Thursday, April 16, 2015

GEMBIRANYA HATI BILA DI INGATI..........

GEMBIRANYA HATI BILA DI INGATI.........

Pada minggu yang lalu semasa aku dan Zainun pergi ke Universiti Islam Malaysia sabuah RESEARCH UNIVERSITY di Cyberjaya dan semasa kami makan tengah hari bersama2 beberapa orang Professor tiba2 datang saorang pemuda yang duduk dimeja kami. Satelah sekian lama aku dapat rasakan yang dia sentiasa memerhatikan ku. Akhirnya dia menegur ku dan bertanya samaada aku pernah menganjurkan satu kem motivasi pada akhir tahun 80an atau awal tahun 90an bertempat di Kuala Kubu Bahru Selangor. Katanya kem itu adalah anjuran Majlis Kanak Kanak Malaysia.

Secara spontan aku menjawap memang ada dan ia diadakan khas untuk Tokoh2 Kanak2 yang mempunyai potensi  untuk maju dalam pendidikan dan kehidupan.Aku masih ingat lagi semasa melaksanakan Kem itu bersama2 Roslina teman akrab ku yang sering membantu dalam program2 saperti ini.Semua peserta ketika itu sungguh bijak dan pandai dan datang dari seluruh negara.
Mereka dipilih khas olih Majlis Kanak Kanak Malaysia untuk mengikuti perkhemahan itu.
Berbagai2 aktibiti di adakan termasuklah aktibiti yang sangat mencabar iaitu kembara dengan tugasan2 yang sukar.Semua peserta telah berjaya mengikuti segala latihan dalam kumpulan dan rata2 mereka sangat teruja melaksanakan segala tugasan secara berkumpulan.

Aku tersentak dan terus mengajukan beberapa soalan kepada Pemuda ini. Aku terus meneka bahawa dia adalah salah saorang peserta di Kem tersebut. Dia terus senyum dan mengatakan dia masih ingat segala kata2 motivasi ku dan suara ku yang sangat di ingati nya. Rasa sebak di dada apabila aku mendengar kata2nya itu. Bayangkan sudah 25 tahun berlalu namun dia masih mengingati segala pesanan yang ku beri.

Beliau menghulurkan kad nya dan aku merasa sungguh bangga dan bersyukur kehadrat ALLAH swt kerana dari kad namanya itu aku lihat dia berlelulusan BEng(Hons)Queen MaryUniv of London dan Msc (Imperial College London).Sekarang dia bertugas sebagai Timbalan Pendaftar Akademi Kebijaksanaan Sejagat Universiti Islam Malaysia.

Sekarang barulah aku faham betapa bangganya saorang guru bila anak muridnya berjaya dalam hidup dan berkelulusan tinggi.Aku hanya bersamanya selama 3 hari sahaja dan aku merasa sungguh bahagia bila dia mengingati ku.

Dalam usia ku yang di penghujung ini aku hanya berdoa dan berharap agar beribu2 remaja yang telah mengikuti kem2 yang ku anjurkan sejak tahun 70an hingga kini akan menggunakan segala nasihat yang kuberi dalam hidup mereka tidak kiralah sama ada mereka terdiri dari TOKOH KANAK2 atau JUVANA di Sekolah2 integriti di Penjara2 atau di Sekolah2 Tunas Bakti dibawah JKM atau di Sekolah Henry Gurney di bawah KDN.

Semoga ALLAH swt memberikan aku kekuatan dan kesihatan untuk terus berbakti kepada Kanak2 dan Remaja di tanah air ku yang tercinta.AMIN.

Saturday, April 4, 2015

MENGAPA KITA PERLU ADA SUPPORT GROUP.

Salam persahabatan teman2 yang dikasihi sekalian. Sudah lama aku tidak menulis dalam blog ku ini. Umum di kalangan teman2 tahu bahawa aku telah menerima ujian dari NYA dalam bentuk pancaindera yang sangat penting iaitu penglihatan ku khususnya mata kanan ku yang telah di bedah untuk menmbuang katarek yang telah menyeliputi lens dalam mata itu.

Esok genaplah sebulan aku berada dalam kekaburan satelah menjalani pembedahan itu. Namun penglihatan mata kanan ku ini masih kabur dan setaraf dengan mata kiri yang tidak di operate itu. Ini bermaana lens yang di masukkan untuk mengganti lens asli dalam mata kanan ku itu tidak berfungsi saperti yang diharapkan.Lazimnya kebanyakan orang yang menjalani pembedahan katarek akan dapat melihat dengan terang dan jelas dalam beberapa hari saja. Namun tidak dalam kes aku ini.

