Tuesday, December 26, 2017

Pembedahan TOTAL KNEE REPLACEMENT

Pada 9hb November yang lalu aku telah menjalani satu pembedahan pada lutut kanan ku satelah memberanikan diri dan membuat satu keputusan yang tertangguh bertahun2 lamanya.

Keputusan yang amat besar ini di ambil satelah aku mengalami sakit lutut selama 5 tahun dan berjalan memakai tongkat kesana sini dalam kegairahan melaksanakan berbagai aktibiti Persatuan Siswazah Wanita Malaysia.Kadang2 aku merasa malu juga terhencut2 kesana sini terutama semasa melaksanakan program KAU SUMBER INSPIRASI KU bersama Dinie dan Khai dihadapan beribu2 remaja di seluruh negara, ke sekolah2 , Universiti2 dan Kolej2 dan juga ke institusi2 Akhlak JKM dan ke Penjara2 dimana terletaknya Sekolah2 Integriti utk pesalah2 Remaja.

Selain dari menahan sakit yang teramat sangat aku juga kadang2 di komen secara sinis olih teman2 ku kerana terhencut2 berjalan. Ketika itu aku pekak kan telinga ku dan tidak mengendahkan komen2 mereka. Namun apabila sakit lutut ku semakin hari semakin teruk aku memberanikan diri ku dan mengambil keputusan utk melakukan pembedahan yg besar ini.

Aku nekad dan berbekalkan azam dan tawakkal kepada Allah aku masuk ke Hospital Pantai di Cheras KL dan awal pagi 9hb Nov itu aku telah menjalani operation yang di lakukan oilh Pakar Bedah Dr Suntaralingam saorang Pakar Otopedik yang baik dan penyabar orang nya.
Berkat doa anak2 cucu dan kawan2 dan aku sendiri aku berjaya menjalani operation tersebut yang mengambil masa lebih 3 jam. Aku telah di beri suntukan Epidural dan General Anaestatic olih Pakar Bius Dr Majid saorang Pakar yang juga baik hatidan penyabar dengan kerenah aku.

Salepas di bedah aku dimasukkan ke ICU selama 24 jam dan kemudian dimasukkan ka Wad biasa.Aku telah berada di hospital selama 2 minggu dan hari demi hari keadaan ku beransur2 pulih syukur kepada Allah swt.
Semasa dihospital ramailah teman2 dan sahabat dan kaum kerabat yg datang mengunjung ku memberi nasihat dan motivasi kepada ku dan pada pendapat itu jugalah yang telah menyebabkan aku dapat pulih dengan cepat.
Orang pertama yang bukan keluarga ku yang datang melawat ku ialah Datin Seri Wan Azizah. Aku terkejut dan sangat terkesima bertemu nya. Semasa dia meninggalkan aku aku berkirimsalam kepada teman ku Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengikut DS Wan Azizah akan menjalani operation dalam sedikit masa lagi akibat kemalangan yg menimpanya baru2 ini.

Aku akhirnya di benarkan pulang kerumah satelah jahitan di lutut ku di buka oilh Dr. Episod ini telah ku lalui dengan penuh kesakitan kerana terdapat 33 jahitan yg perlu dibuka olih Dr. Dengan jeritan dan tangisan yg kuat semua jahitan itu telah dapat dibuka .
Akhirnya aku dibenarkan pulang kerumah.
Kini aku masih lagi menjalani sesi fisioterapi dua kali dalam seminggu dan bengkak serta sakit di lutut ku kini beransur pulih.Aku akan terus berusaha untuk menjalani sesi2 fisio ini samaada di hospital dan juga di rumah.Semoga dalam masa sabulan lagi aku akan dapat berjalan tanpa sakit dan bengkak di lutut ku ini akan pulih sepenuhnya INSYA ALLAH.

Wednesday, July 5, 2017

KEMANA PERGI KEMESRAAN ITU.......

Sejak awal tahun ini aku pada zahirnya tidak lagi kesaorangan kerana anak dan cucu2 tiba2 kembali secara fizikal kedalam hidup ku yang kesaorangan ini.Ramailah semula rumah ku di huni 5 orang lagi. Aku tersangatlah gembira apabila mereka mula2 tiba semula dalam hidup ku. Tergambar di minda ku suasana gelak ketawa dan kemesraan berbunga semula dalam hidup ku yang ketika itu sentiasa kesunyian dan kesepian.Aku mengimpikan suasana ceria dan gelak ketawa mewarnai suasana rumah ku dan kehidupan ku.

Sejak bulan April yang lalu saorang lagi insan tampil dalam hidup ku dan aku pun berhijrah ke tingkat bawah rumah ku memberi riang kepada 5 orang insan untuk tinggal dgn agak selesa dan dalam keadaan privacy di tingkat atas rumah kuyg serba sederhana ini.

Hari berganti hari keceriaan yg kudamba tidak kunjung tiba bahkan kehadiran mereka tidak banyak mengubah kesunyian didalam rumah ku. Mereka menumpukan sapenuh masa berinteraksi sesama sendiri di bantu olih gadget2 yg lebih menyeronokan hati mereka daripada berbual dan bermesra dgn ku.

