Thursday, December 12, 2013

RAWATAN LUTUT YANG MEMBUAT KU BERCAKAP SEPANJANG MASA

Pada jam 12 tengah hari tadi aku telah menguatkan semangat untuk menjalani satu rawatan yang terkini dalam mengendalikan sakit lutut yang telah beberapa tahun ku lalui dengan penuh kesabaran dan kadang kadang penuh sangsara.

Sejak hampir empat tahun aku mengidap sakit lutut ini dan berbagai2 cara telah ku cuba saperti makan berbagai2 ubat2 dan supplement serta sesi2 fisioterapi,urut, mengguna unloader dan sebagainya.

Dalam menjalani hidup di akhir2 usia ini aku sering berjumpa teman2 yang mengalami sakit yang sama ,mendengar keluhan mereka dan tidak kurang juga mendengar dengan sabar berbagai2 cadangan dari mereka dari urutan2 khas, gadget2 khas,minuman2 herba,gel2 untuk disapu pada lutut dan tidak ketinggalan knee replacement.

Teman2 dan kenalan2 ini memang cuba membantu ku dengan cara mereka sendiri tetapi kebanyakan  mereka kurang faham bahawa setiap orang mempunyai tulang dan komposisi tulang yang juga berlainan. Cara yang mungkin sesuai pada setengah tidak semestinya sesuai dengan orang lain. Cara dan gaya hidup dan amalan makanan juga berlainan.

Yang paling aku tak dapat terima ialah bila ramai kawan2 senang2 mencadangkan knee replacement pada ku. Aku tau mereka sayang pada ku dan ikhlas memberi cadangan itu. Tapi aku sudah lama nekad TIDAK MAU MENJALANI KNEE REPLACEMENT. Full Stop.

Jadi bila aku dapat tahu dari saorang Dokter yang merawat aku di salah satu Pusat perubatan dan mengesyorkan aku memakai braces pada kedua2 lutut ku yang juga dinamakan UNLOADER, dan atas nasihat saorang teman yg telah pun berjaya merawat lutut nya maka aku pun membeli UNLOADER itu yang berharga hampir RM10000 termasuk setokin khas dan beberapa rawatan khas.

Satelah hampir 9 bulan menggunakan unloader itu Dr ku merujuk aku pada saorang Dr yg tidak mengesyurkan knee replacement yg di anggapnya very intrusive. Aku sangat gembira berjumpa Dr saperti ini dan satelah diberi penjelasan panjang lebar aku pun membuat keputusan untuk menjalani rawatan istimewa ini walaupun kosnya sangat tinggi dan Syarikat insurans ku menolak permohonanku untuk membiayai rawatan ini.

Maka pada hari ini jam 12 tengah hari aku pun menghadirikan diri di clinic swasta ini di Cheras.
Malam sebelumnya aku solat hajat agar semua berjalan lancar. Aku relax dan masuk dengan fikiran yang tenang danpositif. Dr yang akan menjalankan rawatan ini memang punya pesona yang sangat sabar dan tenang dan introverted.

Masa aku masuk aku meminta dia untuk bercerita sambil menjalankan rawatan itu agar aku akan leka dan tidak akan merasa sakit. Malangnya dia tidak pandai bercerita kerana saorang yg pendiam dan introverted. Semasa dia mencucuk jarum yang pertama aku menjerit sekuat2nya dan aku terus bercerita dan bergossip tentang saorang VVIP yg telah dicadangkan dalam internet olih saorang blogger untuk di lantik senator dan lepas itu Mentri sebab dia saorang yg konon berpengaruh sangat di peringkat antarabangsa. Lazimnya kalau gossip ini di dengar olih orang2 Malaysia pasti ada berbagai response disertai dengan gelak tertawa. Tapi kali ini Dr ini tidak sedikit pun berminat , aku agak marah dan bertalu2 bertanya mengapa dia diam saja ,aku cuba lagi kali ini aku bercerita mengenai OBAMA yang di condemn dalam internet kerana bergambar dengan saorang pemimpin wanita dari Eropah dan kelihatan gembira. Ramai yang kritik mereka yg dikata tidak sensitif kepada situasi sedih dan somber pengkebumian Mandella itu.
Namun DR ini tidak juga respond kepada gossip antarabangsa ku itu.

Sementara itu dia terus mengeluarkan liquid yg mengikutnya sebanyak 6 mil yang telah terhasil apabila lutut ku itu inflame yang teruk. Dia terus spray Local anastetic dan lepas itu terus mencucuk beberapa jarum lagi aduh aku terus memegang kuat tangan saorang pembantu Dr itu sekuat2nya sampai keluar peluh pada tapak tangan ku.

Sah lah Dr ini saorang yang POYO dan SKEMA tak pandai bergossip dan terlalu tekun merawat aku. Kalaulah dia pandai bercerita dan sekali sekala berjenaka pasti aku akan lebih selesa dan tidak sakit yang teramat sangat!!!

Mungkin Dr ini letih sebab dia punya banyak klien yang tidak henti2 sepanjang hari. Dia sangat in demand dan nampak agak lesu. Yang menarik perhatian ku juga kebanyakan klien nya adalah wanita dalam peringkat usia ku.Nak tau lepas sesi itu aku duduk diluar dan pembantu DR tu menletak ais pada lutut ku dan aku rasa lega sangat. Tapi bila aku ke bahagian Cashier yang sakit kali ini poket ku pula. Apa bolih buat terpaksalah aku teruskan rawatan yang mahal giler ini . Aku berdoa agar ALLAH memberi hidayah kepada pembuat keputusan di Syarikat Insurance ku agar mereka membayar kos rawatan ini sebab aku telah merujuk kepada Bank Negara Complaints Bureau kes ku ini.

