana aku perlu bercakap kuat dan bila dia bercakap pula dia ku dengar saperti berbisik saja. Maka timbul lah ketegangan di antara kami.Mungkin sudah sampai masanya aku perlu pergi membuat pemereksaan pendengaran di hospital.

Mengenai gigi pula kedua dua gigi garham ku sudah tidak ada maka keadaan ini menyukarkan aku untuk mengunyah makanan terutama sayur2an yang sangat penting dimakan ketika ini. Bayangkan kalau sampai aku perlu blend timun dan sayur2 untuk melengkapkan diet ku !!!
Akibat itu aku sering di landa indigesion sebab makanan yang ku makan itu tidak hancur dan hadham.Bila indigesion sudah melanda maka perut ku pun penuh dengan angin dan belakang ku jadi sakit dan menyukarkan aku untuk berdiri tegak terutama bila sudah duduk lama.Aku cuba minum air halia dan ubat2 yang bolih membuang angin namun kadang2 keadaan ini melanda sahingga 2 atau 3 hari. Ia adalah satu keadaan yang sangat tidak selesa terutama bagi orang yang sangat aktif saperti aku.

Bercakap pasal perubahan fizikal ini pasti aku akan bercakap tentang penglihatan mata pula. Aku telah menjalani pembedahan katarak pada awal tahun dahulu dan ketika itu pun aku telah mengalami satu situasi yang sungguh mencabar dan kesihatan mata ku terganggu berbulan2 akibat dari alah ubat yang di guna olih Dr Chong opthemologist yang merawat ku. Ketika ini mata kanan ku bolih melihat jauh dengan baik tapi mata kiri ku tidak. Maka penglihatan ku terganggu akibat keadaan kedua2 mata ku yang berbeda. Bayangkan betapa sedih nya aku bila membaca ALQURAN dan buku2 yang sangat ku minati kerana keadaan ini.Walau pun begitu aku REDA atas ketentuan NYA dan aku meneruskan juga hobi ku membaca. Hanya yang belum aku lakukan ialah meneruskan program membaca di MAB untuk teman2 ku OKU Cacat penglihatan, satu hobi yang sangat ku gemari.Insya ALLAH aku akan meneruskan aktibiti ini dalam sedikita masa lagi.

Keadaan kulit juga berubah menjelang tua. Kulit kita jadi kering dan sering gatal2. Penggunaan lotion sangat di galakkan dan aku menggunakan nya dari semasa kesemasa.Kadang2 bila kulit terlalu gatal aku menjadi agak stress dan ada kalanya aku menggunakan alat penggaru yang agak tajam dan ini mengakibatkan luka2 di tempat2 yang terlalu gatal itu.

Mengenai rambut pula uban memang banyak dan kalau dulu2 aku sering ke salon untuk menginai rambut sekarang aku kurang kan kerana kos nya terlalu tinggi lagi pun aku bukan buka aurat di khalayak ramai hanya dirumah di temani Bibik ku dan Fikri anak bongsu ku yang masih bujang itu. Aku sedang memikirkan untuk menggunakan inai itu sendiri untuk menjimatkan kos dan wang yang ku jimat itu bolih aku gunakan untuk beramal dan untuk projek saham akhirat ku.

Dari segi amalan makan dan pemakanan pula aku sedar aku sekarang cepat kenyang dan makan bila perlu saja.Ada juga kalanya aku kurang nafsu makan namun berat badan ku tidak juga kurang2 . Ini mungkin kerana aku kurang melakukan senaman saperti dulu2 akibat sakit lutut ku yang serious ini.

Walaupun banyak perubahan yang sedang ku alami Syukurlah aku masih dapat tidur dengan lena dan masih bermimpi yang indah2. Mimpi ku masih menyeronokan dan sentiasa ceria dan di kelilingi olih orang2 muda. Di antara mimpi2 ku itu pasti berlaku di tempat2 yang seronok, sama ada sedang berkursus , sedang ramai2 di lokasi2 kem2 yang pernah ku kendalikan dan di tempat2 yang exciting. Dan aku selalu memainkan peranan utama dan sering memberi ceramah dan motivasi kepada kumpulan2 sasar tertentu.Ini membuat aku sering tertunggu2 untuk tidur dan bermimpi.Satu hari nanti aku akan tulis pula bermacam2 mimpi2 yang exciting yang pernah ku alami sepanjang hidup ku untuk tatapan pembaca blog ku ini.

Kesimpulan nya aku menyedari apa yang sedang berlaku pada diri ku ini dan sering siap siaga untuk menghadapi apa jua situasi yang mendatang. Insya Allah aku akan teruskan kehidupan ini dan yang penting nya aku REDA dengan takdir dan ketentuan ILAHI dan sentiasa bergantung pada NYA untuk mendapat kekuatan untuk meneruskan sisa2 hidup ku ini.........