Tuesday, July 12, 2016

RAYA 2016 YANG ........................

6 Julai yang lalu umat Islam di Malaysia saperti umat2 Islam di seluruh dunia, menyambut HARI RAYA AIDILFITRI. Ramadhan yang mulia melabuh tirai dan sebagai warga emas aku sungguh terkesan dengan pemergian nya. Bagaimana tidak selama hampir tiga minggu dalam bulan yang mulia ini setiap awal pagi kira2 jam 6.30 pagi aku bergegas menuju Masjid Gufran di Taman Tun Dr Ismail untuk menghadiri kelas2 yang khas diadakan olih JK Wanita nya.

Sepanjang malam nya pula aku ke masjid dekat rumah ku untuk menunaikan solat terawih bersama2 jemaah yang sentiasa istiqomah berlumba2 beribadah hanya untuk meraih REDA dan RAHMAT NYA.

Di sapertiga akhir malam pula sabelum sahur aku bangun untuk solat tahajjud, hajat dan taubat membaca alQuran dan bermunajat.
Pendek kata sabulan itu ku isi sapenuh2nya dengan amal dan ibadah.
Aku juga berkesempatan menganjurkan iftar di Sekolah Integriti Penjara Kajang, di Asrama Akhlak Kampung Pandan dan di Taman Seri Puteri Cheras. Di setiap majlis aku berkesempatan membawa da dua orang orang muda yang istimewa DINIE dan KHAIRIL dua orang OKU cacat penglihatan yang sama2 bertazkirah sabelum majlis berbuka di mulakan.

Setiap hari dan malam aku pastikan sentiasa bersedekah walau sedikit tetapi tetap istiqomah . Saperti tahun2 yang lalu aku juga telah melunaskan bayaran zakat ku dan di 10 malam terakhir itu aku menambahkan ibadah2 ku dan syukur alhamdulillah aku dapat khatam al Quran dan dengan ANNA aku dapat ke masjid berqiamulail.
.
 Aku juga telah mengadakan majlis iftar di rumah ku khas untuk keluarga ku dan teman2 oku cacat penglihatan dengan solat terawihnya di imamkan olih USTADZ SHARIF dari MAB saorang OKU Cacat penglihatan juga.

Pada keseluruhannya bolih lah aku katakan inilah Ramadhan yang paling tersusun amalan dan ibadah ku dibanding dengan Ranadhan2 ditahun2 lalu.

Jadi apabila Raya menjelang tiba tidak dapat kugambarkan betapa sedihnya rasa hati ini mengenangkan samaada aku akan berjumpa Ramadhan lagi di tahun hadapan.Kesayuan yang sering melanda jiwa ku pada malam Raya esoknya dan hari2 berikutnya jiga di tambah kepiluan nya kerana cucu2 ku YASMIN FARIS DAN SOFEA beraya di rumah Mak Tok mereka di Alor Setar bersama ibu mereka. Sementara ayah mereka berada di Bk Damansar bersama ku. Inilah kali pertama situasi ini berlaku. Ini semua  telah di tentukan olih NYA dan kami sekeluarga REDA dengan keadaan ini.Setiap hari selepas itu kesedihan kesunyian dan kepiluan dihati ku sering menerpa.Aku hanya mampu berdoa kepada ALLAH swt agar memberi ku kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini.Sementara itu aku mendidek jiwa ku untuk sentiasa menyedari bahawa segala keseronokan kegembiraan kesedihan akan berakhir juga.Masa akan terus berlalu dan yang tinggal hanyalah kenangan manis dan pahit yang perlu di urus agar tidak merosakkan jiwa dan kehidupan.

Di hari2 dimusim Raya ini saperti biasa radio dan TV sebtiasa memutarkan lagu2 Rayadan drama2 yg berkisar dengan cerita2 Hari Raya. Kesedihan ku membuat aku merasa mual bila mendengar lagu2 itu dan aku akan sentiasa menukar channel radio dan TV. Yang pasti akhirnya syukur alhamdulillah aku berjaya juga untuk mengurus kesedihan dan emosi ku dengan memulakan semula bacaan al Quran ku dan diiringi dengan bacaan buku FIZILALIL QURAN yang mengupas dengan terperinci setiap ayat dalam surah2 dalam al Quran.

Aku sentiasa berdoa agar aku akan menemukan ketenangan dalam menghadapi hidup yang masih penuh cabaran ini.AAMEEN.