Pada kawan2 doakanlah aku sebab banyak lagi yang aku perlu lakukan dalam melaksanakan program2 amar maaruf nahi mungkar dengan remaja2 di seluruh negara.AMIN.

Sunday, November 24, 2013

HUJUNG MINGGU DI PORT DICKSON

Semalam aku bersama Faiz sekeluarga dan Tetah Dek2 dan Nani telah bercuti sekejap di Port Dickson. Kami sampai tengah hari dan singgah di sabuah hotel lima bintang sebab Besan ku tinggal disitu menemani anaknya yang berseminar di situ.
Hotel ini sungguh gah ,besar dan mewah. Segala kemudahan nya nampak classy. Aku pasti bilik2 disini mestilah mahal sewanya memang orang pencen saperti aku sah tak mampu dan tak sanggup menghabiskan duit tinggal disini.Kami duduk dipantai di bawah pohon rendang sambil melihat kelagat cucu2 ku bermain pasir di pantai.

Aku sudah bertahun2 tidak menjejak kan kaki ke Port Dickson ini.Banyak sungguh pembangunan yang berlaku sampai aku tak kenal lagi banyak tempat2 yang pernah aku tinggal semasa berseminar di Port Dickson dulu.
Yang membezakan aku dulu dan sekarang selain usia yang sudah lanjut ialah aku sekarang tidak bolih dan tidak mampu lagi berlari2 macam dulu . Jangan kan nak berlari nak berjalan pun perlu pakai tongkat. Bayangkanlah betapa sedihnya hati ini mengenangkan nasib badan ini.Aku dan Tetah kakak ku menghabiskan masa di pantai tengah hari itu dengan makan dan terus makan segala bekalan yang kami bawa.

Sebelah petangnya kami pun masuk kehotel SRI MALAYSIA yang sederhana tapi cantik dan bersih . Lokasinya juga sangat bagus kerana dekat dengan pantai. Hotel ini diuruskan olih saorang teman dan aku di beri discount pula. Alhamdulilah aku mengambil 3 bilik Family yang sangat selesa.
Sabelah petang kami turun kepantai dan kali ini cucu2 ku rioh rendah mandi laut dan aku teruja untuk turun ke laut untuk berendam dalam air masin itu. Aku teringatkan pesan saorang Doktor yang mencadangkan jika aku pergi kepantai dia mengesyorkan agar aku berendam hingga ke paras lutut sambil berjalan2 dalam air. Aku gagahkan diri dan dengan menggunakan tongkat aku pun turunlah ke tepi pantai dan terus masuk ke air. Lama juga aku berendam petang itu sambil tongkat ku di pegang olih kakak ku.

Memanglah susah sungguh bagi saorang pesakit lutut untuk berjalan dengan selesa dalam pasir halus di pantai itu. Tapi aku paksa diri ku dan akhirnya berjaya juga aku.Syukurlah.

Pada hari kedua kami di pantai aku nekad mahu mandi dan tanpa mengguna tongkat aku berjaya berjalan kaki ayam hingga aku sampai ke pantai dan gigi air.Aku terus masuk dan mandi bersama2 dengan cucu2 ku.Lama juga aku berada dalam laut itu dan rasa puas jugalah kerana dapat juga aku mandi di laut ini.

Walau pun aku berjaya melunaskan hasrat ku untuk mandi laut hati ini terasa sayu dan sedih sebab memang apabila kita mengalami sakit lutut segala aktibiti yang dulunya senang akan menjadi susah. Apatah lagi bila naik tangga untuk masuk kebilik.Pada malam nya pula lokasi gerai makan yang pada cucu anak dan menantu kelihatan dekat pada ku memang dirasa jauh dan aku tidak mampu untuk berjalan bersama mereka. Aku dan Tetah dan anak2nya memutuskan untuk menaiki kereta untuk mencari tempat makan. Malangnya malam itu terlalu banyak kereta hingga tidak terdapat tempat untuk meletak kereta. Kami terpaksa ke bandar Port Dickson dan makan di McD !

Beginilah nasibnya jika saorang wargaemas pesakit lutut berhasrat untuk kepantai mandi laut. Sedih sungguh. Itulah sebabnya kenapa kita perlu memenafaatkan waktu sihat sebelum waktu kita jatuh sakit. Walaubagaimana pun aku tetap bersyukur kerana aku masih mampu bergerak dan masih dapat merasa deruan angin sepoi2 bahasa di tepi pantai dan melihat betapa cantiknya suasana pantai apabila matahari tenggelam dan malam pun tiba.....Aku bersyukur kepada ALLAH swt kerana kesempatan yang di kurniakan NYA pada ku dan aku bersama2 Faiz sekeluarga dan Tetah dan putri2nya suatu outing bersama orang2 yg sangat ku sayang.



Saturday, November 9, 2013

PROGRAM WE CARE WE SHARE PSWM DENGAN MAHASISWA SISWI UITM FAKULTI MASS COM di SIK PENJARA KAJANG

Semalam telah berlansung satu program sehari di SIK Penjara Kajang anjuran mahasiswa siswi UITM Fakulti Mass Comm Shah Alam.
Program sehari itu dipenuhi dengan sesi ceramah motivasi olih saorang bekas pegawai polis ,yang juga bekas saorang magistrate kanan dan peguam .Beliau sungguh hebat kerana telah dapat memberi satu ceramah yang lengkap dengan pengajaran diselang seli dengan ayat2 suci ALQURAN dan HADITH yang semuanya bertumpu kepada tugas saorang insan yang dicipta ALLAH swt sebagai saorang HAMBA dan juga sebagai KHALIFAH dimuka bumi ini.

Beliau juga menyentuh tentang alam2 yang dilalui olih saorang insan termasuklah alam Roh dan perjajian kita semasa dialam ini dengan ALLAH swt, alam rahim, alam insan didunia satelah dilahirkan ,alam barzah dan alam akhirat.

