Friday, February 2, 2018

PERPISAHAN YANG DIRANCANG

Sudah hampir 3 bulan aku terpaksa tinggal dirumah dan tidak dapat membawa kereta kerana salepas menjalani pembedahan TOTAL KNEE REPLACEMENT pada 9hb November 2017 Dokter telah menasihati aku supaya tone down segala aktibiti yang memerlukan aku bergerak kesana kemari memandu kereta.
Sejak bulan November itu aku telah memberhentikan semua aktibiti saperti Program Kau Sumber Inspirasi Ku yang melibatkan anak2 angkat ku DINIE dan KHAI.
Tindakan ini memang sudah dibincang dan di fikirkan sejak beberapa bulan sabelum pembedahan ku itu.Aku cuba meminta bantuan teman2 utk menerajui Program ini namun tidak saorang pun yang sudi menyambut seruan ku itu. Jadi sejak itu Dinie dan Khai terpaksa berhenti dari terlibat dalam Program ini.
Akibat dari keadaan itu aku mula merancang suatu program bagi mereka yang lebih terjamin masa depan mereka . Aku sering berdoa kepada Allah swt agar di bukakan pintu rezeki seluas2nya kepada mereka. Setiap kali solat Hajat dan Solat Duha aku tidak pernah terlepas dari mendoakan mereka agar Allah membuka seluas2nya pintu rezeki bagi mereka.
Syukur alhamdulillah kepada Allah swt hasil dari perjumpaan yang tidak di rancang dengan personaliti terkenal FIZO OMAR yang juga saorang ICON kapada bakal2 ushawan muda satu rancangan telah di sediakan untuk membantu Dinie dan Khai menjadi MOTIVATOR dan juga USHAWAN dalam program yang di terajui olih Fizo Omar ini.
Beberapa sessi perbincangan telah diadakan di antara FIZO dan Ceonya TALIB dengan aku untuk merancang satu program yang lebih mantap dan tersusun.

Dalam sesi2 perbincangan ini aku telah melibatkan teman2 ku yang juga merupakan Team KSIK iaitu Dato Halimah, Dato Meme, dan Hamimah. Aku perlu berbuat demikian kerana jika sesuatu berlaku pada ku maka mereka lah yang akan meneruskan sokongan dan bantuan moral kepada Dinie dan Khai.
Akhirnya satu MOU telah di sediakan olih Fizo dan telah di tanda tangani olih Dinie dan Khai dan FOC yg merupakan Syarikat Fizo. Aku dan Talib bertindak sebagai saksi.

Mulai akhir bulan Januari yang lalu bermulalah perjalanan Dinie dan Khai sebagai sebahagian dari kumpulan FOC. Mereka sedang berlatih dan membuat rakaman COVER lagu2 AJL TV3.
Salah satu lagu keramat Dinie JAMPI telah pun siap dan diupload dalam U TUBE dan sedang mendapat views yang banyak sekali.

Maka sekarang tinggallah aku sendirian dan aku sedang memikirkan bagaimana menubuhkan kumpulan KSIK yang baru. Memang sukar untuk mencari pengganti Dinie dan Khai yang telah ku didik untuk bercakap kepada adik2 di Sekolah2 Kolej Universiti di Institusi2 akhlak JKM dan di Sekolah2 Integriti Penjara2. Dengan suara yg gemersik rupa yang tampan dan bakat yang hebat memetik guiter memang mereka sentiasa dapat menarik minat dan perhatian audience setiap kali kami mengadakan program KSIK ini.

Hampir tiga tahun aku bersama mereka dan pastilah i miss them so much. Banyak memori2 indah bersama mereka yang tersimpan dalam lubuk hati ku ini. Sebagai UMMI mereka aku terpaksa memikirkan masa depan mereka yang lebih terjamin dan dapat memberi mereka pendapatan yang lebih banyak daripada elaun yang di beri olih PSWM selama ini.

Kesedihan dan kesunyian ku tidak dapat kugambarkan. Aku cuba tidak menghubungi mereka namun naluri keibuan ku mengalahkan disiplin ku. Aku hanya mampu PM mereka kerana tidak mahu dikata olih FOC aku mengganggu urusan dan tumpuan mereka. Kadang2 aku tidak mahu melihat message2 di wattsapp kumpulan yg telah di ujudkan olih Fizo hanya kerana tidak mahu campur tangan dalam program2 mereka dan akhir nya nanti tidak mahu campur tangan dalam kisah hidup mereka. Biarlah Ibu bapa mereka lebih menonjol memantau perkembangan mereka.

Aku sentiasa berdoa setiap kali solat agar  diberi kekuatan untuk tidak merindui mereka. Semoga ALLAH swt memberi ku kekuatan untuk meneruskan segala aktibiti untuk membantu dan membimbing GEN Y yang tersasar kembali ke jalan yang di Redai Allah swt. Aameen.