Sejak awal tahun ini aku pada zahirnya tidak lagi kesaorangan kerana anak dan cucu2 tiba2 kembali secara fizikal kedalam hidup ku yang kesaorangan ini.Ramailah semula rumah ku di huni 5 orang lagi. Aku tersangatlah gembira apabila mereka mula2 tiba semula dalam hidup ku. Tergambar di minda ku suasana gelak ketawa dan kemesraan berbunga semula dalam hidup ku yang ketika itu sentiasa kesunyian dan kesepian.Aku mengimpikan suasana ceria dan gelak ketawa mewarnai suasana rumah ku dan kehidupan ku.
Sejak bulan April yang lalu saorang lagi insan tampil dalam hidup ku dan aku pun berhijrah ke tingkat bawah rumah ku memberi riang kepada 5 orang insan untuk tinggal dgn agak selesa dan dalam keadaan privacy di tingkat atas rumah kuyg serba sederhana ini.
Hari berganti hari keceriaan yg kudamba tidak kunjung tiba bahkan kehadiran mereka tidak banyak mengubah kesunyian didalam rumah ku. Mereka menumpukan sapenuh masa berinteraksi sesama sendiri di bantu olih gadget2 yg lebih menyeronokan hati mereka daripada berbual dan bermesra dgn ku.
Namun aku tetap berdoa setiap kali solat agar suasana bertukar menjadi lebih ceria dan keakrapan mereka dgn ku akan beransur kembali saperti satu ketika dulu semasa mereka kecil2 dahulu.
Aku sering tertanya2 mengapa ini terjadi???? Adakah ini satu ujian bagi ku kerana dalam program2 bersama remaja yg aku laksanakan sejak bertahun2 lamanya aku sering menekan kan peri pentingnya menjalin kemesraan dalan keluarga dan diantara ahli2 keluarga,
Sahlah pendapat yg mengatakan lebih senang mendidik orang luar yg tidak punya pertalian darah dari ahli keluarga sendiri.Segala nilai yg sering aku tekan semasa sesi2 dgn pelajar2 sekolah dan remaja nampaknya tidak dapat ku terapkan kpd ahli keluarga ku sendiri.Aku REDA dgn ujian ALLAH swt ini dan aku sedar mungkin strategi yg aku guna perlu diubah dan lebih kreatif.
Aku sering bertanya kpd kawan2 ku dan ramai juga yg menghadapi situasi yg sama.Adakah kemungkinan jurang umur yg begitu besar membuatkan sgt sukar utk berbicara, Namun apabila aku berbicara dgn mereka yg bukan ahli keluarga ku aku dapat merasakan kemesraan yg terpancar di wajah2 mereka walau pun pertama kali bersua muka.
Ya ALLAH kurniakan lah kepada ku HIDAYAH mu agar aku dapat menyelami hati dan sanubari mereka dan agar akhirnya dengan ketentuan mu situasi ini akan berubah. Aku impikan suasana ceria mesra dan penuh gelak ketawa di akhir2 usia ku ini.................Aameen.

No comments:
Post a Comment