Sesi ini sungguh bermaana kepada remaja2 yg sedang menjalani hukuman di penjara kerana beliau telah berkali2 menyatakan bahawa mereka merupakan orang2 yang sering dikata bersalah dan sedang dihukum tetapi sebaliknya remaja2 ini telah dipilih untuk bertaubat dan sentiasa di bimbing untuk berada di jalan yang diredai ALLAH kerana sentiasa dipantau dan perlu mengikut disiplin umpamanya untuk solat mengaji Quran dan mengikuti berbagai2 program kearah jalan yang lurus. Ini jelas jika dibanding dengan orang2 di luar penjara yang sebenarnya terpenjara dengan nafsu dan tidak mendapat bantuan dari mana2 pihak pun hanya bergantung pada diri sendiri. Mereka juga sering terbabas akibat cabaran2 hidup yang tidak berpaksi kan iman dan ketakwaan.

Selepas sesi ini remaja ini telah berpeluang pila mendengar kisah penghijrahan saorang rocker terkenal SHAM KAMEKAZE . Beliau menceritakan kisahnya yang di awal usia bertuhan kan musik rock dan guiternya. Kisah hebatnya itu diakhiri dengan detik yang sungguh menyentuh perasaan apabila ALLAH menemukan beliau dengan IMAM SUDIASH dari MEKKAH yang tersohor itu.
Aku yang mendebgar dan menghayati kisah Sham ini pun tersentuh dan mengalirkan air mata semasa sesi ini. Beliau telah mengakhiri sesinya dengan petikan gitarnya membawa lagu AYAT2 CINTA yang tersangat merdu.

Salepas sesi ini berlansung pula sesi TALENTIME yang mempersembahkan bakat2 terpendam dikalangan banduan remaja ini.Wah sungguh berbakat mereka ini.Ada dikir barat ada nasyid ada tarian India ada deklimasi sajak ada sketsa dan nyanyian duet dan juga solo.
Mahasiswa siswi juga tidak ketinggalan membuat persembahan istimewa petikan guiter olih dua orang kakak comel dan dikir barat olih abang2.

Di sabelah petang berlansung pula sukanika yg melibatkan hampir semua remaja ini dimana permainan dilakukan serentak untuk memberi peluang kepada semua untuk mengambil bahagian.

Dr Kiranjit selaku pensyarah dan penyelia projek ini juga dengan inisiatif mahasiswa siswi telah bermurah hati memberi setiap orang hari itu sabuah cup cake dan pada ptg hari semasa penutup acara semua remaja telah diberi angpow RM5 saorang dalam bentuk coupon makan yang bolih digunakan untuk membeli apa2 makanan di kantin penjara.

Satinggi2 TAHNIAH kepada ZARIF selaku Pengarah projek ini dan AJK nya yang telah berkerja bertungkus lumus berminggu2 untuk melaksanakan projek ini. Semoga kedua2 kumpulan mahasiswa siswi dan banduan remaja di SIK mendapat menafaat dari projek ini. INSYAALLAH.

Saturday, November 2, 2013

PERTANDINGAN NASYID PELAJAR2 ISLAM GURNEY TRAINING CENTER MAB

Pada hari Sabtu 26 Nov yang lalu aku telah dijemput untuk merasmikan pertandingan nasyid di dewan MAB Bricfields KL dimana 6 kumpulan yang terdiri dari Remaja OKU cacat penglihatan telah mengambil bahagian.Program ini adalah anjuran Persatuan Pelajar2 Islam yang diketuai olih DINIE selaku Pengerusinya.

Majlis yang meriah dan sungguh bermaana itu telah di hadiri olih ramai OKU cacat penglihatan saudara mara dan teman2 mereka.Aku telah menjemput khas pada hari itu saorang event manager Sdr Yuan yang berpengalaman dalam menganjurkan progaram untuk remaja .
Sepanjang program berlansung aku dapat lihat betapa terujanya beliau menonton setiap persembahan.Betapa tidak setiap kumpulah telah mempersembahkan nanyian lagu2 nasyid dan bertemakan ketuhanan dengan sungguh hebat di mulai dengan selawat zikir dan lakunan serta tazkirah.

Sebelum ini aku belum pernah menghadiri satu pertandingan serupa dgn ini dan ada kalanya peserta2 telah menyanyi dengan penuh penghayatan sehingga aku dan audiens menitiskan air mata.Kata Sdr Yuan peserta telah berjaya meniupkan Roh dalam lagu2 yang disampaikan mereka.

Setinggi2 tahniah kepada Dinie dan AJK nya yang telah berkerja bertungkus lumus berhari2 untuk menjayakan majlis tersebut.
Majlis juga telah dihiburkan olih kumpulan An Nur yang terdiri dari lima orang jejaka oku cacat penglihatan juga yang memang sudah dikenal ramai diketuai olih Dinie sendiri.Kumpulan istimewa ini memang terkenal dgn kemerduan suara dan cara penyampaian yang kreatif dan pernah membuat persembahan dalam TV Alhijrah.

Menyedari kehebatan mereka ini aku bercita2 hendak mempromosikan mereka dimana2 stesyen TV malang nya setakat ini masih belum berjaya menembusi Stesyen2 saperti TV1 TV3 TV 9 dan Astro. Mungkin akhirnya nanti aku akan mengadakan satu inisiatif dengan mahasiswa mahasiswi dari salah satu IPT untuk merakamkan mereka dan upload ke U Tube. Mungkin ini saja caranya aku dapat menghebahkan kehebatan bakat mereka ke khalayak ramai.Aku berdoa agar ALLAH memakbulkan hasrat murni aku ini kerana remaja ini sememangnya bolih dijadikan tauladan kepada remaja Malaysia yang kadang2 lupa dan alpa untuk mensyukuri nikmat penglihatan yang dikurnia ALLAH swt.AMIN

Saturday, October 26, 2013

Mengenal Hati Budi Seorang Warga Emas - ditujukan khas untuk anak-anak muda zaman ini yg serba boleh dan berilmu......

