Saturday, January 15, 2011

orang tua berdepan dengan zaman it dan internet

Hari ini saya nak cakap pasal bagaimana orang2 tua macam saya teruja dan kadang2 terpengaruh dengan dunia internet dan dunia teknologi maklumat ini.

Bukan semua orang2 pencen dan warga emas berasa selesa untuk berhadapan dengan dunia serba canggih ini. Pertama sekali terlalu banyak sekali terma2 dan perkataan yang digunakan untuk berbicara mengenainya.Pendek kata kalau tidak pergi kursus khas macam saya ini pakai hentam sajalah-Apa tidaknya banyak masa di gunakan pergi kelas2 agama yang dirasa sangat perlu ma'alom orang2 macam saya ini kan dikatakan dah dalam mode overdrive dan dah nak masuk lewat malam bukan lagi senja!

Kelas2 agama itu pun terpaksa tebalkan muka sebab ustaz dan ustazah yang mengajar itu kebanyakannya boleh jadi anak2 kami.Kerana terlalu kommited dengan tugas2 dan tanggungjawab yang di pikul maka masa bekerja dulu kami lansung tak berpeluang mengikuti kelas2 agama secara terancang. Sekarang semuanya nak pulon habis2. Ramai dikalangan pesara2 yang boleh dikatakan setiap hari pagi petang dan kadang2 malam pun menghadiri kelas2 agama. Syukurlah semua dah insaf bahawa kita tidak akan hidup selama2nya pasti kita akan pergi jua mengadap NYA.

  Berbalik kepada hal dunia siber ini cucu saya yang lima tahun dan lapan tahun itu pun sangat up to date dengan pengunaan laptop pc dan playstation serta gaget2 yang sejenis dengan nya. Memang malu dibuatnya bila mereka dapat tahu Sitinya (nenek) tidak pandai saperti mereka.

 Jadi terpaksalah saya tebalkan muka sekali lagi dan minta anak2 dan menantu menunjuk dan mengajar saya secara shortcut macam mana nak guna laptop guna email dan cari maklumat dalam internet. Saya masih terhegeh2 lagi dan baru gear satu orang lain dalam keluarga saya dah tak pakai gear pun dah pakai auto pun. Sering kali saya terpaksa tebalkan muka untuk minta berkali2 untuk diajar dan selalu juga kena marah sebab lembab. Sebagai saorang motivator sukarela yang tidak bertauliah saya kuatkan semangat dan tanamkan azam tak apalah kena marah pun asalkan aku dapat belajar. Kadang2 terfikir juga nak ikuti kelas komputer tapi entahlah terlalu banyak pula aktiviti sampai seminggu itu jadual penuh. Untuk catchup saya juga menulis secara conventional tulis tangan dan beri pada kawan saya yang sabar untuk taip dan upload dalam website persatuan kami.

 Zaman orang bercakap mengenai Facebook, Twitter dan sebagainya kita sering membaca ramai wargaemas  yang  bergiat dalam arena social networking melalui alam siber ini. Mungkin mereka merasa muda semula kerana orang tak tahu umor mereka dan tak perlu tahu pun. Jadi berlagaklah mereka dan lama2 pasti dapat menarik minat ramai peminat terutama kalau mereka punya facebook dan pengikut2 atau boleh jadi juga lama2 fan club. Jadi orang2 macam ini leka   dialam baru yang serba canggih ini. Ada juga cerita2 yang didengar mereka berjaya mendapat kawan2 baru dari kalangan orang2 muda yang bolih di buat cucu pun. Tapi itu semua ikut citarasa masing2 lah  siapalah kita nak komen2 sangat.TEPUK DADA TANYA SELERA.Tapi kalau sayalah saya tak guna falsafah hidup berlandaskan TEPUK DADA TANYA SELERA ini tapi saya akan guna dan berpegang kepada pesanan ustaz saya iaitu  TEPUK DADA TANYA IMAN................

1 comment:

  1. Congrats Mak on your second posting.. Mak dah pandai blogging la :) I'm very proud of you mak.. Keep on writing ya...

    ReplyDelete