Tuesday, February 26, 2013

HARI YANG MENDUKACITAKAN SAORANG PESARA KERAJAAN

Pada satu hari dibulan Febuari 2013 yang lalu aku telah mengalami satu pengalaman yang sungguh mendukacitakan terutama sekali satelah berkhidmat hampir 38 tahun sebagai saorang penjawat awam disektor perkhidmatan awam di Malaysia. Selama tempuh itu aku bertugas dari peringkat pegawai PTD tingkat biasa hingga ke Penolong Setiausaha ke Setiausaha Bahagian Ke Timbalan Ketua Setiausaha sehingga jawatan Ketua Pengarah. Satelah bersara aku dilantik pula sebagai Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan terlibat menemuduga beribu2 pegawai dan kakitangan sektor awam selama lima tahun.

Sebahagian besar tempuh perkhidmatan itu aku terlibat dalam urusan pengambilan tat tertib kenaikan pangkat dan latihan. Bolih lah dirumuskan sebagai satu khidmat berkaitan pembangunan tenaga manusia.Sepanjang bertugas di berbelas2 jabatan dan kementrian aku memang perihatin terhadap layanan yang diberi olih petugas2 sektor awam. Pantang saja aku dapat feedback dari orang awam mengenai layanan buruk atau tidak memuaskan aku akan mengambil tindakan atas mereka2 yang terlibat. Aku memang terkenal saorang yang tidak makan di puji atau di ampu atau suka mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri kepada Ketua2 dan terutama sekali kepada YB Menteri.

Masa itu kami disektor awam betul2 menjalan tugas tanpa takut memberi maklumbalas kepada Ketua2 dan Menteri kami. Siang malam bertugas tanpa mengira samaada ada urusan kenaikan pangkat atau pun anugerah2 bintang atau khidmat cemerlang.Masa itu kami tidak pernah pun mendengar perkataan2 saperti TRANSFOMASI dan program2 lain2 yang besar dan gah bunyinya. Yang kami tau kami mesti menjalankan tugas dengan amanah dan dedikasi. Ada diantara kami yang berkhidmat bertahun2 di satu tempat tapi tak pernah pula jemu dan ada juga yang sebaliknya bertukar2 tempat kerja setiap 3 tahun sekali tapi tak pernah inkar perintah bertukar.
Di pendekkan cerita masa itu kami tahu buat kerja saja walaupun tak naik pangkat dan tidak dikenal olih Boss2 dan para Menteri.


Apakah yang berlaku pada hari yang berkenaan yang aku hendak cerita diawal tadi. Pada hari itu aku hendak menyusul temujanji yang ku buat untuk berjumpa saorang Dekan di salah satu IPTA atas urusan OKU cacat penglihatan. Telipon berdering lama sahinggalah setiausaha Professor itu menjawap dengan nada yang tinggi dan dari intonasinya beliau kedengaran sibuk sekali. Cara dia menjawap pertanyaan aku sungguh tidak beradap dia menyatakan bahawa dia tidak tahu apa2 tentang email yang aku kirim pada Bossnya itu. Aku cuba menerangkan isi kandungan email aku itu dan dia terus menyatakan dimasa hadapan aku perlu hantar salinan email itu pada dia supaya dia bolih menjadualkan temujanji tersebut. Aku merasa hairan kerana sepanjang mempunyai setiausaha berpuluh2 sepanjang perkhidmatan aku tidak pernah pula ada arahan saperti itu kepada setiausaha2 ku. Aku terus cuba menerangkan sebab musabab mengapa aku ingin mengadakan temujanji itu. Aku dimarahi dengan nada suara yang kuat.Aku lantas meletakan saja talipon.

Selepas peristiwa itu sekali lagi aku terkena layanan yang tidak sopan. Kali ini jabatan nya ialah JKKN sabuah jabatan yang diamanahkan untuk mengawalselia segala aspek kebudayaan dan kesenian!!!Pegawai di jabatan ini juga tidak kurang kebiadabannya bahkan dia memberi aku satu pep talk tentang SOP atau peraturan untuk memohon bantuan grant dari Kementrian berkenaan. Sabenarnya aku bolih terima tetapi yang menyakitkan hati ialah cara dia menjelaskan perkara itu yang tidak beradap. Aku mula hilang sabar lantas menyatakan bahawa aku dulu berkhidmat di Kementrian itu dan terlibat dengan urusan pemberian bantuan grant.Aku beritahu sedikit saja tentang Kementrian itu dahulu. Mendengar penjelasan aku itu beliau terus mengubah intonasinya dan aku seterusnya memberitau bahawa aku kenal semua BOSS2 di Kementrian itu.


Memanglah hari itu bukan satu hari yang membahagiakan . Aku merasa lagi malang apabila aku berurusan dengan Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA yang dulu lebih senang dikenali sebagai Bahagian Pencen saja. Petugas di sini yang terbiadap sekali kerana sementelah aku membahasakan diri ku sebagai MAK CIK maka dia pun lalu memberi aku penjelasan saolah aku ini MAK CIK dari kampung ........ Bahkan apabila aku memaklumkan masaalah aku dia terus memarahi aku dan menyuruh ku untuk membuka portal JPA untuk melihat pekeliling terkini mengenai cara2 untuk membeli alat2 dan ubat2 yang tidak dapat dibekalkan olih Hospital kerajaan.


Aku di marahi dan dia menyuruh aku untuk menghubungi talian E MAS satu call centre untuk bertanya tentang hal yang aku sedang hadapi itu. Satelah sekian lama menanti akhirnya aku dapat menghubungi talian itu. Kali ini aku memulakan percakapan dengan meminta kakitangan yang mengangkat talipun itu agar bercakap dengan perlahan2 dan bersopan kerana aku saorang pesarawargaemas dan kamu perlu prihatin terhadap pesara2 yang sangat sensitif terhadap layanan sesiapa sajayang memerlukan khidmat .Akhirnya aku bertemu dengan saorang kakitangan awam yang sopan dan prihatin dan tau dan mahu menjelaskan kepada aku tentang kemusykilan yang aku hadapi.


Aku merumuskan peristiwa2 ini sebagai satu kemerosotan dari segi khidmat kepada orang awam yang perlu di tangani olih JPA seberapa segera . Masyarakat Malaysia sudah muak dan mual mendengar perkataan2 yang canggih yang sentiasa diperkenalkan disektor awam dan juga berita2 mengenai kenaikan2 gaji dan kemudahan2 untuk penjawat awam. Ayuh aku cabar Kesatuan2 pekerja dan juga Boss2 di sektor awam dan juga Menteri2 untuk mengorak langkah. KURANGKAN PUBLISITI TINGKATKAN KUALITI PERKHIDMATAN AWAM........

No comments:

Post a Comment