Sunday, February 10, 2013

2013 ADAKAH DAPAT KU REALISASIKAN IMPIAN KU UNTUK MENERBITKAN BUKU BERGAMBAR MENGENAI DIRI KU......


Pada awal tahun baru yang lalu aku telah menyenaraikan beberapa perkara penting yang merupakan hasrat ku yang ku rancang untuk dilaksana sepanjang tahun 2013 ini. Di antaranya ialah impian ku untuk mengabadikan kisah kerjaya ku yang di anggap olih ramai teman2 ku sebagai berwarna warni walaupun aku bertugas di berbelas2 jabatan dan kementrian sepanjang 33 tahun dalam perkhidmatan PTD yang merupakan satu masa dulu satu perkhidmatan premier di negara ini.

Usaha untuk mengumpulkan gambar2 sepanjang 33 tahun itu sudah bermula dari awal tahun 2011 lagi namun tindakan nya memakan masa yang panjang disebabkan aku perlu memilih yang terbaik saja dan yang membawa seribu kenangan pahit manis masam dan pedas.Disamping itu gambar2 itu juga tidak mencatit dimana lokasinya jadi aku terpaksa bergantung pada memory ku saja untuk mengumpulkannya mengikut tempat2 aku berkhidmat.

Pada mulanya setelah berjaya mengumpulkannya mengikut tempat2 aku berkhidmat aku telah mendapat bantuan dari anak buah ku yang berjanji untuk scan gambar2 itu dan masukkan dalam pendrive. Malangnya disebabkan beliau terlalu sibuk usaha itu terbantut buat beberapa lama dan setelah didesak berkali2 untuk beliau meneruskan khidmatnya beliau akhirnya menolak dan lebih malang lagi gambar2 yang telah discan itu pun tidak dapat di selamatkan kerana katanya pendrive itu telah hilang dari simpanannya.

Apa yang bolih ku kata hanyalah tersenyum dan conclude bahawa inilah nasib ku kalau meminta bantuan orang. Padan muka ku kerana terlalu yakin akan dibantu . Ternyata aku perlu bertindak sendiri. Ada hikmah disebalik perkara yang berlaku kerana sekarang aku perlu berdikari dan berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan projek ini sendirian.

Pada minggu ini aku nikad akan memulakan semula untuk mencari gambar2 yang beratus2 itu dan disamping itu aku perlu mencatit sebanyak mungkin peristiwa2 yang berlaku yang bolih dimuatkan dalam muka surat penceritaan yang akan dimuatkan bersebelahan gambar2 itu.

Dari segi percetakan pula aku bersyukur kerana telah dimaklumkan olih Boss Karangkraf yang syarikat gergasi ini ada khidmat untuk menerbitkan terbitan2 peribadi walaupun hanya satu naskah saja. Kosnya pula tidaklah semahal saperti yang dikenakan olih penerbit2 atau syarikat2 percetakan lain di pasaran.

Mungkin orang akan bertanya kenapa aku nak buat projek saperti ini ala2 masuk bakul angkat sendirilah pulak. Aku tak ambil pusing apa orang nak kata yang pasti buku bergambar ini nanti ada cerita2 dan kisah2 yang pasti mengamit memori sesiapa saja yang gambarnya termuat sama. Aku bercadang hendak cetak empat naskah saja untuk aku dan 3 anak lelaki ku untuk diabadikan sebagai kenangan buat anak menantu dan cucu2 ku yang tersayang dan yang pasti sayang pada ku insyaALLAH.

Aku berangan2 untuk mengadakan satu majlis jamuan teh untuk melancarkan buku ini nanti di Kelab Taman Tasik Perdana yang juga merupakan lokasi dimana sebahgian hidup ku dihabiskan disini bersama2 anak2 ku semasa mereka kecil2 dahulu.Aku sentiasa berdoa agar ALLAH mengurniakan aku memori dan daya ingatan yang kuat agar semua yang tersimpan dalam lipatan memori ku sepanjang 33 tahun berkhidmat ini dapat di rakam dalam sebuah buku yang masih belum dicari tajuknya.

No comments:

Post a Comment