Saturday, October 27, 2012

ALLAH MENGUJI HAMBANYA ..........

Beberapa minggu yang lalu aku tiba2 di serang dengan berbagai2 penyakit dari sakit gigi yang sungguh menyakitkan ,demam batuk dan selsema yang sangat teruk sehingga aku terpaksa menelan berbagai2 pill yang diberi olih Dokter gigi dan Dokter dari poliklinik Tangling.
Aku jenis orang yang tak takut makan ubat .Jadi tanpa ragu2 ku telan semua ubat yang dfibekal olih Dokter2 ini tanpa ragu2.Walau macam mana pun hati ku kurang sedap kerana diantara ubat2 itu ada antibiotik di bekalkan olih kedua2 Dokter walaupun aku memaklumkan kepada mereka aku memang tak sesuai dengan antibiotik.Pendapat aku itu tidak dihirau olih mereka dan aku masih diperlu untok menghabiskan antiobiotik itu. Dari 2 pill sehari yang dibekal olih Dokter gigi tiu kepada 2 pill antibiotik 3 kali sehari!
Semasa aku memakan antibiotik2 itu aku telah mengalami cirit birit yang agak teruk dan kepala berpusing2 dan badan menjadi sangat lemah.Mula2 itu aku bolih juga bertahan tetapi menjelang hari kedua aku makan antibiotik yang di bekal olih Dokter dari poliklinik Tangling pening ku menjadi lebih teruk sehingga menjelang senja aku sudah tak dapat bertahan lagi. Selesai saja aku menunaikan solat isya jantung ku berdenyut kencang kepala berpusin2 dan aku berpeluh hingga baju basah kuyup dan kepala jadi berat sangat dan ketila itu juuga kaki ku menjadi sejuk. Dengan bantuan bibik Tini aku dapat duduk dan memanggil anak ku Faiz yang tinggal di Bukit Jelutung Shah Alam.
Malam itu malam jumaat KL dan NKVE memang jam giler dan akhirnya Faiz sampai juga dalam masa 40 minit. Aku bertawakal saja kepada ALLAH jika aku diambilnya pun aku sudah redza.
Faiz membawa aku terus ke Damansara Specialist hospital dan aku terus dibawa ke wad kecemasan dan jururawat2 disitu terus memasang peralatan2 untuk merawat ku. Aku masih sedar dan dapat bercakap dengan Dokter yang menyatakan Tekanan darah ku sunnguh tinggi 250 yang atas dan yang bawah 150. Dokter menyatakan betapa bahayanya keadaan ku.aku bolih diserang stroke....
Syukurlah aku masih dikurniakan ALLAH umur yang panjang dan aku dapat sampai ke hospital diberi rawatan kecemasan.
Dari malam itu aku menjadi tetamu hospital itu selama enam malam.Kali terakhir aku masuk hospital ialah 27 tahun yang lalu semasa melahirkan Fikri di hospital Assunta PJ.
Hari2 berikutnya aku dirawat dengan rapi olih Dokter2 di hospital ini dan olih kerana wad premier di tingkat 5 ini baru saja dibuka maka aku menjadi salah saorang pesakit terawal di wad ini maka jururawat2 disini memberi layanan yang sungguh mesra ditambah lagi aku membahasakan diri ku UMMI kepada mereka.
Berbagai ubat di beri dan lapan botol air di masukkan kedalam badan ku melalui urat di tangan ku. Sakit juga tapi aku terpaksalah menahan kesakitan itu.

Hari2 berikutnya anak menantu cucu dan adik beradik ku datang melawat ku dihospital.Aku agak risau juga sebab tekanan darah ku lambat untuk turun.Akhirnya Dokter Jeya yang merawat ku membuat diagnosenya bahawa aku telah diserang ATHMA dan gula nail dan yang membuat aku kehilangan garam dan air dalam badan ku akibat bertahun2 menelan pill darah tinggi CO DIVIAN yang bekerja untuk menghalang garam dari badan ku. Aku sedar bahawa sejak enam bulan tahun ini aku telah beberapa kali kena keracunan makanan dan rupa2 nya air garam yang ku minum selama itni tidak cukup untuk menampung keperluan badan ku.

Akhirnya aku beransur2 pulih dan aku nekat untuk balik kerumah ku dan berrehat . Walau pun wad di hospital ini ala hotel 5 bintang tetapi aku merasa bilik tidur dan rumah ku juga lebih selesa dan ceria.Aku  di benar balik dengan di bekal berbagai2 ubat dan sejak itu aku telah masuk dalam kumpulan orang2 yang menhidu vintolin saperti cucu2 dan menantu ku.......

No comments:

Post a Comment