Thursday, March 29, 2012

tetamu ALLAH di MEKKAH

Rombongan kami ahhirnya sampai ke MEKKAH satelah beberapa jam dalam perjalanan dengan coach khas untok kami yang full borders seramai enam orang. Jalan ke hotel tiga bintang berdekatan dengan dulunya mesjid kuching itu penuh sesak dan mengambil masa agak lama untok coach dan bas kami memunggah bag2 kami. Bayangkan betapa risaunya kami apabila kami dapati hanya ada saatu lif saja dihotel ini yang difahamkan penuh dengan penghuni.

Kerisauan kami itu memang menjadi kenyataan apabila kami perlu berhadapan dengan situasi yang sunnguh mencabar kesabaran menunggu untok menaiki lif ke bilik kami yang terletak di tingkat empat yang menjadi tingkat lima bila di kira tingkat mezzanine. Begitulah hari2 berlalu dan cabaran ini sentiasa dihadapi. Jalan ke masjid juga agak jauh bagi aku yang sakit lutut ini tapi dengan penuh semangat aku teruskan juga setiap hari selama sebelas hari itu. Walau sakit macamana pun lutut ku aku terus berjalan tanpa memikirkan sakit itu. Rupa2nya ini satu strategi yang baik kerana aku tidak melayan lansung sakit ku itu dan berjalan perlahan2 sambil berzikir dan lama2 kelamaan sakit itu tidak lagi terasa.

Di masjid aku cari ruang yang bolih nampak BAITULLAH untok meransang aku untok beramal. Lazimnya aku dapat ruang melalu tempat saie di tingkat satu belok kanan dan di kawasan hujung. Disini aku dapat ruang yang bertentangan dengan Hijir Ismail dan Pancur Emas.Ruangnya tidaklah sesak saperti di tingkat bawah.
Aku memenafaatkan masa di mesjid dengan membaca quran surah2 tertentu berzikir dan melakukan solat2 sunat saperti Duha Hajat Taubat dan solat2 mengiringi solat2 fardu. Aku juga bermuhasabah bersaorangan dan dapat merasa satu ketenangan yang sukar untuk di jelaskan. Aku merasa saolah2 balik ke tempat asal ku dan merasakan betapa dekatnya DIA dengan ku.

Aku menggunakan setiap masa aku berada di Masjidilharam itu sebaik yang mungkin dan berdoa dan terus berdoa untok anak2 menantu2 cucu2 adik beradik ipar duai teman2 dan anak2 angkat ku di SIK STB TSP dan di Sekolah Menengah Sentul. Aku tidak pernah lupa mendoakan dia yang telah berkongsi hidup hampir empat puluh tahun dengan ku agar dia mendekatkan dirinya kepada ALLAH dan memperolehi kebahagiaan yang hakiki.Juga doa ku pohon untok pemimpin negara dan isterinya yang sedang berkuasa agar mereka menjadi hamba ALLAH yang beriman dan bertaqwa.

Saperti di Madina dulu di MEKKAH syukur aku juga telah dapat mengawal nafsu membeli belah dan hanya membeli beberapa tasbih coca sejadah 2 yang akan menjadi hadiah pertama pertandingan nasyid dan azan yang akan diadakan di SIK penjara kajamg sekembalinya aku ke tanah air.
Pada keseluruhannya aku bersyukur kerana di kurnia ALLAH kesihatan dan dapat mengerjakan umrah beberapa kali dan tawaf sunat juga beberapa kali.
Pada hari terakhir aku mengerjakan Tawaf Wida pada jam 3.45 pagi dengan menaiki motorsikal ditingkat satu. Itu menjadi kenangan yang tidak akan dapat ku lupakan kerana aku bersaorangan dan merasa sungguh aman dan bahagia melakukannya tanpa banyak gangguan.Semasa aku mengelilingi bertawaf itu sekali sekala aku terdengar orang memberi salam dan memanggil ku ummi. Pasti mereka itu ahli2 rombongan ku yang melihat aku menaiki motorsikal itu ala2 minah rempit kerana aku memandu dengan kadar agak laju juga.

Pagi itu semasa coach kami beransur meninggalkan MEKKAH hati ku sayu dan terasa sangat syahdu meninggalkan Masjidilharam dan KAABAH, Aku berdoa agar ALLAH menjemput ku lagi pada tahun hadapad insyALLAH, Selagi terdaya dan kesihatan mengizinkan aku akan terus berdoa agar hasrat ku ini di makbulkan NYA. Amin.........

No comments:

Post a Comment