Entah sejak kebelakangan ini aku merasa terpanggil untuk meluangkan banyak masa ku merenung kehidupan seorang warga emas terutama sekali disebabkan aku merasa semakin hari semakin di pinggir oleh keluarga dan masyarakat. Mungkin inilah yang akan terus menerus berlaku di akhir zaman ini.

Sejak kebelakangan ini dari pemerhatianku semakin ramai warga emas terutama sekali wanita yang mengidap berbagai-bagai penyakit terutama sekali sakit tulang seperti sakit lutut. Di masjid-masjid aku lihat fenomena ini bukan saja di negara ini bahkan di Masjidil Haram semasa aku menunaikan umrah tahun ini. Banyak terdapat kerusi diletakkan di ruang-ruang solat dan kalau jemaah datang lewat alamat menghadapi masalah dan solat dalam keadaan sakit dan tidak selesa. Tidak kurang juga jemaah yang membawa sendiri kerusi masing-masing untuk menyenangkan solat tetapi menimbulkan pula masalah semasa hendak tawaf dan sai.

Aku bercita-cita untuk mengadakan satu sesi dan LPPKN atau NCWO yang akan memberi ruang dan peluang bagi orang-orang seperti aku berkongsi pengalaman hidup di usia ini dan menceritakan cara yang kreatif untuk mengelak dari terjerumus ke dalam kancah kemurungan di usia ini. Ini kalau di dalam program ESQ dinamakan SHARING.

Seperti yang kawan-kawan sedia maklum aku dahulu adalah seorang yang super aktif bukan saja dalam tugas rasmi ku tapi dalam NGO dan dalam kehidupan seharian. Bayangkan sekarang aku sudah pum masuk ke zone yang kurang selesa untuk berjalan apatah lagi hendak bergaya hidup aktif. Dulu aku ke gym Fitness First 3 kali seminggu dan beberapa bulan sekali aku akan menganjurkan KEMBARA dan mempelawa teman-teman yang seusia menjelajah ke beberapa tempat seperti naik gunung, masuk ke hutan. Tempat-tempat saperti GUA MULU di MIRI menyusur SUNGAI KINABATANGAN, ke TAMAN NEGARA , ke BELUM dan ke GUA NIAH dan yang terakhir sebelum sakit lutut melanda hidup ku kami masuk ke BAKO NATIONAL PARK di SARAWAK. Bahkan pada satu ketika aku teringin sangat hendak mendaki Gunung Kinabalu tetapi tidak ada rezeki kerana mengalami kecederaan di kaki yang agak teruk dan ia berlaku dua kali di sebelah kaki yang sama. Mulai hari itu aku tidak lagi dapat meneruskan KEMBARA melihat keindahan alam semula jadi ciptaan ALLAH . Semuanya hanyalah merupakan memori indah dalam hidup ku.

Bercerita mengenai kehidupan seorang warga emas seperti aku yang pernah menjadi Ketua Jabatan dan terkenal sangat aktif dan sentiasa punya cara tersendiri untuk membuat warga jabatan seronok dalam pekerjaan, aku terasa benar apabila kini perlu sekali sekala berurusan dengan jabatan-jabatan kerajaan.

Kalau dulu setiausaha atau PA yang membantu sekarang semuanya perlu dibuat sendiri. Dari mencari nombor jabatan-jabatan yang hendak dihubungi kepada merasa bagaimana dilayan oleh penjawat awam yang tidak mesra pelanggan. Sakit rasanya kerana itulah salah satu program yang aku pentingkan semasa jadi Ketua dahulu bahawa klien kita itu perlu dilayan dengan sopan dan mesra. Hakikatnya sekarang keadaan sungguh berbeda. Mereka memang bukan saja tidak mesra kadang-kadang sungguh tidak sopan meninggikan suara dan berlagak.

Dari situ aku beralih pula dengan kehidupan seharian ku. Sebagai warga emas kita perlu tahu dan faham akan keadaan badan dan tahap kesihatan kita bukan saja dari segi fizikal tetapi dari segi emosi dan spiritual.Kita perlu tahu immune system kita semakin hari semakin merosot di samping tahap kesihatan seperti keadaan mata yang kerap menjadi kabur, rupanya tanpa di sedari mengalami cataract dan telinga semakin hari semakin kurang pendengaran di tambah pula badan setiap kali kita bangun pagi akan berasa lenguh yang teramat sangat, memori yang juga tidak sebaik dulu. Kita mula lupa akan perkara-perkara yang baru saja dilakukan tetapi perkara-perkara dan peristiwa-peristiwa bertahun-tahun dulu masih segar dalam ingatan.

Dari segi emosi pula apabila anak-anak sudah meninggalkan kita untuk hidup sendiri dengan famili masing-masing kita mungkin tinggal keseorangan.Kita mula rasa kurang selamat tinggal seorang diri walau pun setengah dari kita masih mampu punya BIBIK untuk jadi teman dan pembantu.Waktu-waktu senja ramai diantara kita merasa sunyi sepi dan sedih dan kalau anak menantu dan cucu tidak datang menjengok dan tidak juga menelefon kita pasti kita akan rasa sayu dan sedih. Perasaan ini akan lebih dirasa oleh wargaemas wanita yang memang tidak digalak untuk sembahyang berjemaah di masjid dan tidak pula punya teman hidup yang mungkin sudah meninggal dunia atau meninggalkan kita untuk mencari kebahgiaan dengan teman hidup baru dan lebih muda.......

