Tuesday, March 1, 2016

MENGURUS SAKIT dan HAPPY HORMONE THERAPHY.

MENGURUS SAKIT dan HAPPY HORMONE THERAPHY

Diantara ahli keluarga ku, teman2 ku dan anak2 angkat ku aku memang telah diketahui saorang pesakit lutut.Aku sekarang telah menggunakan tongkat apabila berjalan di mana2 sahaja dan tidak lagi merasa malu atau kekok menggunakan nya.Ini disebabkan sakit lutut ku semakin hari semakin teruk keadaan nya .

Aku telah berusaha sedaya upaya ku untuk berubat dan telah mencuba berbagai kaedah dari perubatan Barat di hospital2 terkenal, urutan2 olih bermacam tukang urut, rawatan kerohanian , juga rawatan Ayuveda.Dalam sedikit masa lagi aku mahu mencuba pula rawatan Cina iaitu acupuncture yang di syorkan olih teman2 ku dikalangan kumpulan ethnic Cina.

Segala yang ku lakukan ini bukan sahaja mengeluarkan belanja yang banyak tetapi juga usaha yang berterusan.Aku juga telah melalui sessi pysiotheraphy bertahun2 lamanya dan terkini aku sedang menjalani sessi water theraphy di Hospital KL setiap minggu. Dalam sessi ini pesakit2 saperti aku di ajar bersenam dalam kolam air suam dan walaupun agak meletihkan namun khasiatnya sungguh baik sekali.Ramai diantara pesakit2 ini terdiri dari kaum wanita berbilang bangsa dan peringkat umur.
Sessi ini sungguh menyeronokkan kerana ia juga merupakan satu support group bagi kami bertukar2 pandangan mengenai cabaran2 yang kami lalui.

Pagi tadi aku menonton program TANYALAH USTADZ di TV9 dan tajuk nya hari ini ialah MERAJUK DENGAN TUHAN.
Rupanya ada insan2 yang sedang merajuk dengan PENCIPTA nya hanya kerana apa yang di minta tidak di makbolkan olih NYA.
Bukan kah sudah di syarahkan berkali2 apabila kita berdoa memohon sesuatu kalau di makbolkan kita bersyukur dan jika tidak pasti ada hikmah disebalik nya. Bukan kah sudah di syarahkan apa yang kita sangka baik itu mungkin tidak baik bagi kita dan apa yang kita sangka tidak baik itu sabenarnya baik untuk kita. Bukankah hanya ALLAH sahaja yang maha mengetahui dan hanya DIA saja yang tahu apa yang baik untuk kita.

Ustadz hari ini menyatakan kita perlu REDA akan apa saja yang di beri olih ALLAH kepada kita buruk ke baik ke. Kalau kita REDA maka kita perlu teruskan berusaha dan jangan berhenti dari mencari berbagai jalan untuk menghadapi ujian NYA yang datang dalam berbagai bentuk dan pada bila2 masa sahaja. Ini pasti akan menjadikan kita insan yang dinamik sentiasa kreatif dalam mencari usaha yang terbaik dan berterusan. Janganlah kita putus asa dan jangan berhenti berusaha.

Inilah yang sedang ku lakukan dan sekarang aku mengambil pendekatan yang wholistic iaitu menggabungkan berbagai2 kaedah serentak diantaranya:

1) Makan ubat saperti Celebrex dan pain killer Panadol extend jika benar2 perlu dan jika aku perlu bergerak banyak .
2) Minum herba iaitu air kunyit dan susu khas untuk membina tulang dan meredakan radang di lutut ku.
3) Melakukan hydrotheraphy seminggu sekali.
4) Mempraktik Happy hormone theraphy dengan membuat aktibiti2 yang menyeronokkan bersama2 anak2 muda oku Dinie dan Rashidi dan teman
 baik ku Dato Halimah dalam program KAU SUMBER ILHAM KU.Ini adalah satu program di bawah Persatuan ku dan kami pergi memberi motivasi kepada remaja2 yang sedang menjalani hukuman dan pemulihan akhlak di penjara2 dan sekolah2 akhlak di seluruh Malaysia. Semasa melakukan aktibiti2 ini aku dapat melupakan sakit ku disebabkan minda ku fokus kepada remaja2 ini. Kami menyanyi bersama dan melakukan berbagai2 aktibiti.
5) Makan ice cream bersama kawan2 dan anak2 angkat ku dan pasti ini akan trigger happy hormone dalam diri ku.
6) Berzikir dan membaca Al Quran pagi dan malam berterusan tanpa berhenti dan Insya Allah aku mahu khatam sebanyak mungkin dalam setahun.
7) Menulis kisah2 hidup ku dan merancang membukukan segala hasil tulisan ku.
8) Menjadi sukarelawan kepada OKU cacat penglihatan membaca dan juga menjadi self appointed manager dan promoter bagi mereka yang berbakat menyanyi dan bermain musik.

9) Pergi ke kelas2 agama untuk menambah ilmu untuk di amalkan dan di sebarluaskan kepada remaja2 yg menjadi kumpulan sasar program2 ku.
10) Meneruskan projek PESAN UMMI di Youtube yang di adakan khas untuk GEN Y.

Aktibiti 4 hingga 10 itu adalah dalam kategori HAPPY HORMONE THERAPHY kerana apabila aku melakukannya aku lupa akan lutut ku yang sakit ini.

Akhir sekali aku sentiasa BERDOA agar Allah swt mengurniakan ku kesihatan untuk meneruskan segala kerja2 amal ku ini . Aku juga mempraktik kan satu prinsip iaitu TIDAK MENYEBUT PERKATAAN SAKIT. Bila sakit melanda aku hanya berdiam dan cepat2 berdoa kepada NYA.

Inilah yang sedang aku lakukan untuk menghadapi cabaran dan menjalani sisa2 hidup ku ini.Semoga ALLAH memakbulkan segala Doa ku.Aameen.