Monday, February 24, 2014

Seminar penuaan

Rasional mengadakan seminar penuaan.

Pada 5hb April 2014 ini bertempat di LPPKN akan berlansung satu seminar bertemakan Aging atau Penuaan.Aku merancang seminar ini atas kesedaran bahawa ramai wanita kurang ilmu tentang proses penuaan . Lebih khusus lagi tentang apa yang berlaku kepada badan mereka menjelang tua.

Keadaan ini sering membuat wanita merasa sedih sepi dan dalam keadaan yang tidak selesa sehingga kadang2 menghadapi kemurungan.Keadaan ini kadang bertambah kompleks apabila anak mula meninggalkan ibu bapa mereka kerana telah mendirikan rumah tangga dan mahu hidup sendiri.

Diantara keadaan2 yg perlu di hadapi olih wanita wargaemas ini ialah sakit2 saperti osteoathritis, mata mula kabur akibat catarac, telinga mula kurang pendengaran dan juga sering merasa sedih sepi dan sunyi.Jika demam lambat baik akibat immune system yang sudah lemah.

Semua keadaan ini akan bertambah jika wanita itu hidup kesaorangan akibat kematian suami dan ada juga keadaan dimana berlaku perceraian di usia lanjut.
Jika badan sudah mula sakit maka pergerakan juga terjejas dan selanjutnya menyebabkan kita tidak dapat aktif saperti dahulu. Jika dulu kita saorang yang suka aktibiti outdoor dan pergi ke gym 3 kali seminggu maka kini kita tidak lagi bolih dan berupaya untuk seaktif dahulu. Ini pasti akan menyebabkan kita rasa sedih dan sepi. Pendek kata gaya hidup pun mulalah berubah dari saorang yang aktif kepada saorang yang house bound.

Bagaimanakah kita hendak berhadapan dngan gaya hidup yang baru ini. Apakah ada aktibiti2 yang bolih kita lakukan agar kita tidak berasa bosan dan tertekan. Adakah bolih di ujudkan satu kumpulah sokongan yang terdiri dari mereka yang berkeadaan sama dengan kita.Bagaimanakah kita dapat kekal aktif walaupun kita sudah tidak dapat bergerak pantas dari segi fizikal lagi.Apakah ada jenis2 aktibiti yang dapat kita sertai tanpa banyak menggunakan tenaga fizikal.

Inilah persoalan2 yang perlukan pencerahan agar wargaemas wanita dapat meneruskan hidup tanpa bergantung kepada anak menantu dan cucu2.Kita mahu terus kekal independent dan menjalani hidup dengan harga diri yang tinggi walaupun hidup dalam dunia yang kadang2 merupsksn dunia yang menberi tumpuan hanya kepada orang muda sahaja.

Adalah diharap seminar ini dapat memberikan kita pencerahan dalam mengharungi hidup di akhir2 usia ini AMIN.

No comments:

Post a Comment