Thursday, December 31, 2015

Pengajian AKBAR Kitab "Bustanul Ariffin"



Pada hari Ahad 13 December hingga 15 December 2015, aku bersama empat lagi teman-teman, Dato; Halimah, Roslinah, Rohana, dan Anna, telah menghadiri pengajian AKBAR KItab Bustanul Ariffin di Pondok Pesantren Yassin, Banjar Baru, kalimantan Selantan, Indonesia.


Selama tiga (3) hari, mulai jam lapan pagi, kami telah dibimbing oleh Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari membaca dan mentelaah kitab yang bertajuk Bustanul Ariffin yang bermakna Taman Orang-orang yang Ariffin. Kitab ini karangan Imam An' Nawawi yang mengandungi banyak nasihat dan tunjuk ajar yang tidak ternilai harganya terutama bagi mereka yang berusaha mnuju kearah ma'rifat Allah yang sebenar.

Kaedah yang digunakan dalam sesi-sesi ini sangat mudah kerana salah seorang anak murid Syeikh akan membaca setiap muka didalam buku inin dengan teliti sambil Syeikh Fahmi sendiri memperjelaskan setiap nasihat yang tercatit didalam buku ini.

Sebenarnya, buku ini telah diterjemahkan oleh Syeikh Ahmad Fahmi supaya pembaca dapat memahami kandungannya. Pemahamam isi kandungan kitab ini jika betul-betul dihayati dapat menerangi jalan kearah menuju ma'rifatullahi Taala yang sangat memerlukan kepada ilmu pengetahuan, mujahadah, dan kesabaran.

Didalam bab kedua buku ini, terkandung hadis-hadis pilihan yang merupakan asas-asas agama Islam diantaranya:
  • jangan membuat bidaah di dalam agama
  • tinggalkan yang ragu
  • iman dan cinta sesama manusia
  • saling tolong menolong dan nasihat menasihati
  • bagaimana menguasai cinta Allah dan cinta manusia 
  • berbuat baik didalam segala keadaan
  • kelebihan sifat malu
  • taqwa dan perpaduan asa keselamatan di akhir zaman
  • istiqamah di dalam berbuat taat
Terdapat lima bab kesemuanya didalam buku ini termasuklah beberapa hikayat karamah wali-wali dan keistimewaan mereka.

Pada kesulurahannya semasa berada di lokasi ini kami juga berkesempatan melihat suasana yang aman damai di sekitar Pesantren Yassin ini. Kawasannya sungguh lapang dan lengkap dengan infrastruktur yang baik.

























Disebelah malamnya, sebelum pulang ke hotel, kami telah melawat gerai-gerai yang menjual makanan dan kitab-kitab yang telah didirikan khas sempena pengajian AKBAR ini. Semasa makan digerai-gerai itu kami berkesempatan berkenalan dengan orang-orang tempatan juga remaja-remaja yang sedang mngikuti pengajian disini.

Pada 16 December pula kami telah berngkat dari Banjar Masin, ke Balik Papan dan seterusnya ke Samarinda menaiki kereta sewa. Perjalan dari Balik Papan ke Samarinda mengambil masa hampir 3 jam melalui bukit bukau dan kampung-kampung. Kami sempat singgah di sebuah Masjid untuk menunaikan solat Asar. Masjid tersebut diberinama Masjid Cheng Ho. Lewat petang kami sampai di Samarinda dan terus check-in ke hotel.




Sebelah malamnya, kami telah ke Pusat Knvensyen islam di Bandaraya Samarinda sebuah bangunan yang besar dan gah. Pada malam tersebut, semasa acara perasmian di adakan hampir seribu orang tempatan telah hadir. Dimajlis itu, Syeikh Fahmi telah memperkenalkan kitab Ayyuhal Walad ( Wahai Anakku Yang tercinta). KItab karangan Imam Al-Ghazali yang juga telah diterjemahkan oleh Syeikh Fahmi kedalam bahasa yang lebih senang untuk difahami

keesokkan harinya, bermulalah pengajian tentang kitab ini. Kitab ini mengandungi 25 buah buah nasihat diantaranya:
  • Waktu itu adalah kehidupan 
  • Ikhlaskan niatmu 
  • Hakikat hidup cinta dan amal
  • Tinggi kan cita-cita mu lawanlah nafsu mu, dan buatlah bekalan akhirat
  • carilah guru yang mursyid
  • Hakikat tawakal
  • Hakikat Ikhlas
  • Hakikat riak
Dikedua-dua tempat pengajian ini, kami juga berkesempatan mempelajari 3 hadis Musalsal. Hadis Musalsal ialah hadis yang diriwayatkan dengan cara tertemntu diterima leh murid dari gurunya dan terus bersambung sampai ke penghujung Sanat. Dengan cara ini, akan bertambah keberkahan dalam periwayatan hadis tersebut kerana murid mendapat kaifiyat yang telah diwariskan yang bersambung sampai kepada Rasulullah SAW.  Semua yang mengikuti pengajian itu telah menerima ijazah yang diijazahkan oleh Syeikh Fahmi yang mendatangi setiap ijazah yang di beri kepada semua yang mengikuti pengajian.

