Tuesday, December 26, 2017

Pembedahan TOTAL KNEE REPLACEMENT

Pada 9hb November yang lalu aku telah menjalani satu pembedahan pada lutut kanan ku satelah memberanikan diri dan membuat satu keputusan yang tertangguh bertahun2 lamanya.

Keputusan yang amat besar ini di ambil satelah aku mengalami sakit lutut selama 5 tahun dan berjalan memakai tongkat kesana sini dalam kegairahan melaksanakan berbagai aktibiti Persatuan Siswazah Wanita Malaysia.Kadang2 aku merasa malu juga terhencut2 kesana sini terutama semasa melaksanakan program KAU SUMBER INSPIRASI KU bersama Dinie dan Khai dihadapan beribu2 remaja di seluruh negara, ke sekolah2 , Universiti2 dan Kolej2 dan juga ke institusi2 Akhlak JKM dan ke Penjara2 dimana terletaknya Sekolah2 Integriti utk pesalah2 Remaja.

Selain dari menahan sakit yang teramat sangat aku juga kadang2 di komen secara sinis olih teman2 ku kerana terhencut2 berjalan. Ketika itu aku pekak kan telinga ku dan tidak mengendahkan komen2 mereka. Namun apabila sakit lutut ku semakin hari semakin teruk aku memberanikan diri ku dan mengambil keputusan utk melakukan pembedahan yg besar ini.

Aku nekad dan berbekalkan azam dan tawakkal kepada Allah aku masuk ke Hospital Pantai di Cheras KL dan awal pagi 9hb Nov itu aku telah menjalani operation yang di lakukan oilh Pakar Bedah Dr Suntaralingam saorang Pakar Otopedik yang baik dan penyabar orang nya.
Berkat doa anak2 cucu dan kawan2 dan aku sendiri aku berjaya menjalani operation tersebut yang mengambil masa lebih 3 jam. Aku telah di beri suntukan Epidural dan General Anaestatic olih Pakar Bius Dr Majid saorang Pakar yang juga baik hatidan penyabar dengan kerenah aku.

Salepas di bedah aku dimasukkan ke ICU selama 24 jam dan kemudian dimasukkan ka Wad biasa.Aku telah berada di hospital selama 2 minggu dan hari demi hari keadaan ku beransur2 pulih syukur kepada Allah swt.
Semasa dihospital ramailah teman2 dan sahabat dan kaum kerabat yg datang mengunjung ku memberi nasihat dan motivasi kepada ku dan pada pendapat itu jugalah yang telah menyebabkan aku dapat pulih dengan cepat.
Orang pertama yang bukan keluarga ku yang datang melawat ku ialah Datin Seri Wan Azizah. Aku terkejut dan sangat terkesima bertemu nya. Semasa dia meninggalkan aku aku berkirimsalam kepada teman ku Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengikut DS Wan Azizah akan menjalani operation dalam sedikit masa lagi akibat kemalangan yg menimpanya baru2 ini.

Aku akhirnya di benarkan pulang kerumah satelah jahitan di lutut ku di buka oilh Dr. Episod ini telah ku lalui dengan penuh kesakitan kerana terdapat 33 jahitan yg perlu dibuka olih Dr. Dengan jeritan dan tangisan yg kuat semua jahitan itu telah dapat dibuka .
Akhirnya aku dibenarkan pulang kerumah.
Kini aku masih lagi menjalani sesi fisioterapi dua kali dalam seminggu dan bengkak serta sakit di lutut ku kini beransur pulih.Aku akan terus berusaha untuk menjalani sesi2 fisio ini samaada di hospital dan juga di rumah.Semoga dalam masa sabulan lagi aku akan dapat berjalan tanpa sakit dan bengkak di lutut ku ini akan pulih sepenuhnya INSYA ALLAH.