Dr Choong saorang pakar yang terkenal di Hospital Gleneagle yang melakukan operasi mata ku masih tidak faham kenapa aku dalam keadaan ini. Terkini dia mengesyorkan agar dilakukan MRI untuk melihat kedalam saraf dalam mata ku. Dengan debaran aku telah menjalani prosidiur itu dan hasilnya ALHAMDULILLAH tidak ada apa2 masaalah saraf mata ku. Namun optic nerve ku kata Dr Choong kelihatan bengkak. Mungkin ini adalah hereditery dan aku memang tidak menyedarinya dari dulu disebabkan tidak pernah menjalani apa2 pemereksaan mata secara terperinci dalam hidup ku. Aku memakai cermin mata dari umur 10 tahun.

Akhirnya Dokter telah menasihatkan aku membuat cermin mata. Cermin itu kini sedang diusahakan oleh Ryan dari MALAYAN OPTICAL.

Apakah pengajaran yang telah ku perolehi sejak sebulan menghadapi masalah ini. Setelah lebih sepuluh kali berualng alik ke hospital berjumpa Doktor, dan berbincang dari berbagai-bagai perspektif untuk memahami kenapa, aku masih tidak dapat melihat dengan jelas. Dan setelah berfikir panjang aku terima-Nya ini dengan redha. Walaubagaimanapun ku nyatakan kepada Dr Chong aku akan terus berusaha untuk melaksanakan satu tindakan yang holistik seperti berikut:

  1. Membuat cermin mata untuk membantu khusunya semasa memandu kereta
  2. Menjalani sesi refleksologi dengan pakar dan orang yang ku percayai- Sdr Hasidi (adik angkatku yang menerima latihan di Universiti Beijing, dan berpengalaman melakukan teknik acupressure. Setela berbincang dengan nya, dia mnyimpulkan bahawa terdapat saraf dalam gigi kanan ku yang mungkin obstruct saraf mata akibat daripada tekanan yang teramat sangat yang berlaku semasa aku terpaksa mencabut gigi pada tahun lepas. Usaha ini akan diteruskan kepada satu masa yang belum ditentukan lagi.
  3. Mula mengamalkan makanan tambahan seperti minuman jus carrot, berries, dan suplemen ginko dan goji berry.
  4. Setelah aku kembali boleh memandu kereta, aku akan mula exercise untuk merangsang pengaliran dalam tubuh ku secara menyeluruh termasuk mata.
  5. Terus menerus berdoa dan mengamalkan beberapa surah khas untuk mendapat pandangan yang terang dan jelas.
  6. Cuba sedaya upaya untuk bersikap positif dan sentiasa menyedarkan diri bahawa penyakit yang dialami oleh orang lain adalah lebih teruk lagi.

Selama sebulan aku menjadi seorang yang sangat dependent kepada anak-anak dan teman-teman untuk bergerak seperti untuk urusan di bank, membeli bekalan makanan, dan kemajis ilmu. Sebagai seorang yang terlalu independent, keadaan ini membuat aku merasa tertekan bahkan untuk meluahkan perasaan terhadap keadaan mataku pun, aku merasa anak-anak tidak banyak membantu kerana masing-masing amat sibuk dengan hidup masing-masing. Adakalanya semasa mengahantar aku kehospital secara bergilir-gilir aku sangat terasa apa yang ku luahkan dari segi perasaan tertekan tidak mendapat respond yang diharapkan. Mungkin mereka terlalu sibuk dengan kehidupan orang masa kini. Perkara yang sama tidak pernah berlaku jika aku bercerita pada teman-teman ku yang seusia. Terutama sekali mereka yang hidup bersendirian, tanpa suami dan anak-anak, atau menantu, atau cucu. Aku dapat merasa teman-teman seusia ku sperti ini mempunyai perasaan empathy yang mendalam. Semasa aku terpaksa tinggal dirumah dalam keadaan ku ini, ramai juga teman-teman datang menziarah. Kedatangan merekan sangat membahagia kan aku, dan kami akan bercerita dan bertukar-tukar pandangan tentang nberbagai-bagai perspektif kesiahatan dan kehidupan bersendirian. Ini membuktikan betapa pentingnya kita punya support group terutama sekali di usia lanjut ini. Teman-teman seusia dengan kita amat memahami perasaan dan emosi kita.

Aku juga menyedari teman-teman ini juga lah yang sentiasa untuk membantu dan kita hanya perlu memohon bantuan mereka. Sebenarnya kita yang diusia emas ini perlu belajar untuk menjadi insan yang emotionally independent - satu keperluan yang sukar untuk dilaksanakan. Kita perlu mengajar diri untuk betul-betuk bergantung kepada Allah SWT. Itulah sebabnya aku telah cuba banyak kali untuk bangun di spertiga akhir malam untuk bermunajat kepada Allah dan mengadu kepadanya, dan berdoa agar dikurniakan satu kekuatan yang dapat membantuku untuk tidak merasa sunyi, sepi, sedih dan takut apabila bersendirian terutama sekali menjelang waktu malam.