Ketika itu apa yang harus kita lakukan. Aku punya cara tersendiri dalam mengharung situasi ini. Berbekal sedikit ilmu agama aku perpegang kepada pendirian HASBUNALLAH WANIKMAL WAKIL NIKMAL MAULA WANIKMANNASIR yang bermakna ALLAH lah sebaik-baik penolong dan sebaik-baik pelindung dan bahawa ALLAH jugalah yang sentisa melimpah dan mencurahkan kasih sayang Nya yang tak pernah putus dan padam dan bahawa CINTA kepada ALLAH itulah yang dapat membahagiakan kita. Kasih manusia akan semakin lama semakin sedikit dan berkurangan. Anak-anak akan terperangkap dalam kesibukan berkerja dan berkeluarga. Suami pula akan lama-lama semakin bosan dengan rupa kita yang sudah tidak cantik saperti dulu dan senang sangat diakhir-akhir ini tergoda dan digoda oleh wanita-wanita muda yang sangat suka bertemankan lelaki tua yang pada mereka sebaya dengan bapa dan ayah mereka. Wanita-wanita ni pada aku merupakam pejuang poligami bersama-sama dengan lelaki yang sangat suka mengikut SUNNAH ini.

Kadang-kadang apabila anak menantu dan cucu datang bertandang dan mereka mengajak kita keluar makan-makan apa yang lazim ku lihat pula ialah apabila turun saja dari kereta mereka sekeluarga akan berjalan dan lansung tidak prihatin kepada warga emas yang turut serta itu yang terkial-kial berjalan perlahan-lahan dibelakang.Apalah salahnya berjalan sama-sama dan bermesra dengan ibu dan bapa ini sambil berjalan menuju lokasi tempat makan itu.

Kalau aku ke pasar raya pula aku lebih suka pergi seorang diri kadang-kadang naik kerusi roda ku. Semasa parking pula walaupun ada parking lot untuk OKU tetapi seperti biasa orang-orang Malaysia kebanyakannya tidak prihatin terhadap OKU dan dengan selesa mereka menggunakan parking lot itu tanpa rasa bersalah walaupun kereta ku terpampang sticker OHU di cermin hadapan dan belakang!!!
Di manakah silapnya aku dan kita yang menjadi ibu dah ayah mendidik anak-anak sehingga kita dapati orang-orang muda yang tidak prihatin dan kadang biadap terhadap warga emas.

Aku berharap Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang diterajui oleh YB Dato Rohani dapatlah menangi isu-isu ini terutama sekali ketika ini kita sedang dalam peringkat AGING dari segi kependudukan.Kita punya MAJLIS WARGAEMAS dan JKM yang bertanggungjawab dan kliennya warga emas. Aku berdoa satu hari nanti pemimpin-pemimpin malaysia akan mengorak langkah untuk menangani isu-isu berkaitan warga emas ini kerana semua orang akan satu hari nanti ditelan masa dan usia juga. Aku ingin mempelopori satu inisiatif untuk membanyakkan seminar forum kelas-kelas diskusi dengan bantuan Ustaz-Ustaz melalui kaca TV dan Media Sosial agar dapat membantu warga emas dalam menghadapi sisa hidup dengan berkualiti dan punya harga diri yang tinggi hingga lahirlah kumpulan warga emas yang dinamakan THE SELF EMPOWERED SENIORS.AMIN.......

Sunday, October 20, 2013

Kesedihan dan Kesepian Seorang Warga Emas.......

Malam ini aku dilanda rasa sedih yang datang secara tiba-tiba. Satelah aku menyedarinya seperti biasa aku mengambil wuduk dan terus saja membaca AL-QURAN yang sentiasa menjadi teman ku setiap hari terutama sekali waktu pagi, senja dan sebelum tidur.

Aku membaca seperti biasa dengan nada suara yang agak kuat namun perasaan sedih itu tetap tidak juga hilang. Entah mengapa mungkin sebab semalam rumah aku di datangi oleh cucu-cucu dan anak menantu yang telah dapat menceriakan suasana di rumah ku dan memceriakan aku.
Semalam kami makan pizza dari Pizza Hut, mereka sangat suka dan lepas itu kami menonton TV. Sungguh seronok dan aku tidur semalam ditemani cucuku Faris dan pada waktu paginya aku bangun untuk solat TAHAJJUD dan hati ku merasakan satu keseronokan yang jarang-jarang ku rasa.

Petang tadi mereka balik dan tinggallah aku bersendirian. Bila malam menjelang pula saperti biasa anak ku yang tinggal bersama ku keluar meninggalkan aku atas sebab dia perlu berjumpa client. Sebelum meninggalkan rumah dia sempat memberi aku faham bahawa dia perlu keluar dan mengingatkan berkali-kali agar aku memahami keadaannya yang sentiasa keluar disebelah malam untuk mengadakan networking dengan bakal clientnya.

Aku terpaksa akur dengan keadaannya dan memujuk diri ku agar tidak sesekali membuat dia rasa bersalah. Aku perlu menghapuskan sama sekali perasaan gundah dan resah dan takut dan sunyi sedih dan sepi yang sering melanda orang2 seperti aku ini.

Sekarang baru aku sedar betapa sukarnya untuk berpegang kepada prinsip self empowerment dan tidak membiarkan diri ku terjebak dalam kesedihan dan rasa resah takut dan gelisah terutama menjelang malam. Aku perlu kuat dan berpegang dan berpaut kepada tali ALLAH . Hanya ALLAH saja yang dapat melindungi aku dan sebaik2 penolong untuk menghapuskan segala perasaan negatif dan perasaan sentiasa hendak bergantung kasih pada anak-anak cucu dan keluarga. Kasih ALLAH sentiasa mengalir dan aku mesti yakin bahawa ALLAH akan mencintai aku dan aku perlu meningkatkan CINTA ku kepada NYA setiap masa dan ketika.

