Saturday, October 15, 2011

Diantara Istana dan lokup

Minggu lalu saya telah berhadapan dengan satu situasi yang luarbiasa yang sebelum ini tidak pernah saya alami.Ia berkenaan dengan bagaimana hendak membuat keputusan yang baik dan apakah nilai2 yang perlu digunakan semasa membuat keputusan tersebut.

Saya dan beberapa rakan yang merupakan aktivis dan advocate kanak2 (kami lantik diri kami sendiri) sedang dalam tugasan mengadakan lawatan ke lokup2 polis penjara2 dan institusi akhlak di seluruh Malaysia termasuklah Sabah dan Serawak. Tugas kami adalah untok menemubual penghuni2 yang dalam kumpulan kanak2 yang berada di tempat2 ini untok mengetahui latarbelakang mereka dan juga proses penangkapan dan proses penghakiman yang telah mereka lalui sebelum memasuki tempat2 ini. Objektif kajian ialah untok memperbaiki situasi ini dan juga mencadangkan kepada Yg Berhormat Mentri apakah altenatif2 yang lebih bsesuai bagi kanak2 ini selain di hukum dan di tempatkan di tempat2 ini.
 Di sepanjang lawatan2 ini saya juga mengambil kesempatan untuk memberi tazkirah kepada mereka2 yang beragama Islam dan sering menasihati mereka agar bertenang dan berfikiran positif dan menganggap mereka di pilih khas olih ALLAH untok di rehatkan dari melakukan kemungkaran di luar sana .Situasi saperti ini sangat berharga bagi saya kerana saya percaya bahawa sedikit dakwah yang saya lakukan ini mungkin dapat menyentuh qalbu mereka dan semoga ALLAH mengurniakan mereka HIDAYAHNYA untok mereka berubah sedikit demi sedikit.
 Tiba2 beberapa hari sebelum saya terbang ke Serawak saya menerima panggilan talipon dari teman saya yang menjemput saya untok hadir di ISTANA NEGARA untok satu majlis yang gilang gemilang yang melibatkan semua Duli2 Yang Maha Mulia Sultan2 dan Mentri2 Besar. Saya di jemput untok diberi penghormatan untok mempersembahkan sesuatu Khazanah berprestij bersama empat orang pakar2 dan orang2 bijak pandai.Saya terpegun dan dalam sekelip mata saya tanpa berfikir panjang terus bersetuju. Saya dibayangkan satu majlis bersejarah dan gilang gemilang dan di antara Raja2 Melayu. Saya terus memikirkan bajuyang sesuai untok dipakai dan terbayang baju cantik dan mahal yang masih tergantung dalam almari dibilik saya.
Teman saya itu sungguh gembira dengan keputusan saya itu. Selesai saya bercakap dengan nya saya pun duduk atas katil saya dan terus berbaring.Tiba2 saya rasa sungguh sedih dan tidak tenteram memikirkan keputusan yang dibuat itu. Saya talipon beberapa rakan yang mengatakan keputusan saya itu ok dan itu adalah satu hari dalam sejarah. Walaupun mereka meyakinkan saya bahawa keputusan saya itu baik tetapi saya masih rasa tidak gembira dan tidak aman. Di saat itu saya terbayang wajah kanak2 dan banduan2 muda di penjara dan di Sekolah tunas bakti dan ayermata saya mula menitis. Disaat itu barulah saya sedar saya telah membuat satu keputusan yang bertentangan dengan jiwa dan naluri saya. Dengan pantas satu menalipon teman saya yang menjemput saya kemajlis itu dan memaalomkan keputusan saya tiu.Teman saya terkejut dengan alasan saya tetapi dia memahami jiwa saya dan menerima keputusan saya tanpa banyak soal lagi.Saya telah memilih LOKUP DAN PENJARA DAN BUKAN ISTANA NEGARA. Saya pasti ALLAH telah memberikan saya HIDAYAHNYA dalam saya membuat keputusan ini. InsyaALLAH.

No comments:

Post a Comment