Saturday, February 7, 2015

KEMBARA UKE Dengan Star Cruize

Saya merasa sungguh bersyukur ke hadrat ALLAH swt kerana berpeluang menyertai Kembara Ustaz Kazim Elias pada akhir bulan Januari yang lalu bersama Roslina, Kak Jamaliah besan saya dan Kak Bibah.





Pelayaran bermula dari Pulau Pinang, kemudian ke Langkawi dan ke Phuket dan kembali ke Pulau Pinang. Kapal Star Cruize itu dipenuhi lebih seribu penumpang yang seratus peratus merupakan orang Islam dan peminat2 UKE.

Sepanjang pelayaran ini kami telah mengikuti berbagai2 program saperti solat berjemaah, zikir qiamulail dan ceramah2 yang diberi oleh UKE dan abang beliau Ustadz Dato Najmuddin.
Setiap sebelum waktu Subuh kami akan berada di Deck 9 melakukan Qiamulail dari jam 5 pagi hingga waktu Subuh. Kami melakukan solat tahajjud, Solat Taubah dan Solat Hajat yang di selang seli dengan zikir munajat  di tengah2 samudra berbumbungkan langit dan di hembus oleh angin pagi yang kuat lagi sejuk. Bayangkan lah betapa syahdunya laungan Azan di tengah2 samudra itu setiap kali sampai waktu Solat. Hati kami bergetar dan terasa sungguh dekat dengan ALLAH swt.

Semasa singgah di Langkawi kami menaiki bus ramai2 menuju Pusat Sukan Langkawi di mana masyarakat tempatan juga turut hadir untuk mendengar ceramah UKE. Selepas makan tengah hari kami di beri kesempatan untuk bershopping di komplex Hj Ismail. Ramai yang mengambil kesempatan untuk membeli belah dalam masa yang sangat terhad itu.








Semasa kami singgah di Phuket pula program yang dianjur melibatkan masyarakat tempatan yang telah bersusah payah mengadakan gerai2 jualan cenderamata, makanan dan sebagainya. Program ceramah dan ucapan2 telah juga dihidangkan dan kami juga berkesempatan diperkenalkan dengan Aisyah yang merupakan keturunan ke7 MAHSURI.


Pada keseluruhannya pelayaran ini telah banyak memberi kesan kepada kami disamping mendapat ilmu dari ceramah2 yang di beri oleh UKE dan Dato Najmuddin kami juga berpeluang menjalin tali silaturrohim di antara perserta2 yang datang bukan saja dari Malaysia bahkan dari Brunei dan Singapore juga.






Tahniah di ucapkan kepada pihak penganjur dan tidak ketinggalan ribuan terima kasih kepada staf Star Cruize yang sungguh mesra melayan kerenah peserta2 pelayaran yang ramai juga merupakan warga emas dan oku. Semoga pelayaran2 seperti ini dibanyakkan lagi dan dapat memberi peluang kepada kita dalam usaha kita mencari ilmu dengan cara yang berlainan dari biasa. Hanya mungkin dimasa2 hadapan ada pihak2 yang dapat menambah lagi program dengan sesi2 TADABBUR mengambil kesempatan kita berada di atas kapal dan di tengah2 samudra sambil melihat SIGNS OF THE CREATOR.

No comments:

Post a Comment