YA ALLAH KURNIAKAN LAH PADA KU KEKUATAN AGAR AKU DAPAT MENGATASI SEGALA PERASAAN SUNYI SEPI DAN SEDIH INI. AMIN.

Friday, September 20, 2013

PERLUNYA KITA PUNYA KEKUATAN DALAMAN

Perlunya kita punya kekuatan dalaman.......

Aku sentiasa berdoa agar ALLAH mengurniakan aku kekuatan untuk hidup bersendirian tanpa bergantung kepada sesiapa melain DIA. ALLAH lah penolong dan pelindung yang paling baik dan sempurna menjalankan tugasnya untuk mengurniakan hambanya apa saja yang kita pohon asalkan mengikut syariat yang dibenarkan.

Dalam konteks ini aku sering teruja untuk tidak merasa sepi sayu dan sunyi terutama diwaktu senja. Entah mengapa akhir-akhir ini aku sering merasa begitu walaupun aku sentiasa peka akan godaan syaitan yang suka melihat hamba ALLAH tergelincir dari landasan yang di benarkan. Aku sering mengelak mendengar lagu-lagu sentimental dan di waktu yang sama aku sering melawan perasaan itu dengan mengambil wuduk dan mambaca AL-QURAN yang sengaja aku baca dengan nada yang kuat.

Malam ini umpamanya ketiga-tiga anak dan buah hati ku berada diluar negara. Yang sulung dan yang bungsu berada di JAKARTA dan yang tengah pula baru saja berlepas ke THAILAND. Maka tinggal lah aku kesaorangan walaupun di temani oleh cucu-cucu ku di rumah mereka di Bukit Jelutong.

Disebabkan keadaan inilah maka aku mengambil keputusan untuk meninggalkan ibu kota dan akan pergi ke IPOH dengan menaiki kereta api laju bersama teman karib ku. Kami akan bertolak pada hari Isnin ini dan aku akan berada di Ipoh untuk beberapa hari menjengok kakak ipar dan saudara mara ku di Ipoh dan Kuala Kangsar. Perjalanan kami ini mungkin mencabar disebabkan kedua-dua kami mengidap sakit lutut yang agak serious. Namun kami nekad akan pergi juga walau bertongkat tak mengapa.

Berbalik kepada perasaan sepi, sayu dan sunyi itu aku nekad tidak akan terjebak dalam hasutan syaitan dan sekuat boleh aku akan melawan perasaan itu. Ini iltizam ku dan pada ku, aku perlu empower diri ku agar sentiasa tenang, bahagia walau bersendirian sambil mensyukuri segala nikmat yang dikurnia NYA pada ku selama ini. InsyaALLAH dengan sentiasa berpaut pada NYA dan sentiasa meraih cinta kasih NYA aku akan dapat dan boleh mengatasi perasaan ini.....Kepada sesiapa yang sudi membaca blog ini doakan aku agar aku berjaya untuk menghadapi situasi ini samaada di waktu senja, tengah malam, waktu pagi atau tengah hari.Aku akan terus berdoa agar ALLAH mengurniakan aku kesihatan, kekuatan dan keberanian untuk hidup bersendirian tanpa rasa SUNYI, SEPI, SAYU dan SEDIH......

Sunday, September 8, 2013

      D  OA SAORANG WARGAEMAS yang hyper active satu ketika dulu........   Sudah agak lama aku tidak menulis dalam blog ku ini entah mengapa rasa tak mahu dan malas pula nak menukilkan apa yang terpendam dihati ini.Tapi hari ini aku merasa lain pula dan mengambil inisiatif untuk melakar perasaan ku yang sejak akhir2 ini sering tercabar olih rasa kesepian dan diselang seli rasa kesunyian.

Betapa tidak hari2 ku di isi dengan kenangan2 manis masa aku masih berkhidmat dulu dan sentiasa sibuk menjalankan tugas di pejabat dalam persatuan2 dan dalam rumahtangga.Masa2 itu telah berlalu dan yang tinggal hanyalah kenangan sahaja.

Aku juga sering teringatkan zaman anak2 ku masih kanak2 dan menjelang remaja. Betapa sibuknya aku ketika itu. Rumah sentiasa bising dengan hilai ketawa mereka yang sangat ku kasihi. Ketika itu akudan mereka adalah segala2nya.Pada hujung2 minggu kami sering ke shopping complex window shopping dan makan2.Indah sungguh saat2 bersama anak2 dan suami tercinta.

Kini semuanya telah berubah anak2 ku telah berumah tangga dan berkerjaya. Suami ku sudah berlalu pergi memburu kebahagiaan katanya.Walaupun aku masih lagi berpesatuan namun tenaga ku sudah mula menurun akibat sakit lutut yg membuat aku sukar berjalan dengan selesa.Aku tidak lagi seaktif dulu walaupun masih menjadi YDP Persatuan siswazah wanita Malaysia.

Hari2 ku ku isi dengan banyak menambah ilmu bekalan untuk ke sana. Banyak lah buku2 agama yg aku telaah disamping tidak putus2 mentelaah ALQURAN yang menjadi teman karib ku. Sebaik saja khatam akun akan mula semula membacanya debgan tajwid yang betul, membaca tafsirnya dan juga mentaddabur isi kandungan nya.Terkadang2 aku terasa sangat sunyi dan sepi dan disaat itu aku sedar MR I DAN MR S sedang sibuk sekali berusaha untuk mengelincirkan aku dari jalan yang lurus itu. Aku melawan serangan mereka dengan lekas2 beristigfar dan jika ini berlaku pada malam hari aku terus berwuduk dan membuka ALQURAN dan membaca dengan nada yang agak kuat.Seketika itu hati ku merasa tenang dan aman sekali . Begitulah hebatnya ALQURAN memang dapat mententeramkan hati yang sepi dan sunyi.

