Tuesday, March 27, 2012

sambungan tetamu ALLAH sekali lagi

Kami meninggalkan Jordan menuju Jeddah. Dalam perjalanan kami sibuk mempastikan sticker yand dilekatkan olih Immigration Israel itu di buang dari kulit passport kami kerana bimbang kalau2 akan menimbulkan masaalah semasa berurusan dgn Immigration Jeddah pula.

Sampai saja kami di Jeddah kami pun menaiki kenderaan menuju Madina. Kami yang full boarders menaiki sabuah coach manakala jemmah lainnya menaiki bas. Kami merasa selesa dalam coach itu tapi keselesaan kami itu tidak lama kerana pemandu kami didapati membawa coach itu sangat laju ala2 impact maxima lagaknya.Dalam kedinginan malam itu dan dengan driver formula one itu kami mengalami angin lintang semasa dalam perjalanan itu. Setelah beberapa kali kami mengingatkan Mutawif kami tentang bahaya dan risiko yang berkemungkinan kami hadapi driver yang degil itu dapat dikawal akhirnya. Dalam perjalanan kami singgah untok menunaikan solat Subuh.

Lafaz syukur berkali2 disebut setelah tiba di Hotel yang letaknya agak jauh dari Mesjia Nabawi itu. Satelah sapapan pagi dan check in masing2 bergegas ke masjid. Saperti yang di jangka kawasan dalam dan luar Masjid memang penuh dengan orang. Dan saperti biasa juga kita perlu datang awal kalau hendak mendapat tempat solat yang selesa.
Satelah membaca segala doa yang digalakkan semasa menziarah Makam Rasullullah saw Saidina Abu Bakar dan Saidina Omar aku berjaya mendapat tempat untok solat Zuhur yang selesa dan di bahagian hadapan. Lega sungguh hati dan mulai hari itu untok selama lima hari aku nekad datang seawal yang bolih untok solat2 fardu.

Umum mengetahui di masjid Nabawi ini jemaah perempuan sering berhadapan dengan cabaran untok dapat masuk ke RAUDAH .Siapa yang sudah ke mesjid ini pasti tahu cabaran nya sungguh besar berat dan memerlukan darjah kesabaran yang amat tinggi. Betapa tidak masa yang di luangkan untok kaum wanita hanya beberapa jam saja diantara solat2 fardu dan ruamg yang dibuka kepada wanita juga sangat sempit dan kecil dibanding dengan kaum lelaki yang bolih masuk ke ruang yang lebih besar dan tidak dihadkan masa mereka bolih masuk,

Berkat kesabaran aku dapat memasuki RAUDAH sebanyak tiga kali dan syukur sangat2 kerana dapat juga solat di bahagian paling depan sekali. Untuk berolih kejayaan dan mengelak kesesakan yang teramat sangat aku sering pergi lewat malam sekitar 10.30 malam. Puas rasanya sebab dapat bersolat dan berdoa di RAUDAH tempat doa di makbulkan ALLAH  Amin Amin Amin.........
Salah satu cara untuk memenafaatkan masa yang sangat2 terhad di RAUDAH  itu ialah dengan membuat persediaan apa kandungan doa yang hendak dipohon. Siang2 lagi aku telah susun baik mengikut kumpulan keluarga terdekat ku saperti doa untok anak2 menantu2 cucu2 dan aku. Kemudian untok adik beradik ku anak2 saudara ku iapar duai ku dan kawan2 ku serta tidak lupa kumpulan sasar persatuan ku iaitu remaja2 di SIK penjara Kajang STB TSP dan Sek Menengah Sentul KL..Aku juga tidak lupa memohon doa buat pemimpin2 negara agar dapat menjadi hamba ALLAH yang lebih beriman dan bertaqwa.

Kali ini semasa berada di Medina aku tidak merasa pun hendak membeli belah hanya sehari sebelum bertolak ke Mekkah aku membeli beberapa kilo qurma Nabi dan Ajwa .InsyaALLAH ini adalah petanda yang aku akhirnya telah dapat meredakan nafsu membeli belah yang kalau dulu2 sangat membara dan macam2 yang menarik perhatian ku. Kali ini Alhamdulillah aku melebihkan amalan2 di masjid dari menghabiskan masa di hotel dan bershopping.

Kami kemudian bertolak pula le MEKKAH dan checkin di hotel 2 bintang di kawasan yang terkenal dengan masjid kuching. Hotel ini agak kecil lifnya ada satu saja bayangkanlah banyak masa kami terpaksa luangkan untok menggunakan lif untok naik ke tingkat 4 yang sebenarnya terletak di tingkat lima itu.

( rentetan pengalaman di Mekkah akan di sambung dalam episod yang akan datang)

No comments:

Post a Comment