Pada keseluruhannya tahun ini, kami berlima bersama-sama lebih dari 200 orang murid Syeikh dari Kedah,Wilayah Persekutuan, Selangor, Singapura, dan Thailand telah mengikuti pengajian dengan tekun sekali. Tempat pengajian juga sangat selesa, bahkan di Pesantren Yassin jemaah wanita mengikuti pengajian di tempat yang diasingkan dari tempat jemaah lelaki. Walaubagaimanapun tempat kami dilengkapi dengan projektor skrin. Sepanjang berada di di Banjar Baru, Banjar Masin, Balik Papan, dan Samarinda, kami tidaklah mempunyai waktu yang banyak untuk membeli belah disebakan pengajian yang sangat fokus, kami agak keletihan dan berehat di hotel setiap hari diantara jam 2 - 4 petang kerana pengajian hanya disambung selepas waktu Asar sampai waktu Isya'.













Semoga segala ilmu yang telah diperolehi dalam pengajian ini dapat dimanfaatkan, diamal, dan kemudain disebarkan semula kepada keluarga dan teman-teman, dan semoga Allah SWT memberi kita kesihatan yang berpanjangan supaya kita dapat lagi mengikuti pengajian di bawah pengajian Syeikh Fahmi di tahun-tahun kehadapan. Amin.

Monday, December 7, 2015

PERTANDINGAN PIDATO DI SEKOLAH INTEGRITI PENJARA KAJANG

Sepanjang tahun 2015 ini Persatuan Siswazah Wanita Malaysia (PSWM) telah menjalankan program motivasi berlandaskan nilai nilai Islam dan tema yang dipilih pada tahun ini ialah RASULULLAH SURI TELADAN TERBAIK .
Setiap bulan aku dan teman2 yang merupakan Sahabat PSWM iaitu Rahana dan Roslina dan sekali sekala Haslina telah mengadakan sesi selama 3 hingga 4 jam pada hari Sabtu yang mengupas Sirah Baginda Rasul serta berbagai2 aspek kehidupan Baginda berpandukan sabuah Buku mengenai Baginda karangan Ustadz Roshidi.

Untuk memberi kesan yang lebih mendalam kami sering selang selikan sesi2 tersebut dengan  vedio2 dan CD lagu2 mengenai Baginda Rasul juga selawat2 yang sangat merdu agar remaja2 ini dapat terkesan qalbu mereka untuk mencintai Baginda.
Kami juga selang selikan sesi2 tersebut dengan perbincangan kumpulan dimana perbincangan yang lebih mendalam dapat diadakan.
Pada keseluruhan nya remaja2 ini sangat tekun dan fokus semasa sesi2 ini dijalankan.

Sebagai kemuncak kepada program setahun ini aku telah menganjurkan satu pertandingan PIDATO dengan tajuk saperti di bawah ini:
a)Rasulullah cinta ku pada mu adalah sabuah bentuk kesempurnaan iman

b)Rasulullah akhlak mu menjadi teladan dalam hidup semua insan.

c)Rasulullah inilah pelan tindakan hidup ku agar dapat aku bersama mu di Syurga yang abadi nanti.

d)Rasullullah sebagai umat akhir zaman yang paling kau cinta aku berjanji akan membanggakan mu.

Tajuk2 ini sengaja ku garap agar mereka tidak meniru dari buku2 atau majallah tetapi mesti melahirkan rasa dan nukilan dari hati dan dengan sentuhan qalbu mereka.

13 orang telah mengambil bahagian dan rata2 mereka telah dapat melahirkan rasa hati yang sangat mendalam terhadap Baginda Rasul. Jelas tergambar dari persembahan itu mereka telah dapat menghayati berbagai aspek kehidupan Baginda.

Sepanjang pertandingan itu berlansung aku merasa sebak dan sering mengalirkan airmata mendengar dan melihat persembahan mereka.Tidaklah sia2 segala usaha aku dan rakan2 ku mengadakan sesi2 ini setiap bulan sama2 berbincang tentang manusia agung ini.

Aku telah dapat kerjasama yang padu dari teman2 setia ku Dato Shamsiah Dato Halimah dan Dato Meme yang ku lantik sebagai JURI di pertandingan ini. Mereka juga terkesima melihat dan mendengar peserta2 melantunkan pandangan dan kemerduan Selawat yang di alun olih setiap peserta di akhir persembahan ini di ikuti olih semua yang hadir di majlis tersebut.Sungguh sayu dan syahdu suasana majlis ini.

Majlis ini di selang seli dengan persembahan olih penyanyi jemputan kami iaitu Mohamed Dinie yang ketika ini menjadi ikon dalam program  PSWM Kau Sumber Inspirasi Ku .

Majlis ini diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang2 . Hadiah2 berupa buku2 mengenai Rasullullah dan buku2 agama serta kupon bernilai $200 $150 dan $100 dan $100 utk hadiah khas juri manakala peserta2 telah di hadiahkan dengan kupon bernilai $30. Semua kupon ini bolih digunakan untuk membeli makanan di kantin Penjara dan untuk tempuh setahun.

Begitulah berakhirnya program kami untuk tahun 2015 semoga usaha kecil kami ini mendapat REDA ALLAH dan mendapat ganjaran yang setimpal .Aameen.

Kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan program sepanjang setahun ini termasuk para dermawan dari kalangan teman2 ku dan teman2 PSWM aku mengucapkan setinggi2 terima kasih daun keladi .Panjang umur dan dengan izin NYA kita akan meneruskan program ni pada tahun 2016 nanti untuk membicarakan  pula tentang para Sahabat Rasullullah dan personaliti2 Islam yang bolih dijadikan contoh teladan bagi kita umat Islam diakhir zaman ini .