Tuesday, June 19, 2012

ALLAH sentiasa menduga hambanya

Sejak sebulan yang lalu ini aku diduga NYA dengan berbagai2 penyakit walaupun tidak berapa berat tapi sudah cukup untok aku kadang2 mengeluh. Pada mulanya aku kena keracunan makanan hanya kerana satu gelas teh tarik di cafe high class di sabuah kelab diraja dimana aku menjadi ahlinya. Teman yang sama2 minum itu tidak kena pun aku yang mendapat musibah itu. Bukan main sakit perut ku memulas2 dan siap dengan muntah lagi. Sabenarnya aku tidak pernah muntah seumur hidup ku. Tiba2 saja pada malam itu perut memulas2 dan dada rasa sesak dan sambil meluru ke tandas aku muntah2.Wah yang keluardari mulut dan tekak tidak enak betul baunya.....

Pada malam itu juga kira2 jam11.30 malam anak ku membawa ku ke Pantai Hospital untuk mendapat rawatan. Satelah diperiksa olih Dokter dan berbekalkan macam2 ubat kami pun balik kerumah kira2 jam 1 pagi.Malm itu memang aku tidak bolih tidur lansung perut memulas2 dan berkali2 aku ketandas.Letih betul dibuatnya.Sebagai pesakit yang patuh pada arahan Dokter aku makan semua ubat2 yang dibekalkan. Namun aku tetap berasa letih dan lesu tak bolih bangun dan memang rasa macam lansung tidak ada tenaga.Pda hari ketiga aku masih tidak bertenaga dan tiba2 aku teringat mungkin ini side effect antibiotik yang diberi Dokter itu. Aku nekad dan terus berhenti memakannya. Pada hari berikutnya aku rasa lebih sihat tetapi aku fobia apabila berhadapan dengan makanan yang dihidangkan bibik Tini.Hari2 berikutnya aku lansung tidak ada selera dan takut nak makan apa2 pun. Akibat dari peristiwa ini berat badan aku turun 2 kg. Satu hasil yang mengembirakan aku kerana aku sudah cuba untuk mengurangkan berat badan tapi sentias gagal.

Dari peristiwa ini aku terfikir inilah rupanya hikmah disebalik musibah ini.Aku melafaskan syukur ke hadrat ILLAHI diatas kurniaanNYA.

Selang beberapa minggu sekali lagi aku di kurniakan dugaan. Tiba2 satu pagi kaki kiri ku bengkak dan aku tidak bolih bejalan kerana terlalu sakit.Tidak ada apa2 sebab pun kaki ni jadi bengkak. Saperti biasa aku menghubungi Shidi adik angkat ku yang pakar urut itu dan dengan usaha nya dan dengan izin ALLAH selepas diurut bengkak itu susut. Kejadian itu membuat aku berfikir dan muhasabah diri. Dengan kaki yang bengkak secara tiba2 dan lutut yang sentiasa sakit pasti ada hikmah disebalik dugaan ini. Satelah lama berfikir baru aku sedar bahawa ALLAH telah memberikan satu peluang bagi aku untuk tidak berjalan2 ke shopping complex dan ke Jalan Tungku Abdul Rahman yang menjadi kesukaan aku sejak bersara dan seterusnya aku tidak lagi berpeluang untuk berbelanja membeli belah perkara2 yang tidak perlu .Dulu sabelum sakit lutut aku sentiasa menghabiskan masa di situ dan dishopping complex dan berbelanja dengan borosnya.

Seminggu yang lalu sekali lagi aku mengalami peristiwa pahit dengan teh tarik juga. Pada hari yang berkenaan aku tidak sempat makan tengah hari kerana bergegas menghadiri perjumpaan dengan teman2 lama semasa disekolah dulu. Kami berjumpa di Hilton Hotel KL Sentral. Teman yang menjadi tuan rumah itu menjamu kami dengan kueh dan teh. Aku lapar jadi banyak juga aku makan petang itu. Balik kerumah aku masih berasa lapar dan terus mencari biskut dan membancuh teh tarik 3 in 1 yang ada oats tu. Malam itu aku berasa tidak selesa dan perut memulas2.Mulai hari itu dan untuk beberapa hari berikutnya aku sekali lagi mengalami sakit perut dan sakit belakang sampai aku tidak bolih berdiri.
Dokter menyatakan ini adalah gastik dan aku perlu berhati2 dan buat masa ini perlu elak minum teh dan kopi juga makanan pedas dan berminyak.Kesimpulan nya aku nekad tidak akan minum teh tarik lagi dan perlu mengubah diet ku. Ini juga adalah peluang untuk menurunkan berat badan ku dan mungkin sekali gus dapat meringankan beban lutut ku yang tidak lagi mampu menanggung badab ku yang besar dan berat ini.

Rumusan kepada peristiwa2 ini ialah disetiap musibah yang di alami tersemat hikmah. Itulah besarnya kuasa ALLAH swt . Semoga ALLAH memberi aku hidayah agar aku sentiasa ingat akan hakikat ini dan tidak mengeluh dan berperasangka buruk terhadapNYA. AMIN.

No comments:

Post a Comment