Sejak beberapa bulan ini aku telah mencipta Doa khas yang ku tujukan pada ALLAH subhanahuwataala yang berbunyi:

YA ALLAH tanamkanlah di hati dan sanubari ku perasaan berani untuk hidup tanpa merasa SUNYI SEDIH DAN SEPI kerana aku ada Mu disisi ku dan cukuplah Engkau menjadi PENOLONG DAN SEBAIK2 PELINDUNG KU............AMIN.

Tuesday, February 26, 2013

HARI YANG MENDUKACITAKAN SAORANG PESARA KERAJAAN

Pada satu hari dibulan Febuari 2013 yang lalu aku telah mengalami satu pengalaman yang sungguh mendukacitakan terutama sekali satelah berkhidmat hampir 38 tahun sebagai saorang penjawat awam disektor perkhidmatan awam di Malaysia. Selama tempuh itu aku bertugas dari peringkat pegawai PTD tingkat biasa hingga ke Penolong Setiausaha ke Setiausaha Bahagian Ke Timbalan Ketua Setiausaha sehingga jawatan Ketua Pengarah. Satelah bersara aku dilantik pula sebagai Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan terlibat menemuduga beribu2 pegawai dan kakitangan sektor awam selama lima tahun.

Sebahagian besar tempuh perkhidmatan itu aku terlibat dalam urusan pengambilan tat tertib kenaikan pangkat dan latihan. Bolih lah dirumuskan sebagai satu khidmat berkaitan pembangunan tenaga manusia.Sepanjang bertugas di berbelas2 jabatan dan kementrian aku memang perihatin terhadap layanan yang diberi olih petugas2 sektor awam. Pantang saja aku dapat feedback dari orang awam mengenai layanan buruk atau tidak memuaskan aku akan mengambil tindakan atas mereka2 yang terlibat. Aku memang terkenal saorang yang tidak makan di puji atau di ampu atau suka mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri kepada Ketua2 dan terutama sekali kepada YB Menteri.

Masa itu kami disektor awam betul2 menjalan tugas tanpa takut memberi maklumbalas kepada Ketua2 dan Menteri kami. Siang malam bertugas tanpa mengira samaada ada urusan kenaikan pangkat atau pun anugerah2 bintang atau khidmat cemerlang.Masa itu kami tidak pernah pun mendengar perkataan2 saperti TRANSFOMASI dan program2 lain2 yang besar dan gah bunyinya. Yang kami tau kami mesti menjalankan tugas dengan amanah dan dedikasi. Ada diantara kami yang berkhidmat bertahun2 di satu tempat tapi tak pernah pula jemu dan ada juga yang sebaliknya bertukar2 tempat kerja setiap 3 tahun sekali tapi tak pernah inkar perintah bertukar.
Di pendekkan cerita masa itu kami tahu buat kerja saja walaupun tak naik pangkat dan tidak dikenal olih Boss2 dan para Menteri.


Apakah yang berlaku pada hari yang berkenaan yang aku hendak cerita diawal tadi. Pada hari itu aku hendak menyusul temujanji yang ku buat untuk berjumpa saorang Dekan di salah satu IPTA atas urusan OKU cacat penglihatan. Telipon berdering lama sahinggalah setiausaha Professor itu menjawap dengan nada yang tinggi dan dari intonasinya beliau kedengaran sibuk sekali. Cara dia menjawap pertanyaan aku sungguh tidak beradap dia menyatakan bahawa dia tidak tahu apa2 tentang email yang aku kirim pada Bossnya itu. Aku cuba menerangkan isi kandungan email aku itu dan dia terus menyatakan dimasa hadapan aku perlu hantar salinan email itu pada dia supaya dia bolih menjadualkan temujanji tersebut. Aku merasa hairan kerana sepanjang mempunyai setiausaha berpuluh2 sepanjang perkhidmatan aku tidak pernah pula ada arahan saperti itu kepada setiausaha2 ku. Aku terus cuba menerangkan sebab musabab mengapa aku ingin mengadakan temujanji itu. Aku dimarahi dengan nada suara yang kuat.Aku lantas meletakan saja talipon.

Selepas peristiwa itu sekali lagi aku terkena layanan yang tidak sopan. Kali ini jabatan nya ialah JKKN sabuah jabatan yang diamanahkan untuk mengawalselia segala aspek kebudayaan dan kesenian!!!Pegawai di jabatan ini juga tidak kurang kebiadabannya bahkan dia memberi aku satu pep talk tentang SOP atau peraturan untuk memohon bantuan grant dari Kementrian berkenaan. Sabenarnya aku bolih terima tetapi yang menyakitkan hati ialah cara dia menjelaskan perkara itu yang tidak beradap. Aku mula hilang sabar lantas menyatakan bahawa aku dulu berkhidmat di Kementrian itu dan terlibat dengan urusan pemberian bantuan grant.Aku beritahu sedikit saja tentang Kementrian itu dahulu. Mendengar penjelasan aku itu beliau terus mengubah intonasinya dan aku seterusnya memberitau bahawa aku kenal semua BOSS2 di Kementrian itu.


Memanglah hari itu bukan satu hari yang membahagiakan . Aku merasa lagi malang apabila aku berurusan dengan Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA yang dulu lebih senang dikenali sebagai Bahagian Pencen saja. Petugas di sini yang terbiadap sekali kerana sementelah aku membahasakan diri ku sebagai MAK CIK maka dia pun lalu memberi aku penjelasan saolah aku ini MAK CIK dari kampung ........ Bahkan apabila aku memaklumkan masaalah aku dia terus memarahi aku dan menyuruh ku untuk membuka portal JPA untuk melihat pekeliling terkini mengenai cara2 untuk membeli alat2 dan ubat2 yang tidak dapat dibekalkan olih Hospital kerajaan.


