Friday, April 8, 2016

SEMOGA ALLAH MENGURNIAKAN KESIHATAN YANG BERPANJANGAN KEPADA KU.....AAMEEN

Semoga ALLAH mengurniakan Kesihatan yang berpanjangan kepada ku......Aameen

Hari ini sudah berlalu hampir empat bulan tahun 2016.Sejak bulan Januari tahun ini aku telah terlibat dalam berbagai2 aktibiti yang sangat menyeronokan yang pasti berlandaskan nilai2 Islam dan yang inshaa Allah dapat menguatkan iman dan ketaqwaan ku kepada NYA.

Pada awal bulan Januari aku dengan teman2 telah syukur alhamdulillah mengerjakan umrah bersama Datin Nursiah teman akrab ku .Inilah pengalaman yang sungguh istimewa sejak beberapa kali aku mengerjakan umrah kerana kali ini aku menjadi tetamu ALLAH yang OKU.Setiap kali masuk ke masjid aku menaiki kerusi roda yang di tolak olih saorang teman yang sungguh baik hatinya Dato Meme mantan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.
Aku tawaf di tingkat atas iaitu mataf 1 dan apabila melakukan saie pula aku membawa scooter dan giliran Dato Meme pula duduk!!!
Pengalaman ini sangat menyentuh qalbu ku kerana aku meyedari bahawa aku tidak lagi bolih bertawaf di tingkat bawah dekat dengan KAABAH .Aku juga mengalami kesukaran apabila sentiasa perlu ke tandas terutama sekali waktu suboh dan tandas terletak di luar masjid. Aku stress teramat sangat dibuatnya.Akhir aku pasrah dan ada beberapa ketika aku solat di dewan yang di sediakan di tingkat 8 ZamZam Towers yang telah di iktiraf sebahagian dari masjid dan solat disini berimamkan Imam Masjidilharam.

Pada bulan Mac pula aku telah berkesempatan pergi CHILL OUT dengan saorang insan yang sungguh istimewa Nazrin saorang novelis yang baru saja melancarkan novel pertama nya yang sungguh istimewa. Novel pertama yang SYARIAH COMPLIANCE.
Kami pergi ke satu resort jauh dari KL dan terletak di sabuah COVE iaitu Tanjung Leman Residence kira2 2 jam lebih dari JB.Di sana kami menghabiskan masa berbual bercerita meluahkan perasaan diantara satu dengan lain tentang kehidupan ujian2 ALLAH dan juga tentang berbagai2 situasi kehidupan yang bolih dijadikan bahan untuk novel beliau seterusnya.Petang2 kami akan duduk di pantai dan aku membaca ALQURAN dengan tiupan angin sepoi2 bahasa. Satu pengalaman yang sungguh indah dan mengusik jiwa raga ku melihat kebesaran ALLAH swt.

Pada pertengahan bulan Mac pula aku dan teman baik ku Dato Halimah telah melakukan lawatan menyambung tali silaturohim ke IPOH dan KG SUNGEI BAYU SELAMA PERAK.Di Ipoh aku banyak meluangkan masa dengan kakak ipar ku yang sekarang kesaorangan tinggal dirumah dan sedang menghadapi sakit kencing manis yang agak teruk.Melihat kegigihan nya memberi aku semangat baru untuk berhadapan dengan sakit lutut ku ini.Kami menghabiskan masa berbual2 tentang kehidupan tentang anak2 menantu dan cucu2 dan kami keluar makan tengah hari dan malam bersama2. Aku sering menziarah Kak Zah hanya untuk memberinya peluang meluahkan perasaan nya danbersama2 berkongsi kisah hidup di penghujung2 usia ini.



Dato Halimah dan aku kemudian mengunjung pula saudara ku MAH di Kg Sg Bayur Selama Perak satu Kampung di pendalaman. Di rumah Mah kami duduk2 berbual2 dan menghirup angin kampung dan suasana kejiranan yang masih mantap di rasa kerana ramai jiran Mah yang datang bila mendapat tahu aku datang melawatnya. Tali silaturohim ini di perkuatkan lagi kerana menantu2 dan anak2 dan cucu2 Mah semua datang bertemu dan beramah mesra dengan kami.
Di sini kami sempat melawat tempat perkelahan di pendalaman yang sungguh indah dan masih belum tercemar.
Walau pun aku telah membawa kereta beratus2 batu sampai kesini namun ianya sangat membahagiakan aku apabila melihat wajah2 mereka dan ramah mesra dan gelak ketawa sepanjang kami berada disini. Ini ditambah pula kami dapat melihat itek2 Mah bertelor dan kambing2 nya bersantai diatas kereta .





Pada minggu depan dari 11 hingga 15 April aku dan Dato Halimah sekali lagi akan mengembara kali ini ke Utara tanah air ke JITRA, SG PETANI ,KEPALA BATAS DAN PULAU PINANG.Ini adalah dalam rangka program Kau Sumber Ilham Ku bersama2 DINIE dan RASHIDI.
Perjalanan yang panjang ini pasti memerlukan tenaga dan kesihatan buat kami berempat.Kami akan berusaha menjaga kesihatan kami dan sentiasa berdoa agar ALLAH swt akan memakbulkan DOA kami dan selamat dalam pengembaraan Dakwah kami ini. Kumpulan sasar kali ini terdiri dari remaja lelaki dan perempuan yang sedang menjalani hukuman di Sekolah Tunas Bakti, Sekolah Integriti Penjara , dan Asrama Akhlak.

Semoga ALLAH memberkati usaha2 ikhlas kami ini dan semoga kami di jauhkan dari sifat2 riak dan ujjub.Aameen.