Tuesday, January 18, 2011

rresponse kpd muqadimah tv9 ustz roslan

asalamualaikum
       Pagi ini tadi saya berpeluang mengikuti ceramah USTAZ ROSLAN dari UM mengenai pentingnya kita menmpekuatkan tali silaturohim terutama dalam keluarga dan dalam masyarakat.Ustaz mengupas dengan sungguh jelas betapa pentingnya kita memantapkan hubongan itu .Diantara perkara yang di sentuh ialah bahawa kita perlu nasihat menasihati di antara satu dengan lain dalam suasana tenang tanpa sikap sinis dan prasangka terhadap satu dengan lain.
         Kadang2 dalam sabuah keluarga besar sering berlaku perselisihan faham dan dalam banyak keadaan ahli2 dalam keluarga tidak mahu campur tangan atau tidak peduli pun apa yang sedang berlaku apabila satu2 perselisihan' Masa saya kecil2 dulu mak saya sering menjadi mediator tidak terlatih tetapi di kurnia olih ALLAH swt kebolihan luarbiasa menjadi penasihat mediator kauselor dan tempat ramai orang prempuan dan lelaki juga mencurahkan perasaan dan meminta bantuan dan nasihat. Mak sungguh popular dan dia juga terkenal sebagai guru mengajar ALQURAN disamping menjadi ketua kaum ibu umno yang gigih dan berpengaruh.

      Saya masa itu masih di peringkat awal remaja dan selalu melihat mak bertindak sebagai penasihat dan menasihati pasangan suami isteri yang berkelahi.Saya kagum dengan kebolihan nya. Satu lagi ialah mak banyak menggunakan ayat2 ALQURAN dan meminta pasangan itu mengamalkan nya.
     Krja2 yang di jalankan nya alhamdulilah dengan izin ALLAH banyak keluarga yang terselamat dari bercerai berai.
 Ketika ini kita banyak mendengar ujudnya profession saperti kaunselor ahli psikologi dan macam2 lagi yang bertindak secara professional dan mengenakan bayaran hanya untok menyelesaikan masaalah dalam keluarga termasuklah khidmat peguam2 yang  mengenakan fees yang tinggi.
 Saya berpendapat sampailah masanya ahli2 dalam sesabuah keluarga mengenalpasti dikalangan mereka siapa bolih dan sanggup memainkan peranan saperti yang di mainkan olih mak saya dulu itu.Dan yang penting apabila masaalah melanda sesabuah keluarga kita cari jalan penyeselaiannya mengikut lunas agama kita yang lengkap dan sempurna itu.Hanya merujuk dan berjumpa kauselor dan ahli2 profesional yang menggunakan teori2 barat sahaja pasti tidak dapat menyelesaikan masaalah terutama sekali bagi orang2 ISLAM.

No comments:

Post a Comment