Namun aku tetap berdoa setiap kali solat agar suasana bertukar menjadi lebih ceria dan keakrapan mereka dgn ku akan beransur kembali saperti satu ketika dulu semasa mereka kecil2 dahulu.
Aku sering tertanya2 mengapa ini terjadi???? Adakah ini satu ujian bagi ku kerana dalam program2 bersama remaja yg aku laksanakan sejak bertahun2 lamanya aku sering menekan kan peri pentingnya menjalin kemesraan dalan keluarga dan diantara ahli2 keluarga,
Sahlah pendapat yg mengatakan lebih senang mendidik orang luar yg tidak punya pertalian darah dari ahli keluarga sendiri.Segala nilai yg sering aku tekan semasa sesi2 dgn pelajar2 sekolah dan remaja nampaknya tidak dapat ku terapkan kpd ahli keluarga ku sendiri.Aku REDA dgn ujian ALLAH swt ini dan aku sedar mungkin strategi yg aku guna perlu diubah dan lebih kreatif.
Aku sering bertanya kpd kawan2 ku dan ramai juga yg menghadapi situasi yg sama.Adakah kemungkinan jurang umur yg begitu besar membuatkan sgt sukar utk berbicara, Namun apabila aku berbicara dgn mereka yg bukan ahli keluarga ku aku dapat merasakan kemesraan yg terpancar di wajah2 mereka walau pun pertama kali bersua muka.

Ya ALLAH kurniakan lah kepada ku HIDAYAH mu agar aku dapat menyelami hati dan sanubari mereka dan agar akhirnya dengan ketentuan mu situasi ini akan berubah. Aku impikan suasana ceria mesra dan penuh gelak ketawa di akhir2 usia ku ini.................Aameen.



Sunday, April 30, 2017

____MANUSIA MERANCANG ALLAH JUA YANG MENENTUKAN___

Sejak lebih lima tahun aku mengidap sakit lutut yang semakin hari semakin teruk dan kadan2 rasa tidak dapat di tanggung lagi. Berbagai kaedah rawatan telah ku cuba dari western medicine ke ubat2 dan rawatan traditional. Terakhir aku telah menghadiri rawatan di PAIN CLINIC di HKL di mana ia merupakan a multidicipline approach to pain management. Di sini terdapat Medical officer, Pakar dan mengaSakit Tulang, socialogist, Pakar makan dan amalan pemakanan, Farmacist, dan ahli physioteraphist.






Semasa aku ke klinik ini aku di temubual panjang lebar dari segi kesihatan , gaya hidup dan aktibiti2 yg aku laksanakan sepanjang hari.Semua pakar2 ini mendengar dengan tekun segala pendekatan yang telah aku lakukan untuk mengurus sakit lutut ku ini . Terkini aku ceritakan kaedah baru ku iaitu HAPPY HORMONE theraphy.

Kalau dulu melalui theraphy ini aku makan chocolate dan ice cream dan ini mampu meningkatkan happy hormone dalam tubuh ku namun kini kaedah ini juga gagal bertahan.

Satu lagi cara yg kulakukan dalam mempraktikkan HAPPY HORMONE theraphy ini ialah berada bersama anak2 angkat ku DINIE KHAI dan SHIDI dalam program KAU SUMBER INSPIRASI KU.
Mereka sentiasa membuat aku ketawa dan ceria dengan lawak jenaka dan cerita2 orang muda yang semakin hari menjadikan aku lebih memahami GEN Y kini.
Kdang2 bila aku mengendalikan program ini aku turut menyanyi bila DINIE n KHAI membuat persembahan walau pun DINIE sering menegur kerana katanya nanyian ku itu pitching nya lari dan sumbang lah.....
Namun aku tetap aku tanpa menghiraukan tegoran nya aku terys menyanyi walau pun tanpa microphone.Aku akan berjalan2 di belakang dewan dan menyanyi bersama2 dgn audience yg rata2 adalah pelajar2 sekolah , Universiti atau Kolej.Suasana riang dan penuh keceriaan ini membuat sakit ku hilang dan i will be on cloud 9.....

Aku sedar kaedah HAPPY HORMONE ini hanyalah sementara saja. Olih itu aku nekad dan pluck up courage dan mengambil keputusan untuk melakukan KNEE REPLACEMENT operation di salah sebuah hospital swasta. Doktor SANTRALINGAM saorang pakar sakit tulang akan melakukan pembedahan itu. Tarikhnya di tetapkan pada 27hn April 2017.Ini merupakan satu keputusan yang berani yang aku ambil satelah bertahun2 menangguhkan nya kerana takut sangat.

Dua hari sebelum tarikh ini aku pun menalipon kerani DR dan alangkah terkejutnya aku kerana Ms Ong memaklumkan yang Dr mungkin menangguhkan pembedahan ku.Esoknya Dr telah menghubungi aku dan menyatakan penangguhan itu itu disebabkan kawasan hospital sedang dalam renovation dan terlalu banyak habuk dimerata2 tempat dan di khuatiri habuk akan meresap masuk ke OT dan memudharatkan pembedahan itu . DR telah berbincang dgn team nya dan semua menasihatkan agar di tangguhkan pembedahan itu. Aku merasa kecewa kerana telah siapsiaga untuk melalui pembedahan 4 jam itu dari segi mental dan fisikal.Namun aku juga tahu adalah hikamah di sebalik penangguhan ini

Situasi ini sahpunya hikmah nya dan telah membuatkan anak ku FAIZ dan bakal isterinya sangat gembira kerana bolih lah aku berada di sisi mereka semasa upacara ijab kabul dan reception mereka yang jayuh pada hari Sabtu 29hb April.
ALLAH MAHA MENGETAHUI DAN MAHA BERKUASA DAN semoga ALLAH mengurniakan aku semangat kental untuk menghadapi pembedahan ini pada awal Ogos nanti.Aameen.