Friday, December 23, 2011

ANAK ANAK KAUM ORANG ASLI tetamu Great Eastern

Minggu lepas saya berpeluang terlibat menganjurkan satu program yang sunnguh istimewa bersama anak2 orang asli dari kawasan pendalaman Kuala Langat dan Ulu Langat seramai 40 orang . Turut serta hampir 20 orang sukarelawan dari Syarikat Great Eastern Berhad yang menjadi sponsor program ini.
Kami semua tinggal bersama2 di Hotel Maluri yang comel dan indah di pinggir kota KL ini.Kanak2 ini dalam linkungan umor 12 dan 17 tahun lelaki dan perempuan. Program yang padat itu meliputi segment membina semangat patriotik dan quiz lawatan ke tempat2 yang penting di ibu kota dan program membina keypayaan berkomunikasi.
Apa yang menariknya tentang program ini ialah bagaimana anak2 ini dapat merasa sentuhan kasih sayang dari abang2 dan kakak2 dari GEL disamping kegembiraan melihat dan merasa menaoki KL tower Putrajaya criise dan menaili monorail juga menonton filem berbahasa inggeris. Anak2 ini didapati sangat responsif dan gembira dan peka terhadap arahan2 yang diberi.
Dikalangan sukarelawan pula saya dapati mereka sangat bersemangat melayan adik2 ini dan sentiasa cuba menghiburkan mereka. Kesimpulan saya ucapkan tahniah kepada peneraju program ini saorang pegawai muda dan sungguh comel bernama ATIKAH yang sangat cekap bersemangat dan ramah mesra. Beliau baru saja bertugas di GEL tetapi telah berjaya melaksanakan tugasnya dengan cemerlang dan berjaya mengujudkan satu pasukan sukaralawan yang bersatu dan saling bantu membantu. Kita mestilah dapat melahirkan lebih ramai lagi pegawai2 muda sapertinya. Di harap beliau akan terus berkhidmat dengan semangat yang kental walau dalam apa situasi sekali pun............

No comments:

Post a Comment