Sunday, November 24, 2013

HUJUNG MINGGU DI PORT DICKSON

Semalam aku bersama Faiz sekeluarga dan Tetah Dek2 dan Nani telah bercuti sekejap di Port Dickson. Kami sampai tengah hari dan singgah di sabuah hotel lima bintang sebab Besan ku tinggal disitu menemani anaknya yang berseminar di situ.
Hotel ini sungguh gah ,besar dan mewah. Segala kemudahan nya nampak classy. Aku pasti bilik2 disini mestilah mahal sewanya memang orang pencen saperti aku sah tak mampu dan tak sanggup menghabiskan duit tinggal disini.Kami duduk dipantai di bawah pohon rendang sambil melihat kelagat cucu2 ku bermain pasir di pantai.

Aku sudah bertahun2 tidak menjejak kan kaki ke Port Dickson ini.Banyak sungguh pembangunan yang berlaku sampai aku tak kenal lagi banyak tempat2 yang pernah aku tinggal semasa berseminar di Port Dickson dulu.
Yang membezakan aku dulu dan sekarang selain usia yang sudah lanjut ialah aku sekarang tidak bolih dan tidak mampu lagi berlari2 macam dulu . Jangan kan nak berlari nak berjalan pun perlu pakai tongkat. Bayangkanlah betapa sedihnya hati ini mengenangkan nasib badan ini.Aku dan Tetah kakak ku menghabiskan masa di pantai tengah hari itu dengan makan dan terus makan segala bekalan yang kami bawa.

Sebelah petangnya kami pun masuk kehotel SRI MALAYSIA yang sederhana tapi cantik dan bersih . Lokasinya juga sangat bagus kerana dekat dengan pantai. Hotel ini diuruskan olih saorang teman dan aku di beri discount pula. Alhamdulilah aku mengambil 3 bilik Family yang sangat selesa.
Sabelah petang kami turun kepantai dan kali ini cucu2 ku rioh rendah mandi laut dan aku teruja untuk turun ke laut untuk berendam dalam air masin itu. Aku teringatkan pesan saorang Doktor yang mencadangkan jika aku pergi kepantai dia mengesyorkan agar aku berendam hingga ke paras lutut sambil berjalan2 dalam air. Aku gagahkan diri dan dengan menggunakan tongkat aku pun turunlah ke tepi pantai dan terus masuk ke air. Lama juga aku berendam petang itu sambil tongkat ku di pegang olih kakak ku.

Memanglah susah sungguh bagi saorang pesakit lutut untuk berjalan dengan selesa dalam pasir halus di pantai itu. Tapi aku paksa diri ku dan akhirnya berjaya juga aku.Syukurlah.

Pada hari kedua kami di pantai aku nekad mahu mandi dan tanpa mengguna tongkat aku berjaya berjalan kaki ayam hingga aku sampai ke pantai dan gigi air.Aku terus masuk dan mandi bersama2 dengan cucu2 ku.Lama juga aku berada dalam laut itu dan rasa puas jugalah kerana dapat juga aku mandi di laut ini.

Walau pun aku berjaya melunaskan hasrat ku untuk mandi laut hati ini terasa sayu dan sedih sebab memang apabila kita mengalami sakit lutut segala aktibiti yang dulunya senang akan menjadi susah. Apatah lagi bila naik tangga untuk masuk kebilik.Pada malam nya pula lokasi gerai makan yang pada cucu anak dan menantu kelihatan dekat pada ku memang dirasa jauh dan aku tidak mampu untuk berjalan bersama mereka. Aku dan Tetah dan anak2nya memutuskan untuk menaiki kereta untuk mencari tempat makan. Malangnya malam itu terlalu banyak kereta hingga tidak terdapat tempat untuk meletak kereta. Kami terpaksa ke bandar Port Dickson dan makan di McD !

Beginilah nasibnya jika saorang wargaemas pesakit lutut berhasrat untuk kepantai mandi laut. Sedih sungguh. Itulah sebabnya kenapa kita perlu memenafaatkan waktu sihat sebelum waktu kita jatuh sakit. Walaubagaimana pun aku tetap bersyukur kerana aku masih mampu bergerak dan masih dapat merasa deruan angin sepoi2 bahasa di tepi pantai dan melihat betapa cantiknya suasana pantai apabila matahari tenggelam dan malam pun tiba.....Aku bersyukur kepada ALLAH swt kerana kesempatan yang di kurniakan NYA pada ku dan aku bersama2 Faiz sekeluarga dan Tetah dan putri2nya suatu outing bersama orang2 yg sangat ku sayang.



No comments:

Post a Comment