Thursday, April 16, 2015

GEMBIRANYA HATI BILA DI INGATI..........

GEMBIRANYA HATI BILA DI INGATI.........

Pada minggu yang lalu semasa aku dan Zainun pergi ke Universiti Islam Malaysia sabuah RESEARCH UNIVERSITY di Cyberjaya dan semasa kami makan tengah hari bersama2 beberapa orang Professor tiba2 datang saorang pemuda yang duduk dimeja kami. Satelah sekian lama aku dapat rasakan yang dia sentiasa memerhatikan ku. Akhirnya dia menegur ku dan bertanya samaada aku pernah menganjurkan satu kem motivasi pada akhir tahun 80an atau awal tahun 90an bertempat di Kuala Kubu Bahru Selangor. Katanya kem itu adalah anjuran Majlis Kanak Kanak Malaysia.

Secara spontan aku menjawap memang ada dan ia diadakan khas untuk Tokoh2 Kanak2 yang mempunyai potensi  untuk maju dalam pendidikan dan kehidupan.Aku masih ingat lagi semasa melaksanakan Kem itu bersama2 Roslina teman akrab ku yang sering membantu dalam program2 saperti ini.Semua peserta ketika itu sungguh bijak dan pandai dan datang dari seluruh negara.
Mereka dipilih khas olih Majlis Kanak Kanak Malaysia untuk mengikuti perkhemahan itu.
Berbagai2 aktibiti di adakan termasuklah aktibiti yang sangat mencabar iaitu kembara dengan tugasan2 yang sukar.Semua peserta telah berjaya mengikuti segala latihan dalam kumpulan dan rata2 mereka sangat teruja melaksanakan segala tugasan secara berkumpulan.

Aku tersentak dan terus mengajukan beberapa soalan kepada Pemuda ini. Aku terus meneka bahawa dia adalah salah saorang peserta di Kem tersebut. Dia terus senyum dan mengatakan dia masih ingat segala kata2 motivasi ku dan suara ku yang sangat di ingati nya. Rasa sebak di dada apabila aku mendengar kata2nya itu. Bayangkan sudah 25 tahun berlalu namun dia masih mengingati segala pesanan yang ku beri.

Beliau menghulurkan kad nya dan aku merasa sungguh bangga dan bersyukur kehadrat ALLAH swt kerana dari kad namanya itu aku lihat dia berlelulusan BEng(Hons)Queen MaryUniv of London dan Msc (Imperial College London).Sekarang dia bertugas sebagai Timbalan Pendaftar Akademi Kebijaksanaan Sejagat Universiti Islam Malaysia.

Sekarang barulah aku faham betapa bangganya saorang guru bila anak muridnya berjaya dalam hidup dan berkelulusan tinggi.Aku hanya bersamanya selama 3 hari sahaja dan aku merasa sungguh bahagia bila dia mengingati ku.

Dalam usia ku yang di penghujung ini aku hanya berdoa dan berharap agar beribu2 remaja yang telah mengikuti kem2 yang ku anjurkan sejak tahun 70an hingga kini akan menggunakan segala nasihat yang kuberi dalam hidup mereka tidak kiralah sama ada mereka terdiri dari TOKOH KANAK2 atau JUVANA di Sekolah2 integriti di Penjara2 atau di Sekolah2 Tunas Bakti dibawah JKM atau di Sekolah Henry Gurney di bawah KDN.

Semoga ALLAH swt memberikan aku kekuatan dan kesihatan untuk terus berbakti kepada Kanak2 dan Remaja di tanah air ku yang tercinta.AMIN.

No comments:

Post a Comment