Thursday, January 28, 2016

MENGERJAKAN UMRAH DI HARI TUA.

MENGERJAKAN UMRAH DI HARI TUA.

Pada 4hb Januari 2016 hingga 14hb Jan 2016 aku telah di beri ALLAH swt kesempatan untuk mengerjakan UMRAH buat sekian kalinya. Aku mengikuti rombongan dibawah kelolaan DATIN NURSIAH teman lama ku saorang insan yang sangat prihatin dan baik budinya.
Aku berkongsi bilik dengan teman ku yang juga saorang yang budiman baik hati dan penyabar orangnya iaitu DATO MEME mantan KP JKM. Dia lebih muda dari ku dan bersemangat dan kuat tenaganya.Kami berkongsi bilik di RETAJ SUITE salah sabuah Hotel 5 bintang di ZAM ZAM TOWER berdekatan dengan Masjidi Haram di MEKKAH.


Semasa mengerjakan UMRAH ini aku telah meminta Datin Nursiah untuk membekalkan ku dengan kerusi roda kerana al maklum aku mengidap sakit lutut yg agak teruk dan KLIA 2 memang tidak mesra OKU lansung. Beliau dengan baik hatinya telah membeli sabuah kerusi roda khas untuk kegunaan ku saorang.Sungguh bernasib baik aku tetapi yang kurang bernasib baik ialah Dato Meme roommate ku itu kerana dia terpaksa menolak kerusi ku dari mula himgga ke akhir sama ada di MADINAH atau pun di MEKKAH.



Semasa di MADINAH aku dan Meme berpeluang baik untuk masuk ke RAUDAH menggunakan lane kerusi roda. Kami tidak perlu menunggu begitu lama saperti jemaah lain itu. Walau bagaimana pun kami terpaksa juga bergelud dengan pengguna2 kerusi roda yang lain yang semakin hari semakin ramai pula bilangannya.






Sesampai kami di MEKKAH kali pertama mengerjakan uUMRAH kami menggunakan MATAF di tingkat 2. Meme menolak kerusi roda ku dari Hotel sampailah mengerjakan TAWAF dan SAIE. Letih juga dia kerana orang ramai dan aku pula berat. Kesian Meme. Hanya ALLAH swt saja yang dapat membalas jasa mu.

Kali kedua mengerjakan UMRAH aku di tolak olih Datin Nursiah dan aku saie pula menggunakan motor scooter. Aku bersama2 Meme Rohana dan Maimunah telah menaiki scooter yang ku pandu sambil Teman2 ku membaca Doa. Seronok juga rasanya dan sewanya agak mahal Rial 100. Walaupun scooter itu hanya bolih di dudoki olih 3 orang tapi kami berhimpit2 duduk berempat ,nak jimat duitlah katakan.



Kali ketiga aku mengerjakan UMRAH aku cuba berjalan dengan tongkat ku. Aku pergi TAWAF bersama Datin Maimunah yang baik hati memimpin aku sepanjang bertawaf itu. Kami pergi bertiga dan kami bertawaf di Mataf di Tingkat 1.Untuk Saie aku menggunakan scooter juga dan kami bertiga selesa mengerjakan Saie itu dengan aku membawa scooter itu.


Selesai bertahalul hari itu aku menyuruh 2 orang teman ku itu untuk balik dahulu kerana aku berjalan terlalu lambat akibat sakit lutut ku. Aku bersaorangan lah berjalan perlahan2 hingga sampai ke Hotel.Hari itu teman sebilik ku Dato Meme berehat dari menolak kerusi roda ku. Kesian dia kerana tidak bebas saperti orang lain.

Sepanjang mengerjakan UMRAH kali ini dengan menaiki kerusi roda itu aku merasa terkongkong kerana tidak bebas bergerak terutama sekali apabila hendak ke bilik air yang terletak jauh diluar masjid. Lazimnya bila kami masuk ke Masjid Dato Meme akan bergerak jauh sedikit dari aku untuk mendapat tempat solat yang lebih selesa padanya. Aku sendirian dan jika hendak ke bilik air aku menghadapi kesukaran yang amat sangat kerana tidak dapat meninggalkan kerusi roda ku dan berjalan keluar Masjid untuk ke tandas. Ini adalah salah satu masaalah besar yang kuhadapi selama mengerjakan UMRAH kali ini.Dan ia memberi tekanan pada ku untuk menyimpan wuduk.

Pada keseluruhan nya aku merasa tertekan dan teramat sedih kerana terpaksa bergantung kepada orang untuk bergerak kesana kesini.Aku yang terkenal begitu independent ini telah menjadi saorang yang bergantung kepada orang. Perasaan sedih yang teramat sangat juga adalah kerana aku tidak dapat lansung solat di tingkat bawah berdekatan dengan KAABAH saperti yang lazim dapat ku lakukan jika mengerjakan umrah di masa2 yang lalu.Aku juga menghadapi sakit lutut yang teramat sangat dan tenaga ku juga telah merosot. Keadaan ini perlu aku terima hakikatnya kerana meniti usia tua.Namun aku REDA dengan ketentuannya dan aku bersyukur kerana telah dan masih dapat melakukan TAWAF dan SAIE dan juga sekali TAWAF sunat.




Menyedari tentang keadaan fizikalku itu maka aku telah melipatgandakan solat2 sunnat dan zikir serta bacaan AlQuran semasa berada dalam Masjid.Dengan cara ini aku berharap aku telah dapat compensate tawaf sunnat yang tak mampu aku lakukan sepanjang berada di MEKKAH itu.

Tahun hadapan aku akan genap usia 70 tahun menjelang bulan Mei 2017. Aku berazam dan berdoa kepada NYA agar di kurniakan aku kesihatan dan rezeki untuk mengerjakan UMRAH buat kali terakhir.Semoga azam dan hasrat ku ini di makhbol kan ALLAH swt jua hendaknya. Aameen.