Sunday, October 20, 2013

Kesedihan dan Kesepian Seorang Warga Emas.......

Malam ini aku dilanda rasa sedih yang datang secara tiba-tiba. Satelah aku menyedarinya seperti biasa aku mengambil wuduk dan terus saja membaca AL-QURAN yang sentiasa menjadi teman ku setiap hari terutama sekali waktu pagi, senja dan sebelum tidur.

Aku membaca seperti biasa dengan nada suara yang agak kuat namun perasaan sedih itu tetap tidak juga hilang. Entah mengapa mungkin sebab semalam rumah aku di datangi oleh cucu-cucu dan anak menantu yang telah dapat menceriakan suasana di rumah ku dan memceriakan aku.
Semalam kami makan pizza dari Pizza Hut, mereka sangat suka dan lepas itu kami menonton TV. Sungguh seronok dan aku tidur semalam ditemani cucuku Faris dan pada waktu paginya aku bangun untuk solat TAHAJJUD dan hati ku merasakan satu keseronokan yang jarang-jarang ku rasa.

Petang tadi mereka balik dan tinggallah aku bersendirian. Bila malam menjelang pula saperti biasa anak ku yang tinggal bersama ku keluar meninggalkan aku atas sebab dia perlu berjumpa client. Sebelum meninggalkan rumah dia sempat memberi aku faham bahawa dia perlu keluar dan mengingatkan berkali-kali agar aku memahami keadaannya yang sentiasa keluar disebelah malam untuk mengadakan networking dengan bakal clientnya.

Aku terpaksa akur dengan keadaannya dan memujuk diri ku agar tidak sesekali membuat dia rasa bersalah. Aku perlu menghapuskan sama sekali perasaan gundah dan resah dan takut dan sunyi sedih dan sepi yang sering melanda orang2 seperti aku ini.

Sekarang baru aku sedar betapa sukarnya untuk berpegang kepada prinsip self empowerment dan tidak membiarkan diri ku terjebak dalam kesedihan dan rasa resah takut dan gelisah terutama menjelang malam. Aku perlu kuat dan berpegang dan berpaut kepada tali ALLAH . Hanya ALLAH saja yang dapat melindungi aku dan sebaik2 penolong untuk menghapuskan segala perasaan negatif dan perasaan sentiasa hendak bergantung kasih pada anak-anak cucu dan keluarga. Kasih ALLAH sentiasa mengalir dan aku mesti yakin bahawa ALLAH akan mencintai aku dan aku perlu meningkatkan CINTA ku kepada NYA setiap masa dan ketika.

YA ALLAH KURNIAKAN LAH PADA KU KEKUATAN AGAR AKU DAPAT MENGATASI SEGALA PERASAAN SUNYI SEPI DAN SEDIH INI. AMIN.

No comments:

Post a Comment