Sunday, December 21, 2014

ACHEH OH ACHEH (Bhg 1)

Pada 5hb Disember 2014 yang lalu aku bersama empat orang teman telahberkesempatan mengikuti satu program pengajian di BANDA ACHEH Sumatra Indonesia.


Selama 4 haridari malam 5hb Disember itu hingga ptg hari Isnin 8 Disember kami telah mengikuti Seminar dan pengajian dibawah pimpinan SHEIKH AHMAD FAHMI ZAMZAM ALBANJARI ANNADWI ALMALIKI saorang ulama berasal dari Kalimantan Selatan Indonesia .Pada ketika ini beliau bermastautin di Kedah Malaysia satelah mendirikan rumahtangga dengan saorang wanita Malaysia.

Sheikh Fahmi banyak mengarang buku2 baik yang dikarangnya sendiri atau di terjemah atau tahqiq.

Pengajian kali ini di sertai olih 300 orang lebih anak2 muridnya yang kebanyakannya terdiri dari orang2 KEDAH. Mereka tinggal di Asrama Haji Banda Acheh tetapi kami tinggal di Hotel Medan disebabkan masaalah lutut ku yang tidak membolihkan aku turun naik tangga di Asrama itu.

Pada hari pertama 6hb Disember pengajian diadakan di MASJID RAYA BAITURRAHMAN  dan sabelah petang dan malam pula kami mengaji di masjid di Asrama Haji.



Pada hari Ahad 7hb Disember pula kami telah mengadakan pengajian di Pasentren di DAYAH ULEE TITI dan hari ketiga pula sabelah paginya kami mengaji di Masjid MAKAM SYIAH KUALA sabuah makam saorang ulama terkenal di Acheh.



Dalam pengajian kami setiap ptg dan malam itu kami menggunakan dua kitab YA BUNAYYA wahai anakku yang tercinta yang mengandungi 40 nasihat IMAM IBNUL WARDI dan kitab AYYUHAL WALAD karangan AL IMAM HUJJATUL ISLAM ABU HAMID AL GHAZALI Rahimahullahu taala.Skeikh menggunakan kaedah bertalaqi dimana kiotab itu dibaca olih saorang anak muridnya dan diikuti dengan kupasan nya olih Sheikh Fahmi.

Disebabkan tempat pengajian kami berubah2 maka berpeluang untuk melihat dan mempelajari sedikit sebanyak tentang lokasi2 tersebut.Umpamanya semasa di Pasentern kami sempat bermesra dengan pelajar2 perempuan dan rata2 mendapati mereka sangat gembira belajar disitu walaupun infrastruktur tempat itu agak daif.Mengikut kata mereka pelajaran di situ tertumpu kepada pengajian agama dan tidak akademik.

Olih kerana kami tidak diberi taklimat tentang pasentren ini maka kami hanya membuat andaian bahawa Pasentren ini sangat memerlukan bantuan kewangan untuk menaiktaraf tempat2 penginapan dapur dan bilik2 pengajian pelajar2 perempuan.Kami dapat melihat pelajar2 lelaki lebih baik tempat tinggal mereka.

Selama empat hari kami berulang alik ke tempat2 pengajian 3 kali pergi dan 3 kali balik setiap hari. Namun kami tidak berasa letih mungkin disebabkan kami dalam proses menuntut ilmu dan ALLAH swt memberi kami tenaga yang kuat.
     
Pada malam terakhir kami telah mengikuti satu program anjuran sabuah persatuan tempatan iaitu majlis zikir bertempat di MASJID BAITURRAHMAN. Jemaah pada majlis itu terdiri dari masyarakat tempatan lelaki dan wanita.Semasa berzikir itu aku agak risau dan merasa tidak selesa kerana melihat jemaah berzikir dengan begitu asyik sekali saolah2 tidak sedarkan diri dan cara mereka berzikir pun kuat dan agak aggresif.Entah mengapa aku saolah2 merasa berada dengan pejuang2 IS pula!

Satelah Sheikh Fahmi tiba dan majlis zikir itu pun tamat beliau telah memberi tazkirah tentang zikir dan kami pun berzikir saperti yang selalu dilakukan di Malaysia. Dengan nada yang perlahan dan mendayu kami jemaah dari Malaysia berzikirlah perlahan2. Sungguh berbeza sekali.
          
Semasa kami dilapangan terbang untuk pulang ke Malaysia aku bertemu dengan saorang Ustadz yang juga merupakan anak murid Sheikh Fahmi dan bertanya tentang majlis Zikir di Masjid Baiturrahman itu. Agak terkejut juga aku bila beliau menyatakan bahawa zikir saperti itu telah di haramkan di Malaysia!
          
Kesimpulannya kepada sesiapa yang ingin mengikuti apa2 pengajian dalam bidang agama perlulah kita halusi Sheikh/Ustadz/pertubuhan yang menganjurkan nya kerana di Indonesia aku di fahamkan terdapat beribu2 tempat pengajian agama dan Tarikat2 serta fahaman agama Islam yang berbeza2.
       
Yang pasti program pengajian yang kami ikuti itu mendapat kerjasama MAJLIS ULAMA NANGGROE ACEH (MUNA).Satelah 4 hari kami mengikuti pengajian di sini aku merasa sungguh bersemangat untuk mendalami ilmu agama ku. Betullah kata orang dalam usaha mencari ilmu ini lagi banyak kita belajar lagi kurang rasanya ilmu kita.

Semoga ALLAH swt memberikan taufik dan hidayah NYA kepada aku dan teman2 kuagar terus diberikan kesihatan dan umor panjang untuk terus mennambah ilmu walau di mana sekali pun.AMIN ya RABUL ALAMIN.

No comments:

Post a Comment