Thursday, December 29, 2016

KESABARAN Menjalani sisa hidup.....Sejak beberapa tahun kebelakangan ini aku memang terasa sangat betapa menjadi saorang wargaemas dan OKU sangat memerlukan kesabaran  yang maxima.Termaklum apabila usia telah lanjut maka seluruh keadaan fizikal akan mengalami berbagai2 perubahan.Aku mengidap sakit lutut yang sangat kronik, yang memerlukan aku mengguna tongkat dan kalau ke shopping complex utk membeli barang keperluan kadang2 aku berkerusi roda.

dIsamping itu mata ku juga mula kabur walaupun aku telah menjalani pembedahan untuk membuang catarac namun mata sebelah kiri ku ini mempunyai masaalahnya yang tersendiri dan mengikut pakar yang merawat ku pembuangan catarac mata sabelah kiri ini tidak akan menyelesaikan masaalah yang dihadapi.


Aku juga mengidap penyakit darah tinggi dan tahap cholestrol yang memerlukan aku makan ubat setiap hari sejak berbelas2 fahun yang lalu,

Namun semua ini dapat ku hadapi dan Reda akan ketentuan NYA.

Aku bersyukur kerana aku tidaklah mengidap sakit yang teruk saperti ramai wargaemas yang lain.Setiap kali aku terasa sakit yang teramat sangat di lutut ku aku sering mengigatkan diri ku betapa sakit ku ini memberi peluang dan ruang untuk ku SABAR dan dengan mempraktikkan KESABARAN yang tinggi aku berpeluang mengingati dan mensyukuri nikmat SIHAT.


Namun sekali sekala aku terjebak dengan hasutan syaitan dan terus menerus mengeluh kesakitan. Aku mula membenci diri ku kerana aku perlu berjalan dengan  perlahan2 dan sentiasa berhati2 agar kaki ku tidak tersangkut  yang bolih membuat aku jatuh tersungkur.Dikala inilah aku teringat masa muda ku.Aku memang terkenal dengan langkah ku yang panjang dan laju. Aku sering berlari kesana kemari bila melakukan kerja2 di pejabat dan di rumah. Aku jenis manusia yang tidak bolih duduk diam ada saja aktibiti yang ku lakukan samaada bersaorangan atau bersama keluarga dan juga teman2 ku.


Aku menjelajah berbagai2 tempat yang mencabar diantaranya TAMAN NEGARA,MULU CAVES, HUTAN BELUM, KINABATANGAN, dan BAKO NATIONAL PARK. Berbagai gunuNg ku terokai berbagai sungei aku randuk. Sekarang semuanya hanya tinggal kenangan.

Apakah yang harus aku lakukan agar aku tidak terjerat dengan perasaan rendah diri, murung dan sedih sayu dan sepi?
Aku menggunakan daya fikiran yang kreatif untuk memujuk hati ku yang sentiasa dirundung kesedihan ini. Salah satu dari aktibiti yang aku telah memulakan nya sejak beberapa tahun kebelakangan ini ialah menulis dalam BLOG ku ini. Kebanyakan tulisan ku merupakan luahan perasaan ku dari semasa kesemasa.Aku berhajat untuk membukukan semua article yang telah ku nukilkan ini menjadi sabuah buku.Inilah azam tahun baru ku untuk tahun2017 ini. semoga ALLAH swt memberiku Rahmat dan Hidayahnya agar segala nukilan ku ini dapat dibaca dan dihayati olih pembaca2 samaada generasi muda atau wargaemas.Ku pohon DOA dari kalian teman2 ku yang dikasihi kerana ALLAH.