Aku di marahi dan dia menyuruh aku untuk menghubungi talian E MAS satu call centre untuk bertanya tentang hal yang aku sedang hadapi itu. Satelah sekian lama menanti akhirnya aku dapat menghubungi talian itu. Kali ini aku memulakan percakapan dengan meminta kakitangan yang mengangkat talipun itu agar bercakap dengan perlahan2 dan bersopan kerana aku saorang pesarawargaemas dan kamu perlu prihatin terhadap pesara2 yang sangat sensitif terhadap layanan sesiapa sajayang memerlukan khidmat .Akhirnya aku bertemu dengan saorang kakitangan awam yang sopan dan prihatin dan tau dan mahu menjelaskan kepada aku tentang kemusykilan yang aku hadapi.


Aku merumuskan peristiwa2 ini sebagai satu kemerosotan dari segi khidmat kepada orang awam yang perlu di tangani olih JPA seberapa segera . Masyarakat Malaysia sudah muak dan mual mendengar perkataan2 yang canggih yang sentiasa diperkenalkan disektor awam dan juga berita2 mengenai kenaikan2 gaji dan kemudahan2 untuk penjawat awam. Ayuh aku cabar Kesatuan2 pekerja dan juga Boss2 di sektor awam dan juga Menteri2 untuk mengorak langkah. KURANGKAN PUBLISITI TINGKATKAN KUALITI PERKHIDMATAN AWAM........

Sunday, February 10, 2013

2013 ADAKAH DAPAT KU REALISASIKAN IMPIAN KU UNTUK MENERBITKAN BUKU BERGAMBAR MENGENAI DIRI KU......


Pada awal tahun baru yang lalu aku telah menyenaraikan beberapa perkara penting yang merupakan hasrat ku yang ku rancang untuk dilaksana sepanjang tahun 2013 ini. Di antaranya ialah impian ku untuk mengabadikan kisah kerjaya ku yang di anggap olih ramai teman2 ku sebagai berwarna warni walaupun aku bertugas di berbelas2 jabatan dan kementrian sepanjang 33 tahun dalam perkhidmatan PTD yang merupakan satu masa dulu satu perkhidmatan premier di negara ini.

Usaha untuk mengumpulkan gambar2 sepanjang 33 tahun itu sudah bermula dari awal tahun 2011 lagi namun tindakan nya memakan masa yang panjang disebabkan aku perlu memilih yang terbaik saja dan yang membawa seribu kenangan pahit manis masam dan pedas.Disamping itu gambar2 itu juga tidak mencatit dimana lokasinya jadi aku terpaksa bergantung pada memory ku saja untuk mengumpulkannya mengikut tempat2 aku berkhidmat.

Pada mulanya setelah berjaya mengumpulkannya mengikut tempat2 aku berkhidmat aku telah mendapat bantuan dari anak buah ku yang berjanji untuk scan gambar2 itu dan masukkan dalam pendrive. Malangnya disebabkan beliau terlalu sibuk usaha itu terbantut buat beberapa lama dan setelah didesak berkali2 untuk beliau meneruskan khidmatnya beliau akhirnya menolak dan lebih malang lagi gambar2 yang telah discan itu pun tidak dapat di selamatkan kerana katanya pendrive itu telah hilang dari simpanannya.

Apa yang bolih ku kata hanyalah tersenyum dan conclude bahawa inilah nasib ku kalau meminta bantuan orang. Padan muka ku kerana terlalu yakin akan dibantu . Ternyata aku perlu bertindak sendiri. Ada hikmah disebalik perkara yang berlaku kerana sekarang aku perlu berdikari dan berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan projek ini sendirian.

Pada minggu ini aku nikad akan memulakan semula untuk mencari gambar2 yang beratus2 itu dan disamping itu aku perlu mencatit sebanyak mungkin peristiwa2 yang berlaku yang bolih dimuatkan dalam muka surat penceritaan yang akan dimuatkan bersebelahan gambar2 itu.

Dari segi percetakan pula aku bersyukur kerana telah dimaklumkan olih Boss Karangkraf yang syarikat gergasi ini ada khidmat untuk menerbitkan terbitan2 peribadi walaupun hanya satu naskah saja. Kosnya pula tidaklah semahal saperti yang dikenakan olih penerbit2 atau syarikat2 percetakan lain di pasaran.

Mungkin orang akan bertanya kenapa aku nak buat projek saperti ini ala2 masuk bakul angkat sendirilah pulak. Aku tak ambil pusing apa orang nak kata yang pasti buku bergambar ini nanti ada cerita2 dan kisah2 yang pasti mengamit memori sesiapa saja yang gambarnya termuat sama. Aku bercadang hendak cetak empat naskah saja untuk aku dan 3 anak lelaki ku untuk diabadikan sebagai kenangan buat anak menantu dan cucu2 ku yang tersayang dan yang pasti sayang pada ku insyaALLAH.

Aku berangan2 untuk mengadakan satu majlis jamuan teh untuk melancarkan buku ini nanti di Kelab Taman Tasik Perdana yang juga merupakan lokasi dimana sebahgian hidup ku dihabiskan disini bersama2 anak2 ku semasa mereka kecil2 dahulu.Aku sentiasa berdoa agar ALLAH mengurniakan aku memori dan daya ingatan yang kuat agar semua yang tersimpan dalam lipatan memori ku sepanjang 33 tahun berkhidmat ini dapat di rakam dalam sebuah buku yang masih belum dicari tajuknya.