Friday, September 20, 2013

PERLUNYA KITA PUNYA KEKUATAN DALAMAN

Perlunya kita punya kekuatan dalaman.......

Aku sentiasa berdoa agar ALLAH mengurniakan aku kekuatan untuk hidup bersendirian tanpa bergantung kepada sesiapa melain DIA. ALLAH lah penolong dan pelindung yang paling baik dan sempurna menjalankan tugasnya untuk mengurniakan hambanya apa saja yang kita pohon asalkan mengikut syariat yang dibenarkan.

Dalam konteks ini aku sering teruja untuk tidak merasa sepi sayu dan sunyi terutama diwaktu senja. Entah mengapa akhir-akhir ini aku sering merasa begitu walaupun aku sentiasa peka akan godaan syaitan yang suka melihat hamba ALLAH tergelincir dari landasan yang di benarkan. Aku sering mengelak mendengar lagu-lagu sentimental dan di waktu yang sama aku sering melawan perasaan itu dengan mengambil wuduk dan mambaca AL-QURAN yang sengaja aku baca dengan nada yang kuat.

Malam ini umpamanya ketiga-tiga anak dan buah hati ku berada diluar negara. Yang sulung dan yang bungsu berada di JAKARTA dan yang tengah pula baru saja berlepas ke THAILAND. Maka tinggal lah aku kesaorangan walaupun di temani oleh cucu-cucu ku di rumah mereka di Bukit Jelutong.

Disebabkan keadaan inilah maka aku mengambil keputusan untuk meninggalkan ibu kota dan akan pergi ke IPOH dengan menaiki kereta api laju bersama teman karib ku. Kami akan bertolak pada hari Isnin ini dan aku akan berada di Ipoh untuk beberapa hari menjengok kakak ipar dan saudara mara ku di Ipoh dan Kuala Kangsar. Perjalanan kami ini mungkin mencabar disebabkan kedua-dua kami mengidap sakit lutut yang agak serious. Namun kami nekad akan pergi juga walau bertongkat tak mengapa.

Berbalik kepada perasaan sepi, sayu dan sunyi itu aku nekad tidak akan terjebak dalam hasutan syaitan dan sekuat boleh aku akan melawan perasaan itu. Ini iltizam ku dan pada ku, aku perlu empower diri ku agar sentiasa tenang, bahagia walau bersendirian sambil mensyukuri segala nikmat yang dikurnia NYA pada ku selama ini. InsyaALLAH dengan sentiasa berpaut pada NYA dan sentiasa meraih cinta kasih NYA aku akan dapat dan boleh mengatasi perasaan ini.....Kepada sesiapa yang sudi membaca blog ini doakan aku agar aku berjaya untuk menghadapi situasi ini samaada di waktu senja, tengah malam, waktu pagi atau tengah hari.Aku akan terus berdoa agar ALLAH mengurniakan aku kesihatan, kekuatan dan keberanian untuk hidup bersendirian tanpa rasa SUNYI, SEPI, SAYU dan SEDIH......

No comments:

Post a Comment